omniture

GAC Motor Keluarkan Tiga Kenderaan yang Menyerlahkan Jenama di NAIAS 2017

GAC MOTOR
2017-01-07 02:36 714

DETROIT, 7 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Sebagai syarikat pembuat kenderaan tunggal dari China yang mengadakan pameran di Pameran Kenderaan Antarabangsa Utara Amerika (NAIAS) 2017 di Cobo Center, Detroit, A.S., GAC Motor juga melakar sejarah sebagai syarikat kenderaan Cina pertama yang mempamer di ruang pameran utama.

Kenderaan yang menyerlahkan jenama daripada GAC Motor bakal diperkenal di NAIAS 2017
Kenderaan yang menyerlahkan jenama daripada GAC Motor bakal diperkenal di NAIAS 2017

Syarikat ini akan terus memecahkan pasaran baru di NAIAS 2017 dengan memperkenalkan tiga kenderaan baharu yang inovatif, termasuklah kereta konsep hibrid 'crossover', SUV baharu dan kenderaan elektrik pertama yang mewakili taraf tertinggi penyelidikan dan pembangunan bebas dan juga kebolehan teknologi yang tiada tandingan oleh GAC Engineering. Majlis pelancaran pada 9 Januari nanti menarik perhatian organisasi media utama seluruh dunia.

GAC Motor membuat pameran dunia pertama di NAIAS 2015 dan memperkenalkan GS4 yang kini laris terjual, mempamerkan jenama kenderaan bertaraf dunia yang berkembang maju untuk memenuhi jangkaan pengguna seluruh dunia.

NAIAS merupakan pentas global bagi syarikat-syarikat untuk memperkenalkan kenderaan dan teknologi yang menyerlahkan jenama, dan pameran perdagangan ini merupakan himpunan terbesar para eksekutif, pereka, jurutera dan pemimpin pemikir automotif dan teknologi terkemuka dunia.

"A.S mempunyai salah satu industri kenderaan yang paling maju di dunia dengan sejarah dan budaya kenderaan selama seratus tahun, dan orang ramai telah mencapai sepersetujuan sosial dalam ciri-ciri penting kereta dan produk kenderaan yang berkualiti tinggi mempunyai ruang pasaran yang sangat luas," kata Yu Jun, pengurus besar GAC Motor. "GAC Motor berdedikasi untuk membawa kenderaan elit kepada pengguna global tatkala kami mengembangkan jenama kami dalam pasaran luar negara."

GAC Motor telah mencapai purata kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi 80 peratus selama enam tahun berturut-turut. Syarikat ini telah menjual 370,000 kenderaan pada 2016, kenaikan 97 peratus berbanding tahun sebelumnya yang menjadikan syarikat ini jenama kenderaan yang paling pesat berkembang di China. Pada masa yang sama ia mewujudkan rangkaian pemasaran dan perkhidmatan di 14 negara apabila syarikat terus berkembang di pasaran antarabangsa. Ini termasuklah acara pelancaran mega GS4 di Bahrain dan Nigeria yang mencatatkan tiga kali ganda jualan kereta di Bahrain setahun selepas syarikat ini memasuki pasaran sebagai jenama kenderaan Cina yang paling laris dalam negara itu.

Berpusat di Institut Kejuruteraan Automotif GAC, GAC Motor telah mengembangkan rangkaian R&D automotif sedunia dengan sokongan daripada pusat teknologi syarikat, pembekal global terkemuka dan institusi penyelidikan. Selain pelancaran utama kenderaan baharu di NAIAS, GAC Motor juga merancang untuk menjual kenderaan mereka di pasaran Amerika Utara pada 2018 selepas membuat kaji selidik pasaran, memperoleh pensijilan dan pengawalseliaan dan berkomunikasi dengan pengedar berpotensi.   

"Dengan menekankan penyelidikan bebas dan inovatif, mematuhi piawaian tertinggi antarabangsa dalam kualiti produk dan mewujudkan sistem pengeluaran kereta bertaraf dunia, kami telah mendapat kepercayaan daripada lebih 800,000 pemilik kereta seluruh dunia dan kami akan terus membawa jenama kami kepada lebih banyak pengguna global dengan produk dan acara-acara baharu," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

GAC Motor ialah subsidiari GAC Group, yang membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti tinggi, mencapai kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 97% pada 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor berada pada kedudukan ke-5 dalam kalangan semua jenama menurut Kajian Kualiti Awal China 2016, J.D. Power Asia Pasifik yang merupakan kedudukan tertinggi yang diraih antara semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Facebook: GAC Motor: https://www.facebook.com/GACMoto/posts/1275665359142728 
Instagram: GAC Motor: https://instagram.com/p/BMCLdjegUnI/ 
Twitter: GAC Motor: https://twitter.com/gac_motor/status/791324958353821697

Hubungan Media:

Suki Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170106/0861700161

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news