omniture

Avaya Bekerjasama Dengan Kerajaan Pacu Tranformasi Digital di India

AVAYA
2017-01-11 09:00 672

NEW DELHI, India, 11 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Avaya mengumumkan kejayaannya menyiapkan projek 'Dial100' hasil kerjasama dengan kerajaan negeri Uttar Pradesh, negeri berpenduduk paling tinggi di India. Salah sebuah projek terbesar dan bercita-cita tinggi yang dilaksanakan oleh pasukan polis Uttar Pradesh, projek Dial 100 direka untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan bersepadu bagi seluruh negeri sepanjang masa. Avaya juga telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Madhya Pradesh untuk mengemaskini sistem respons kecemasan dengan masa respons yang lebih singkat.

Bagi menangani peningkatan panggilan kecemasan dengan pelbagai teknologi sambungan dan kepelbagaian respons, Avaya menubuhkan sebuah pusat hubungan di Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh, untuk membantu mempercepatkan masa respons kepada panggilan kecemasan dan menambah keupayaan untuk menerima lebih 600 panggilan pada bila-bila masa.

Penyelesaian ini berasaskan model komunikasi bersepadu yang boleh bertindakbalas dengan pelbagai saluran komunikasi termasuk telefon, telefon mudah alih, emel dan media sosial. Pusat hubungan ini menyokong semua dialek Hindi dan beberapa bahasa asing. Ciri panggilan video juga membantu pengguna berkeperluan khas dengan menyediakan agen yang boleh berbahasa isyarat.

Sistem ini bukan sekadar memberi pengalaman yang lancar kepada pengguna di sepanjang proses, tetapi juga tidak memerlukan mereka mengunjungi balai polis dalam beberapa keadaan tertentu. Keupayaan sistem IT yang teguh oleh Avaya mewujudkan jejak digital yang terperinci dalam semua aktiviti, mendokumentasi semua isu secara elektronik tanpa campurtangan pihak polis. Sistem ini juga membolehkan orang ramai memuat naik gambar atau video, yang akan ditanda dengan panggilan mereka dan seterusnya dihantar secara elektronik ke balai polis yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

"Di Avaya, kami sentiasa percaya bahawa tranformasi adalah kritikal bagi memastikan pengalaman pengguna dan sistem respons kecemasan ini adalah satu langkah yang wajar ke arah itu. Kerjasama dengan kerajaan negeri Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh membuka peluang untuk memacu perubahan transformasi kepada rakyat. India sedang menuju ke arah nombor kecemasan tunggal dan kami sedang berusaha untuk menjayakannya. Kami percaya bahawa teknologi ini akan menjadi kayu pengukur baharu untuk keselamatan warganegara India dan menjadi contoh ikutan kepada negeri-negeri yang lain".

Vishal Agrawal, Pengarah Urusan, India dan SAARC - Avaya

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.avaya.com

Source: AVAYA
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications