HONG KONG, 26 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Menjelang Tahun Baru Cina, perkara yang paling ditakuti oleh golongan dewasa muda China ialah soalan-soalan yang mungkin akan ditanya apabila menziarahi rumah-rumah rakan taulan atau kaum keluarga mereka. Aplikasi janji temu SweetRing mendedahkan keputusan daripada tinjauan dalam talian terhadap demografi dengan soalan, apakah 10 soalan utama yang anda paling takut ditanya semasa cuti Tahun Baru Cina. "Bilakah anda akan berkahwin?" menjadi soalan teratas dalam senarai itu sebagai soalan paling memalukan, diikuti dengan soalan-soalan yang bertanyakan tentang perhubungan dan pekerjaan. Luar biasanya, dengan peningkatan penerimaan gaya hidup alternatif yang kini menjadi topik yang sering diutarakan di meja makan, beberapa ahli keluarga dari generasi yang lebih berusia mungkin akan terdorong untuk bertanya "Mengapa anda belum berkahwin pada usia yang telah lanjut, adakah anda gay atau lesbian?" Soalan ini berada pada kedudukan yang amat tinggi dari segi tahap malu yang dicetuskan. Soalan-soalan tentang bentuk badan seseorang berada dalam senarai 10 soalan utama buat pertama kalinya.
10 soalan utama golongan muda paling takut ditanya semasa cuti Tahun Baru Cina
Hanya 50% daripada mereka yang ditemu bual sanggup menziarahi keluarga teman lelaki atau teman wanita semasa musim cuti ini, kerana takut mendengar komen-komen yang mungkin dibuat oleh salah seorang ahli keluarganya seperti ditanya tentang keluarga mereka atau ditanya secara paksa tentang rancangan perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun, tinjauan ini turut mendedahkan pelbagai teknik berbentuk mengelak yang digunakan oleh tetamu-tetamu untuk mengelak daripada soalan-soalan tersebut dan rasa malu yang bakal timbul. "Penyelesaian" ini disediakan menerusi aplikasi tersebut, dan meliputi semua aspek termasuk hanya tersenyum atau ketawa sebagai balasan tanpa memberi jawapan hinggalah kepada mengubah topik, berpura-pura perlu menjawab panggilan masuk pada telefon bimbit atau secara sopan meminta diri untuk menggunakan tandas/kemudahan. Tahun Baru Cina ialah saat apabila rakan taulan dan kaum keluarga berkumpul untuk berseronok dan bersantai. Keputusan tinjauan itu memberi mesej yang jelas, dan kami mengambil peluang ini untuk mencadangkan kepada semua ibu bapa dan ahli-ahli keluarga daripada generasi yang lebih berusia untuk menghormati perasaan tetamu-tetamu muda mereka dan menahan diri daripada bertanyakan soalan-soalan sedemikian sepanjang cuti ini, agar semua pihak berpeluang berasa selesa, dan menikmati percutian ini seperti mana ia sewajarnya dinikmati.