omniture

Edisi ke-10 A Journey Through Time Labuh Tirai dengan Majlis AJTT X Zouk Gilang Gemilang dan "Anugerah People's Choice" Julung Kali Diadakan

Starhill Gallery
2016-12-02 03:14 549

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Sambutan ulang tahun ke-10 pameran jam tangan dan barang kemas Asia, A Journey Through Time, selama 10 hari secara rasmi melabuhkan tirainya menerusi majlis penutup yang gilang gemilang di Shook! Restaurant, Starhill Gallery, majlis yang julung kali diadakan untuk acara ikonik itu. Menerusi jalinan kerjasama dengan kelab super, Zouk Kuala Lumpur, majlis sebelah malam yang menyeronokkan itu turut menyaksikan pelancaran "Anugerah People's Choice" yang julung kali diadakan untuk jam tangan. Shook! Restaurant bertukar menjadi pusat kelab dan menerima lebih 400 tetamu undangan istimewa bagi meraikan acara kemuncak yang menakjubkan itu.

"Kami merupakan perintis bagi industri jam tangan dan barang kemas di rantau ini untuk acara-acara gaya hidup berasaskan pengalaman, dan acara A Journey Through Time kini menjadi acara seumpamanya yang paling lama bertapak di Asia. Diperkenalkan sembilan tahun lalu, ia meletakkan Malaysia dan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama di kalangan pencinta dan peminat jam tangan serta barang kemas untuk berhimpun bagi meraikan kecemerlangan hasil rekaan, kesenian dan ketukangan. Kejayaan dan kelangsungan yang kami kecapi adalah hasil sokongan berterusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, penyewa dan rakan kongsi acara, rakan-rakan media, penggiat sosial serta peminat jam tangan dan barang kemas yang memastikan kami kekal komited dalam memberikan pengalaman yang lebih baik dan lebih unik saban tahun," kata En. Joseph Yeoh, Naib Presiden, YTL Land & Development, YTL Hotels and Properties.

"Melihatkan perkembangan dan peningkatan acara ini menjadi satu pengalaman pelbagai dimensi yang holistik buat semua adalah sesuatu yang menakjubkan. Jam tangan dan barang kemas kini diraikan bersama fesyen, muzik, seni dan hidangan lazat. Ketika kami bakal mendepani dekad seterusnya untuk A Journey Through Time, kami ingin membawanya selangkah maju ke hadapan dengan mengadakan majlis penutup yang julung kali diadakan.  Ia juga melambangkan satu permulaan baharu yang menarik buat kami agar menjadi lebih inklusif untuk generasi lebih muda. Starhill Gallery sungguh bertuah kerana dapat bekerjama buat julung kalinya dengan Zouk Kuala Lumpur yang ikonik untuk membawakan Majlis AJTT X Zouk buat anda sebagai acara kemuncak kami yang menakjubkan. Kami pastinya ingin membawa kembali majlis ini setiap tahun sebagai satu acara tradisi baharu untuk A Journey Through Time dalam usaha untuk terus melangkah maju," tambah Joseph Yeoh.

Majlis istimewa ini adalah hasil kerjasama dengan jenama terkenal yang sinonim dengan pengalaman kelab terbaik di rantau ini, Zouk Kuala Lumpur. Terkenal dengan barisan DJ yang berbakat, tetamu khas, acara yang rancak dan persembahan menarik, kolaborasi antara Zouk Kuala Lumpur dengan Starhill Gallery selari dengan visi pusat membeli belah itu untuk terus meningkatkan kualitinya dan memastikan tawaran yang diberikan bersifat terkini, relevan dan mendepani masa depan, di samping tidak lupa untuk memberi penghormatan kepada kekayaan warisan jenama-jenama jam tangan dan barang kemas. Untuk majlis itu, DJ tetap yang terkenal di Zouk Kuala Lumpur, DJ Radz dan DJ Clifford sedia beraksi dengan set hebat yang merancakkan malam itu dengan muzik yang menyeronokkan untuk para tetamu.

"Zouk Kuala Lumpur berbesar hati bekerjasama dengan Starhill Gallery bagi mengadakan majlis penting yang bersejarah ini untuk acara-acara bertaraf dunia yang telah menarik pengumpul dan peminat jam tangan serta barang kemas dari seluruh Asia. Kolaborasi ini begitu unik dan kami di Zouk Kuala Lumpur sentiasa gembira untuk berkongsi "pengalaman-Zouk" unik kami menjangkaui dewan kelab kami," kata En. Cher Ng, Pengasas Bersama & Pengarah Eksekutif Zouk Club Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pada jam 8.00 malam, Lord's Tailor memperagakan koleksi rapi pakaian lelaki digandingkan dengan jam tangan daripada syarikat pembuat jam pertama Malaysia, MASA Horlogerie di Tingkat Adorn, Starhill Gallery. Acara pertunjukan itu adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur Alta Moda, pertunjukan fesyen berkualiti tinggi yang diadakan di Starhill Gallery bagi memperagakan koleksi busana oleh jenama-jenama terkenal dari dalam dan luar negara.

