omniture

G2A Pay bakal Perkenal 200 Kaedah Bayaran Tempatan menjelang Awal 2017

G2A.com
2016-12-06 23:11 623

HONG KONG, 6 Disember 2016 /PRNewswire/ --

G2A Pay, gerbang pembayaran dalam talian daripada pasaran permainan digital global, G2A.COM, mengumumkan penaiktarafan tawaran perkhidmatannya dengan rancangan untuk menampung lebih 200 kaedah bayaran menjelang awal tahun 2017, dengan instrumen analitik, aplikasi mudah alih, dan bayaran satu klik juga turut disediakan dalam penaiktarafan itu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161205/445528LOGO )

Gerbang permbayaran itu, yang kini membolehkan syarikat-syarikat mengintegrasikan lebih 150 kaedah bayaran tempatan (termasuk kad kredit, PayPal, Boleto dan Qiwi) di enam benua, akan menggabungkan penyedia khidmat bayaran tambahan seperti Mister Cash, Bank Winter dan WeChat dalam ekosistemnya.

Usaha pengembangan ini akan memberikan kehadiran yang lebih kukuh kepada G2A Pay dalam pasaran tempatan seperti Asia, rantau CIS dan Amerika Selatan, selain membolehkan penjual mendekati lebih ramai audiens di seluruh dunia.

Ciri-ciri tambahan yang disediakan termasuk pilihan bayaran tambahan untuk penjual, yang akan menyediakan kad prabayar dan pelbagai pilihan mata wang tempatan. Pengukuhan aplikasi mudah alih dan pilihan bayaran satu klik pada skala global – yang tidak hanya terhad kepada akaun PayPal dan kad kredit – juga akan menjadi sebahagian daripada usaha pengembangan ini.

G2A Pay juga akan terus membangunkan instrumen pelaporan dan analitiknya yang akan membolehkan pelanggan mengemas kini strategi global mereka, dan memaksimumkan potensi perniagaan. Selain itu, standard keselamatan yang tinggi akan terus disediakan bagi memastikan pembeli dan penjual dapat berurus niaga dengan tenang.

Dilancarkan pada Januari 2015, G2A Pay ialah penyelesaian daftar keluar yang dibangunkan untuk menampung pelbagai jenis peranti yang diakses setiap hari, sama ada secara maya atau fizikal. Ia menyediakan pengalaman daftar keluar dioptimumkan kepada pelanggannya, membolehkan mereka menjalankan urus niaga melalui kaedah bayaran pilihan mereka, dan membawa kepada peningkatan aliran pendapatan. G2A Pay menyediakan perlindungan terhadap caj balik dan penipuan, selain tersedia untuk telefon bimbit, komputer meja dan juga tablet. Ia juga disepadukan sepenuhnya dengan G2A Shield, perkhidmatan keahlian premium daripada G2A.COM.

G2A.COM ialah pasaran digital global paling pesat berkembang di dunia yang mempunyai lebih 12 juta pengguna dan 50,000 produk digital tersedia setiap hari.

Sila hubungi pr@g2a.com untuk maklumat lanjut.

Sumber: G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services