omniture

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2017 Bakal Buka Tirai di Guangzhou Februari ini, Tumpu kepada Paparan LED Pic Halus

International Signs and LED Exhibition
2016-12-12 08:26 654

GUANGZHOU, China, 12 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017, salah satu pameran pengiklanan dan LED terbesar di China akan membuka tirai di kawasan B, Kompleks Pameran Canton pada 15-18 Februari, menonjolkan produk-produk paparan LED pic Halus dalam zon Paparan LED dan Lampu LED.

Paparan LED "pic halus" ialah antara teknologi paparan LED paling canggih di dunia, termasuk paparan LED dalam bangunan P2.5 (jarak piksel kurang 2.5mm), memanfaatkan tahap kecerahan lebih tinggi, kesan cantuman lebih baik serta berkos lebih rendah berbanding produk-produk DLP (pemprosesan cahaya digital) dan LCD (paparan kristal cecair).

Kebanyakan paparan LED pic halus mengguna pakai teknologi kawalan titik tahap piksel bagi mendapatkan kawalan pada unit piksel paparan, pemaparan warna serta penyatuan gambar, dan ini memberikan pengalaman tontonan yang lama dengan lebih baik selain melanjutkan purata masa perkhidmatan.

Menurut En. Lee Yingjie, Pengarah ISLE, perkembangan tekal berhubung pengeluaran semikonduktor dan teknologi cip akan merendahkan kos komponen pakej dan mengurangkan saiz komponen tersebut, seraya mengurangkan jarak piksel sewajarnya, di samping meningkatkan resolusi, dan menunjukkan lebih banyak kelebihan LED pic halus.

ISLE 2017 akan menghimpunkan syarikat-syarikat terkemuka yang mengkhusus dalam paparan pic halus dari seluruh dunia, seperti Absen, Leyard, LianTronics dan Chipshow, bagi membawakan produk-produk LED terkini. Produk-produk utama termasuk siri TW Leyard, dinding paparan TVH dan siri cekap kuasa ultra TWA, siri V.Me LianTronics, produk LED pendidikan dengan VR+, paparan LED halus baharu VL1.6 dan juga platform VH1.4, siri harimau bintang paling terkenal Chishow dan juga produk pic halus Absen, N2 yang telah meraih Anugerah InAVation sempena ISE (Sistem Bersepadu Eropah) 2016 di Belanda.

"Paparan LED pic halus paling banyak diaplikasikan dalam konteks komersial sofistikated seperti media pengiklanan, stadium sukan, latar belakang pentas dan kejuruteraan perbandaran, seraya memperlihatkan potensi lebih besar pada masa depan," kata En. Lee Yingjie. "Dijangkakan paparan LED ini akan meliputi lebih banyak kawasan seperti pusat-pusat persidangan, hotel-hotel, dan keselamatan tempat awam. Kami berharap kali ini ISLE akan berkongsi lebih banyak inspirasi untuk ahli-ahli industri demi mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan selain mencapai kemajuan industri."

Latar Belakang ISLE

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2017 bakal dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd. dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE). Pameran ini adalah khusus untuk membangunkan platform penyelesaian rantaian industri LED bersepadu sepenuhnya melibatkan papan iklan bertaraf profesional, berkarisma dan pintar.

HUBUNGI

Linda Chen
chenyanhui@cantonfairad.com
+86-20 89268256

Source: International Signs and LED Exhibition
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Components Machinery Semiconductors Trade show news