omniture

Idea Hadiah Musim Cuti 2016: Peribadikan Komunikasi Digital Harian Anda Dengan Bamboo Fineline Baharu

Bermula dengan melukis gambar pada Snapchat, kepada menulis tangan dan mengambil nota pada iPhone atau iPad anda, aplikasi dan peranti kegemaran kami kini seiring dengan keinginan yang semakin bertambah untuk memperibadikan interaksi digital. Bamboo Fineline baharu ialah alat yang sempurna untuk menambah sentuhan peribadi dengan memberikan pengalaman menulis yang bersahaja dan alami pada peranti skrin sentuh kegemaran anda.
Wacom
2016-11-29 10:24 731

SINGAPURA, Nov. 29, 2016 /PRNewswire/ -- Tulisan tangan kita ialah adalah cap jari kita di dunia. Ia merupakan cara kita untuk meninggalkan jejak kita di dunia. Namun begitu, komunikasi digital harian kita hanya bertumpu pada muka taip Calibri dan Power Point SmartArt. Bamboo Fineline amat sesuai buat mereka yang ingin meningkatkan pengalaman digital mereka. Stilus pintar hujung halus yang diumumkan hari ini ialah generasi ketiga Wacom yang direka khusus untuk iOS. Digandingkan dengan aplikasi yang serasi pada iPad atau iPhone dengan fungsi Bluetooth®, Bamboo Fineline memberikan ketepatan, penolakan tapak tangan dan kepekaan tekanan yang lebih baik manakala butang pintas yang boleh disuaikan dapat mengakses pelbagai fungsi dengan pantas.

Untuk melihat siaran multimedia penuh, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/wacom_bamboo_fineline_201611.shtml

 

 

Bamboo Fineline warna Putih
Bamboo Fineline warna Putih

 

Bamboo Fineline warna Biru Muda
Bamboo Fineline warna Biru Muda

 

Bamboo Fineline warna Biru
Bamboo Fineline warna Biru

 

Bamboo Fineline warna Hitam
Bamboo Fineline warna Hitam

"Bamboo Fineline ialah pen terunggul untuk individu yang anda kenali yang sering bertukar-tukar aktiviti daripada melakar catatan, menulis nota dan berkomunikasi secara visual di tempat kerja, kepada projek-projek Buat Sendiri (DIY) seperti melakar huruf dengan tangan, kaligrafi atau lakaran di rumah," kata Mike Gay, Naib Presiden Kanan untuk unit perniagaan produk pengguna Wacom. Stilus ini telah disepadukan sepenuhnya menjadi aplikasi penulisan nota dan lakaran utama termasuk Goodnotes, ZoomNotes, Autodesk SketchBook, Concepts, dan Bamboo Paper. Banyak lagi aplikasi lain seperti ArtRage, MediBang Paint, NotesPlus, dan Noteshelf akan dilancarkan tidak lama lagi."

Untuk Peminat Tegar Teknologi: Bamboo Omni
Seleksi pilihan stilus hujung halus daripada Wacom turut memperkenalkan Bamboo Omni yang diumumkan awal tahun ini. Pen pintar ini dapat berfungsi pada kebanyakan peranti skrin sentuh iOS dan Android, serta memberikan penyelesaian penulisan tangan yang pantas dan bergerak buat sesiapa sahaja yang ingin memperibadikan hasil kerja digital dan permainan mereka. Bamboo Omni cukup sempurna untuk mereka yang sering bertukar-tukar antara telefon bimbit kepada tablet mereka sepanjang hari, setiap jam mahupun minit. Aktifkan Omni dan anda bersedia untuk menanda pada PDF, menambah tandatangan anda, atau memberikan sentuhan artistik kepada WhatsApp, Facebook mahupun gambar SnapChat.

Harga dan Ketersediaan Produk
Bamboo Fineline serasi dengan semua generasi iPad bermula daripada iPad 3, termasuk iPad Air dan iPad Mini (tidak termasuk 9.7 untuk iPad Pro) selain membawakan pengalaman hujung pen Wacom yang berkualiti dan halus kepada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Stilusnya berharga $59.95 (USD) dan akan disediakan buat semua pengguna sempena Hari Krismas ini di gedung dalam talian Wacom di rantau terpilih dan penjual terpilih, bermula pada penghujung November ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman produk di: www.wacom.com/en-sg/products/stylus/bamboo-fineline

Bamboo Omni serasi dengan kebanyakan peranti skrin sentuh. Produknya berharga $49.95 (USD) dan boleh didapati daripada gedung dalam talian Wacom di rantau dan penjual terpilih mulai November ini. Ketahui lebih lanjut tentang Bamboo Omni di sini: http://www.wacom.com/en-sg/products/stylus/bamboo-omni

Latar Belakang Wacom
Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang berpusat di Jepun (Bursa Saham Tokyo: 6727) yang mempunyai beberapa buah anak syarikat dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 negara. Wawasan Wacom untuk lebih mendekatkan manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi pen tablet dan paparan yang interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta beberapa seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama kepada syarikat dan pengguna rumah bagi menzahirkan personaliti mereka. www.wacom.com

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201611/wacom_bamboo_fineline/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161116/8521607496-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161116/8521607496-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161116/8521607496-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161116/8521607496-d

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:                

Wacom Singapore Pte. Ltd.
Daphne Tan
T: (+65) 6258 8640
E: daphne.tan@wacom.com

Source: Wacom
Related Stocks:
OTC:WACMY Tokyo:6727
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Office Products Computer Accessories New products/services