omniture

Lexinta Umum Buka Pejabat Baharu di Budapest

Lexinta AG
2016-12-06 07:30 530

ZUG, Switzerland, 6 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Lexinta mengumumkan, berkuatkuasa serta merta, pembukaan pejabat baharunya di Budapest, terletak di Vaci ut 1 yang berprestij, bangunan yang tersenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO dan pernah menjadi pejabat untuk Bursa Saham Budapest. Pejabat ini bakal digunakan oleh Lexinta KFT, sebuah syarikat daripada Lexinta Group.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161201/444794 )

Pembukaan pejabat baharu ini memperlihatkan pertumbuhan mapan kumpulan pengurusan aset global bebas yang berpangkalan di Switzerland, memandangkan syarikat ini berhasrat untuk meningkatkan bahagian pasaran aset bawah pengurusan dalam pasaran sasaran utamanya di Eropah serta Asia. Perasmian pejabat Budapest dibuat berikutan pembukaan pejabat di Hong Kong pada Mei 2015.

Bismark Badilla, Presiden Lexinta, berkata: "Lexinta sentiasa mengekalkan hubungan yang utuh di Eropah Tengah dan Eropah Timur. Pembukaan pejabat Budapest kami mengesahkan komitmen kami terhadap rantau tersebut dan memperlihatkan pertumbuhan berterusan kami di peringkat antarabangsa. Kami berharap dapat terus berkhidmat demi hubungan yang sedia terjalin ini dan berhasrat untuk menjalin kerjasama baharu dari pejabat kami di Hungary."

Lexinta Kft

Vaci ut 1

Budapest

Hungary

Latar Belakang Lexinta

Lexinta ialah kumpulan pengurusan aset global bebas milik persendirian. Lexinta juga ialah tanda dagangan berdaftar Lexinta AG, sebuah syarikat awam berhad yang diperbadankan di Zug, Switzerland, dengan nombor pendaftaran komersial CH-170.3.035.396-3. Lexinta AG dilesenkan sebagai syarikat pengurusan aset dan pengantaraan kewangan bawah undang-undang Switzerland. Lexinta AG merupakan ahli Organisasi Peraturan Kendiri (SRO's) yang diiktiraf FINMA PolyReg (http://www.polyreg.ch) dan PolyAsset (http://www.polyasset.ch). 

Sebarang maklumat lanjut tentang Lexinta sila layari: http://www.lexinta.com

Maklumat Perhubungan Media:
Nadia Hunziker
Lexinta AG Cawangan Zurich
+41-41-544-83-89
public-relations@lexinta.com

Source: Lexinta AG
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion