omniture

Tealium Umum Perkongsian Strategik dengan POSSIBLE APAC

Tealium Asia Pacific
2017-01-09 21:54 521

SINGAPURA, 9 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Tealium, peneraju bagi penyelesaian data pengguna sejagat dan pengurusan label perusahaan, hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan POSSIBLE APAC, sebuah agensi kreatif digital WPP.

Perkongsian ini membawakan peluang yang amat besar, memandangkan kepimpinan POSSIBLE dalam strategi digital dan Hab Data Sejagat Tealium yang utama dalam industri akan membantu syarikat-syarikat global merungkai kuasa data pelanggan, selain mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih bermakna dan relevan. Perkongsian ini juga akan membolehkan syarikat-syarikat memahami tingkah laku pelanggan dengan lebih baik dan mencipta pengalaman digital diperibadikan pada masa sebenar.

"Banyak jenama dan badan kerajaan masa kini mempunyai rancangan untuk melaksanakan strategi transformasi-digital mereka, tetapi hakikatnya, peluang sebenar yang diwujudkan oleh teknologi ialah transformasi data. Jenama-jenama yang menjalin kerjasama dengan kami memahami kepentingan kemampuan melayan pelanggan sebagai profil tunggal merentasi banyak titik sentuh mereka, dan melaksanakannya pada masa sebenar. Penyelesaian Hab Data Sejagat Tealium, menerusi kelebihan mereka untuk menggabungkan data luar talian, dalam talian dan data khusus aplikasi akan membolehkan POSSIBLE menyediakan kempen bersasaran tinggi dan responsif di seluruh Asia Pasifik." --Paul Soon, Ketua Pegawai Eksekutif POSSIBLE APAC.

"Dalam interaksi dengan pelanggan di seluruh Asia Pasifik, kami melihat tumpuan yang semakin meningkat dalam pengutamaan data dalam kempen-kempen dan hubungan pelanggan. POSSIBLE APAC meneraju dalam fokusnya terhadap strategi digital yang mengutamakan data. Perkongsian ini akan membolehkan kami membantu menyediakan kuasa pandangan dan tindakan masa sebenar kepada skop pelanggan POSSIBLE yang luas," --Andy Clark, Pengurus Besar Asia Pasifik, Tealium.

Latar Belakang POSSIBLE

POSSIBLE ialah sebuah agensi kreatif yang mementingkan hasil. Syarikat ini menyandarkan setiap idea dengan pandangan dunia sebenar bagi mencipta hasil kerja yang membawa perubahan-dan memberi impak yang boleh diukur. Dengan menggaji lebih 1,500 kakitangan di serata dunia, POSSIBLE menyediakan penyelesaian digital yang dipacu hasil kepada beberapa jenama paling dinamik di dunia, termasuk Microsoft, Procter & Gamble, AT&T, Shell, dan Coca-Cola Company. POSSIBLE juga ialah sebuah agensi digital WPP. Layari www.possible.com.

Latar Belakang Tealium

Tealium merevolusikan perniagaan digital masa kini menerusi pendekatan sejagat bagi mengurus aliran data pengguna yang semakin meningkat, merangkumi laman web, mudah alih, luar talian dan juga IoT. Dengan kuasa menyatukan data pelanggan daripada satu sumber yang benar, digabungkan dengan ekosistem bersepadu siap guna yang menyokong lebih 1,000 vendor dan teknologi, Hab Data Sejagat (UDH) Tealium membolehkan organisasi-organisasi memperoleh pandangan yang boleh dilaksana pada masa sebenar, dan mewujudkan pengalaman digital yang lebih beraneka dan lebih diperibadikan. Lebih 700 syarikat di seluruh dunia mempercayai Tealium untuk memperkasa strategi data mereka dan amalan tadbir urus data. Layari www.tealium.com.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170109/8521700124LOGO

 

Source: Tealium Asia Pacific
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Contracts