omniture

Marc Jacobs Lancar Panggilan Uji Bakat Global Baharu Cari Wajah Terbaru Sensasi Vlogger Marc Jacobs

Marc Jacobs Beauty
2016-11-23 16:21 703

LONDON, 22 November 2016 /PRNewswire/ --

#castmemarc 

Panggilan uji bakat: mungkinkah anda wajah sensasi terbaru Marc Jacobs di media sosial? #castmemarc kini kembali dan kali ini hanya kecantikan yang menjadi tumpuan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161122/442038LOGO )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161122/442037 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161122/442038LOGO )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161122/442037 )

Pemohon hanya perlu menghantar video ke instagram memberitahu marc apakah sumber inspirasi mereka dalam kecantikan dan fesyen, dan kenapa beliau perlu memilih mereka. Perkara  penting yang perlu dilakukan ialah tag @ marcbeauty #castmemarc untuk berpeluang dipertimbangkan.

#castmemarc terbuka kepada sesiapa yang berumur 18 ke atas di seluruh dunia, dan video akan diterima sehingga hari Isnin, 5 Disember (11.59 pst).

Pada bulan Januari 2017, sepuluh finalis akan diterbangkan ke Bandar Raya New York untuk merakam video penggunaan mekap untuk Marc dan barisan panel hakimnya, yang mana Marc sendiri akan memilih tiga artis finalis yang akan menjadi sebahagian daripada siri video #beautymarc pada musim bunga 2017.

"Marc Jacobs Beauty menggalakkan anda mengejar impian dan mencipta gaya tersendiri, dan kami teruja ingin melihat bagaimana peminat kami yang luar biasa berkongsi kesenian dan inspirasi mereka di persada global," kata Catherine Gore, Naib Presiden dan Pengurus Besar Global untuk kumpulan kecantikan Kendo.  

Selain memegang watak dalam siri video #beautymarc "how-to"  Marc Jacobs Beauty dengan bintang undangan khas, setiap pemenang terpilih juga akan menerima bekalan produk Marc Jacobs Beauty untuk setahun, jemputan ke semua majlis influencer Marc Jacobs Beauty sepanjang tahun 2017 dan koleksi pakaian Marc Jacobs berserta elaun aksesori.

#castmemarc 

Permohonan ditutup 11.59 PST Isnin 5 Disember - terbuka untuk semua 

Source: Marc Jacobs Beauty
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Retail Social Media