omniture

Pesta Memancing Ais Tahunan Buka Tirai dengan Arca Ais, Perarakan Tanglung Ikan

NARA Foundation
2017-01-16 08:26 839

HWACHEON, Korea Selatan, 16 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Satu festival memancing ais tahunan, anjuran Yayasan NARA akan membuka tirai hujung minggu ini di bandar timur laut Hwacheon, Wilayah Gangwon, yang menyediakan aktiviti memancing ais, aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan, plaza arca ais dan juga sepanjang jalan yang dihiasi tanglung berbentuk ikan.

Pesta Memancing Ais Tahunan Buka Tirai dengan Arca Ais, Perarakan Tanglung Ikan
Pesta Memancing Ais Tahunan Buka Tirai dengan Arca Ais, Perarakan Tanglung Ikan

"Festival tahun ini bakal diadakan pada 14 Januari hingga 5 Februari, yang akan memberi tumpuan terhadap acara-acara sebelah malam untuk pelancong dari dalam dan luar negara yang mengadu tentang kurangnya hiburan waktu malam untuk mereka yang berjaga malam," kata pihak penganjur.

Pesta Memancing Ais Tahunan Buka Tirai dengan Arca Ais, Perarakan Tanglung Ikan
Pesta Memancing Ais Tahunan Buka Tirai dengan Arca Ais, Perarakan Tanglung Ikan

"Kami telah menambah program dengan begitu banyak yang boleh dinikmati oleh pengunjung pada waktu malam memandangkan kami sedang berusaha menjadikan Festival Sancheoneo Hwacheon yang terkenal di dunia ini sebagai festival untuk menginap semalaman," kata Choi Moon-soon, ketua Daerah Hwacheon. "Kami bertekad untuk bergabung tenaga dengan orang awam, pegawai-pegawai kerajaan tempatan serta pihak tentera demi menjayakannya."

Sebuah bandar kecil yang bersempadan dengan Korea Utara dengan penduduk seramai 27,000 orang, Hwacheon dikatakan mempunyai lebih ramai askar berbanding penduduk, dan telah berjaya menarik lebih 1 juta pelancong setiap tahun semasa festival itu berlangsung sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebuah majlis diadakan di Hwacheon pada Sabtu lalu untuk menyalakan 27,000 tanglung berbentuk ikan yang akan menerangi Jalan Seon Deung (lampu ikan) semasa Festival Sancheoneo. Angka itu mewakili jumlah penduduk daerah itu.

Sebuah plaza turut dibangunkan bagi mempamerkan kira-kira 30 arca ais, pameran dewan tertutup terbesar di dunia. Pakar-pakar daripada Dunia Ais dan Salji (Ice and Snow World) China telah menghasilkan arca mercu tanda yang terkenal di dunia sepanjang bulan lalu. Ia bakal dibuka hingga 12 Februari.

Para pengunjung festival boleh menurunkan tali pancing ke dalam lubang yang digerudi pada sungai yang membeku untuk menangkap sancheoneo atau ikan trout gunung, dan juga dapat menikmati aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan.

Tahun lalu, festival ini dipilih sebagai wakil festival Korea Selatan dan juga salah satu daripada empat pesta musim sejuk global, sebaris dengan Dunia Ais dan Salji Dunia (Ice and Snow World) China, Festival Salji Sapporo (Sapporo Snow Festival) Jepun dan Karnival Musim Sejuk (Winter Carnival) Kanada.

Festival ini, yang bermula sejak tahun 2003, telah berjaya menarik lebih 1 juta pelancong setiap tahun sejak sedekad lalu, satu pencapaian yang belum pernah diraih dalam sejarah festival dunia.

Jumlah pelancong asing mengatasi catatan rekod seramai 78,000 orang pada tahun lalu dengan rangkaian media asing membawa foto yang memaparkan ribuan orang menikmati aktiviti memancing ais yang berlangsung serentak di Hwacheon.

Kerajaan Korea Selatan memilih festival ini sebagai pesta yang mewakili Korea Selatan selama empat tahun berturut-turut sejak tahun 2014, bagi mengiktiraf pesta ini sebagai satu-satunya festival yang dibuka pada waktu malam.

Festival ini dijangka akan memberi kesan ekonomi sebanyak 99.1 bilion won (US$ 84 juta) terhadap ekonomi daerah, menurut satu tinjauan Daerah Hwacheon.

Lebih 70 peratus penduduk daerah ini mengambil bahagian dalam mengurus festival dengan penduduk warga emas membuat tanglung ikan, manakala yang lain menjual hasil-hasil ladang serta menyediakan kemudahan penginapan kepada para pengunjung.

Lebih 15,000 penduduk tempatan menawarkan diri secara sukarela tahun ini untuk berkhidmat sebagai pemandu pelancong, pengawal lalu lintas dan tukang cuci.

Pihak penganjur menganugerahkan baucar hadiah bernilai 1.26 bilion won kepada penduduk tempatan yang menyertai festival itu.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170113/8521700254-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170113/8521700254-b

Source: NARA Foundation
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Sporting Events Sports Travel New products/services