omniture

Amazon dan JD.com bakal Kukuhkan Kehadiran di AWE 2017

Ekspo Perkakasan & Barangan Elektronik Dunia (AWE) 2017 bakal berlangsung mulai 9-11 Mac 2017 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).
China Household Electrical Appliances Association
2016-12-08 04:03 621

SHANGHAI, 8 Disember 2016 /PRNewswire/ -- AWE telah menjalin perkongsian strategik dengan Amazon dan JD.com, dua platform e-dagang utama, dan mengundang mereka mempamerkan lebih banyak perkakasan rumah pintar sempena AWE 2017 akan datang, yang membolehkan pengguna melihat sendiri jenama-jenama mewah dan prestasi luar biasanya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dianjurkan oleh China Household Electrical Appliances Association (Persatuan Perkakasan Elektrik Rumah China), AWE ialah satu acara utama setanding dengan CES serta IFA, dan acara edisi akan datang ini akan memulakan tahap baharu yang bersejarah, dengan keluasan ruang pameran yang bertambah kepada hampir 120,000 meter persegi dalam lapan dewan.

Didorong oleh permintaan yang amat tinggi daripada pengguna Cina terhadap produk-produk mewah dengan nilai tambah yang tinggi, Amazon bersiap siaga untuk memperkukuh kedudukannya di AWE 2017 buat pertama kalinya, dan untuk memperkenalkan acara Amazon Life Show yang mempamerkan perkakasan rumah kecil yang sofistikated merangkumi penjagaan kecantikan, perkakas dapur, penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

Pada Mac 2016, JD.com melancarkan pameran kediaman pintar di AWE 2016, dengan enam kawasan yang boleh dialami sendiri (termasuk dapur bebas, ruang tamu terbuka serta ruang khas untuk perkakasan dapur) yang mempamerkan produk-produk daripada Siemens, Samsung, Casarte, LG, Midea, Robam, Fotile, TCL, Haier, Panasonic, LeTV, Hisense, Joyoung, Phillips, A.O. Smith, dan banyak lagi. Ini membawakan pengguna selangkah lebih hampir dengan teknologi-teknologi terkini.

Sebagai salah satu saluran pengedaran utama untuk pengguna, platform e-dagang mula meningkatkan usaha untuk mempromosikan produk-produk pintar yang mewah, selain memperluas portfolio mereka bagi merangkumkan perniagaan rentas sempadan, demi menyediakan produk kepada para pengguna dari serata dunia. Amazon China telah mendaftar untuk lebih 10 juta pesanan luar negara setelah ia mula menawarkan khidmat rentas sempadan sejak tahun 2014. Pada separuh pertama tahun 2016, jualan daripada segmen beli belah rentas sempadannya melonjak sehingga empat kali ganda berbanding dalam tempoh yang sama tahun lalu. AWE, pameran peringkat tertinggi dalam industri perkakasan rumah dan barangan elektronik pengguna China, telah meningkat maju menjadi platform pilihan penyedia e-dagang untuk mengadakan promosi luar talian.

Hanya tiga minggu setelah AWE 2017 dilancarkan secara rasmi, 80% reruainya telah habis ditempah, hampir sama dengan prestasi rekod yang dicipta tahun lalu. AWE berusaha memperluas portfolionya untuk melibatkan lebih banyak jenama antarabangsa, seperti ABB, KUKA, Karcher, Tiger, Vitamix, Cuisinart, Omega, Fisher & Paykel, Westinghouse, Vidal Sassoon, BaByliss, dan Laurastar.

Laman Sesawang Rasmi AWE: http://awe.com.cn/en/

Hubungi:

Cara Wang
+86-10-6709-3609
cara.wang@cheaa.com

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Contracts Trade show news