Anugerah People's Choice

Majlis AJTT X Zouk menjadi lebih meriah dengan pelancaran "Anugerah People's Choice" yang julung kali diadakan untuk jam tangan. Dipilih oleh tetamu majlis yang diundang untuk mengundi jam tangan kegemaran mereka pada waktu itu juga, seorang pemenang bertuah membawa pulang jam tangan yang paling banyak menerima undian, Armand Nicolet MO2 Complete Calendar, yang menerima 46% undian. Jam tangan elegan lain yang dicalonkan untuk meraih "Anugerah People's Choice" ialah Armand Nicolet Black S05 Range, Bedat & Co 828.010.600, Maurice Lacroix Les Classic dan Muhle Glashutte Terrasport 1 Beobatcher.

Selain penyampaian jam tangan "Anugerah People's Choice" kepada pemenang bertuah, tiga hadiah lain turut disampaikan semasa Cabutan Bertuah. Hadiah-hadiah terdiri daripada jam tangan edisi terhad MASA Horlogerie dan penginapan di JW Marriott setiap satu.

Pengalaman Terpilih, Tawaran Tersendiri

Sambutan ulang tahun ke-10 A Journey Through Time diraikan dalam tempoh sepuluh hari, mulai 4 hingga 13 November 2016 di Starhill Gallery. Senarai acara dimulakan dengan Malam Gala Pelancongan dan Kebudayaan: Penyampaian Anugerah Jam Tangan dan Barang Kemas Terbaik Tahun 2016 menerusi persembahan oleh penyanyi mezzo-soprano British yang diiktiraf oleh pengkritik, Cik Carly Paoli.

Tema tahun ini, "Legasi dan Ikon" dihidupkan menerusi acara tambahan yang merangkumi persembahan eksklusif. Para penggemar jam tangan dan barang kemas berpeluang melihat dan menghargai koleksi peribadi yang jarang didapati, edisi pertama dalam pasaran serta koleksi yang mendapat sorakan gemuruh menerusi lebih 125 jenama jam tangan, barang kemas dan gaya hidup terkenal, sambil menikmati acara-acara unik yang dipilih khusus untuk A Journey Through Time X.

Sorotan utama dalam acara tahun ini merupakan kemunculan sulung MASA Horlogerie, termasuk pengenalan jam tangan istimewa diinspirasikan oleh Taming Sari penuh legenda, pameran JeweLuxe® yang julung kali diadakan di Malaysia yang mempamerkan barang kemas bernilai lebih RM80 juta oleh lapan syarikat barang kemas yang terkenal di peringkat antarabangsa menerusi siri acara bertema yang dipilih susun selain pameran Timeless Royal Weave bagi meraikan fabrik "bertatah permata" terbaik di Malaysia -- songket menerusi pameran pakaian songket kontemporari daripada pereka British Dame Zandra Rhodes dan koleksi daripada Kraftangan Malaysia berserta demonstrasi 'langsung' proses menenun songket. Pameran tersebut turut diiringi dengan acara pertunjukan fesyen istimewa yang menggandingkan koleksi jam tangan dan barang kemas Zandra Rhodes serta Lord's Tailors, hasil susunan Kuala Lumpur Alta Moda.  

Sorotan utama lain melibatkan pameran khas A Journey Through Time Retrospective sepanjang sembilan tahun acara tersebut diadakan dan pameran potret 10 personaliti terkenal Malaysia dengan kisah-kisah menarik tentang jam tangan dan barang kemas paling digemari dan tidak ternilai harganya dalam The Legacy Of Time. Malam gala privasi dan acara koktel istimewa mengikut undangan dianjurkan oleh jenama-jenama terkenal turut diadakan sepanjang acara tersebut berlangsung.

Layari www.ajourneythroughtime.com.my untuk mendapatkan maklumat tentang acara tahun ini dan lihat maklumat terkini dan sorotan utama di www.facebook.com/starhillgallery dan www.instagram.com/starhillgallery.

Latar Belakang Starhill Gallery 

Starhill Gallery ialah serlahan rasa dan gaya terunggul Kuala Lumpur terhadap makanan, fesyen, gaya hidup, kecantikan dan kesenian. Dengan ruang perniagaan mewah berkeluasan lebih 330,000 kaki persegi, Starhill Gallery ialah destinasi membeli belah menarik di Malaysia yang memberikan kualiti privasi dan ciri eksklusif yang sukar diperolehi di kompleks membeli belah bersaiz besar. Starhill Gallery terdiri daripada tujuh tingkat bertema yang merangkumkan pelbagai pengalaman berserta pengalaman menjamu selera yang tiada tandingan, selain beberapa jenama fesyen paling bergaya di dunia, termasuk DIOR, Louis Vuitton dan Valentino, serta dengan butik-butik jam tangan dan barang kemas eksklusif seperti Bedat & Co. Richard Mille dan juga Rolex. Terpilih sebagai Pusat Membeli Belah Paling Cantik di Asia oleh The Forbes Traveller, Starhill Gallery kekal menjadi destinasi membeli belah utama di Kuala Lumpur.

Source: Starhill Gallery
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Restaurants Retail Travel