omniture

Merck Ambil Alih BioControl Kukuhkan Kedudukan dalam Pengujian Keselamatan Makanan

Merck
2017-01-04 22:22 684

- Pengambilalihan lengkapkan produk sedia ada Merck dalam pengujian patogen makanan

- Membolehkan Merck tawar penyelesaian aliran kerja lengkap untuk pengujian patogen makanan kepada pelanggan

DARMSTADT, Jerman, 4 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains hayat dan teknologi utama, hari ini mengumumkan ia telah mengambil alih BioControl Systems Inc., peneraju dunia bagi pengujian keselamatan makanan. Pengambilalihan ini membuka peluang-peluang pertumbuhan kepada Merck dalam sektor makanan dan minuman; khususnya di A.S. Kerahsiaan telah dipersetujui berhubung butiran kewangan urus niaga tersebut.

generated by system

Teknologi pengesanan pantas yang mantap daripada BioControl serta platform pengujian yang disahkan pihak ketiga melengkapkan portfolio instrumen dan bahan guna habis Merck dalam segmen perniagaan penyelesaian gunaan yang ditujukan untuk aliran kerja pengujian patogen makanan.

"Pengambilalihan BioControl ini mengukuhkan kemampuan kami dalam membantu pelanggan melindungi bekalan makanan dunia dengan menyediakan portfolio teknologi pengujian canggih yang luas," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif segmen perniagaan Life Science. "Cerakinan inovatif BioControl dan kit yang telah disahkan, apabila digandingkan dengan kelebihan Merck dalam mikrobiologi, penapisan dan e-dagang akan mewujudkan pembekal global kukuh yang menyasarkan untuk menangani cabaran yang sukar dalam industri pengujian terhadap patogen makanan," tambah beliau.

Perhatian global terhadap kepentingan keselamatan makanan telah meningkat, memandangkan terdapatnya peningkatan insiden wabak dan kejadian penyakit bawaan makanan yang seringkali berpunca oleh pengambilan pelbagai jenis makanan termasuk daging kurang masak, telur, hasil segar dan produk tenusu yang dicemari Salmonella, Listeria, E.coli O157H7 dan Campylobacter. Portfolio produk BioControl menyediakan kit pengesanan patogen bagi mengenal pasti kesemua bakteria yang menyebabkan keracunan makanan ini dalam makanan dan bahan-bahan, manakala pelanggan utamanya melibatkan pengeluar daging.

"Merck ialah syarikat terbaik untuk BioControl, pelanggan serta kakitangan kami," kata Phil Feldsine, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BioControl. "Kehadiran Merck dalam pasaran global selaku peneraju dalam sains makmal akan memperkenalkan penyelesaian inovatif yang mengutamakan pelanggan daripada BioControl kepada kumpulan pelanggan yang lebih luas di serata dunia, di samping menyediakan pelanggan sedia ada dengan akses terhadap portfolio produk dan kepakaran keselamatan makanan Merck. Peluang BioControl menjadi sebahagian daripada organisasi bertaraf dunia yang berusia 350 tahun dengan reputasi menjalankan pengujian dengan cara yang betul adalah suatu yang amat berbaloi."

Pengambilalihan ini sejajar dengan strategi perniagaan sains hayat Merck dalam usaha peluasan ke lokasi-lokasi utama, dan menyediakan pengalaman berbeza kepada pelanggan dalam persekitaran gunaan, termasuk pengujian terhadap keselamatan makanan dan minuman. Tatkala perniagaan ini akan terus memberi tumpuan kepada penyelesaian kawalan kualiti mikrob untuk proses dan produk pengeluaran farmaseutikal, satu bidang yang pasarannya dikuasai oleh syarikat, pengambilalihan ini membolehkan Merck menawarkan platform pengujian patogen makanan yang lengkap kepada pelanggan dalam pasaran pengujian keselamatan makanan dan minuman.

Achelous Partners berperanan sebagai penasihat kewangan BioControl berhubung urusniaga ini. Nixon Peabody LLP pula mewakili Merck dalam urusniaga tersebut.

Latar Belakang BioControl
BioControl ialah salah sebuah syarikat terkemuka bagi perkhidmatan pengujian mikrobiologi pantas yang inovatif untuk keselamatan makanan selama lebih 30 tahun. Ia menawarkan pelbagai rangkaian portfolio produk yang disahkan pihak ketiga, termasuk pengujian mikrobiologi perindustrian, kaedah pengesanan pantas untuk patogen bawaan makanan, pengukuran kuantitatif terhadap mikroorganisma, serta pengawasan kebersihan. Syarikat ini menjual produk-produk khususnya kepada pengeluar makanan, pembekal bahan-bahan, makmal pengujian kontrak serta makmal kerajaan. BioControl berpusat di Bellevue, Washington (A.S.), menggaji lebih 100 kakitangan dari seluruh dunia. Pada tahun fiskal 2015, syarikat ini menjana hasil sebanyak USD 34 juta. Untuk butiran lanjut: layari www.biocontrol.com

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Syarikat ini memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers