omniture

XCMG Lancar XCMG-Cloud dan Standard Emas "Termaju dan Mapan", Perkenal Produk Baharu di bauma China 2016

XCMG
2016-11-28 07:51 404

SHANGHAI, 28 November 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera terkemuka dunia XCMG mengadakan majlis pelancaran blokbuster untuk produk, penyelesaian teknologi dan pembinaan baharu bertema "Pembuatan Pintar & Bijak Untukmu" di bauma China 2016 pada 22 November, seraya mengumumkan standard emas "Termaju dan Mapan" pertama dalam industri selain turut memperkenalkan XCMG-Cloud yang amat dinanti-nantikan.

XCMG mengumumkan standard emas "Termaju dan Mapan" serta melancarkan XCMG-Cloud yang amat dinanti-nantikan dan juga produk-produk baharu di bauma China 2016
XCMG mengumumkan standard emas "Termaju dan Mapan" serta melancarkan XCMG-Cloud yang amat dinanti-nantikan dan juga produk-produk baharu di bauma China 2016

"Standard emas 'Termaju dan Mapan' ialah janji XCMG terhadap pasaran dan pelanggan dari segi inovasi berteknologi dan juga kualiti produk terjamin, untuk terus mempromosikan nilai industri ini menerusi produk yang paling maju dan mapan selain pembangunan dalam pasaran mewah," kata Li Suoyun, timbalan pengurus XCMG.

"XCMG telah menubuhkan pusat sistem penyelidikan & pembangunan (R&D) lengkap yang bertaraf global di Institut Penyelidikan XCMG, menggabungkan kesemua sumber dari Eropah, A.S. dan Brazil, serta turut membangunkan pusat-pusat penyelidikan adaptif demi memenuhi keperluan pelanggan."

XCMG akan mempamerkan 70 produk jentera pembinaan, 45 komponen teras dan turut membuat pembentangan bukan bahan, selain rangkaian produk khusus dan komprehensif sepanjang acara yang berlangsung selama empat hari itu bagi menonjolkan kejayaan teknologi dan usaha mencapai standard emas "Termaju dan Mapan" yang utama. Produk-produk penting yang terlibat termasuk lapan gandar kren semua bentuk muka bumi seberat 1,200 tan, XCA1200, kren pintar semua bentuk muka bumi XCA60_E dan trak pam pelantar S9 HB52K yang dibangunkan bersama Schwing, pengeluar jentera konkrit utama Jerman.

Sementara itu, XCMG-Cloud, iaitu platform awan perindustrian pertama yang berasaskan pangkalan data dan sistem maklumat XCMG hasil jalinan kerjasama dengan Alicloud, penyedia perkhidmatan komputer awan daripada Alibaba, dilancarkan secara rasmi pada majlis perasmian itu. XCMG-Cloud yang amat inklusif itu mempunyai tiga platform iaitu IaaS, platform asas, PaaS, platform teras, dan SaaS, platform aplikasi data besar.

"Pada masa depan, anda akan memiliki platform itu atau dimiliki olehnya," jelas Yang Yong, timbalan pengurus besar XCMG. "Kami membangunkan platform XCMG-Cloud yang berciri terbuka, selamat dan mudah dikongsi. Kami juga akan membangunkan sebuah 'ekosistem' baharu bagi menerajui teknologi global, menetapkan standard baharu dan menyepadukan data dengan rakan kerjasama kami."

Standard "Termaju dan Mapan" ialah keutamaan XCMG dalam menyediakan nilai tambah, manakala XCMG-Cloud ialah asas pintar bagi falsafah syarikat yang mengutamakan pelanggan, demi mencerminkan matlamat XCMG terhadap "Pembuatan Pintar & Bijak Untukmu".

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional yang kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih 173 negara dan rantau.

Untuk maklumat lanjut layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161125/0861612695

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Transportation Trade show news