omniture

Delphinium Female Leadership Fund I, LP Umum Penutupan Awal dan Pelan Tindakan Pelaburan

Delphinium Female Leadership Fund I, LP
2017-02-06 09:30 527

- Dana Impak Pertama Galakkan Kepimpinan Wanita di Hong Kong

HONG KONG, BANGKOK dan SINGAPURA, 6 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Delphinium Female Leadership Fund I, LP ("Dana"), dana perkongsian terhad terkecuali yang mendapat khidmat nasihat Delphinium Capital Partners Limited, mengumumkan kejayaan penutupan pertama Dana pada 25 Disember 2016 setelah mengumpul USD 16 juta modal baharu.

Dana ini telah memperoleh komitmen daripada beberapa pejabat keluarga dan usahawan berjaya. Komitmen berpotensi kini dalam peringkat rundingan dengan para pelabur institusi dan yayasan yang berhasrat untuk membuat pelaburan berimpak dalam syarikat-syarikat diterajui wanita yang beroperasi di Asia Pasifik.

Cik Vivian Yan, Pengarah Eksekutif DFL Fund Management Limited, berkata, "Kami berasa amat teruja dengan peluang untuk memupuk dan menonjolkan pemimpin-pemimpin perniagaan wanita yang berjaya serta perniagaan-perniagaan mereka. Kami percaya kemunculan kami dalam bidang ini dapat membantu memberi kesedaran lebih baik terhadap isu kepelbagaian jantina dalam industri."

Dana ini merupakan satu instrumen pelaburan tidak tersenarai yang berusaha menyediakan modal pertumbuhan kepada syarikat-syarikat bersaiz sederhana yang beroperasi di Asia Pasifik dengan penyertaan wanita yang mantap pada peringkat tertinggi. Diasaskan pada Oktober 2016 oleh sepasukan ahli profesional bersemangat daripada pelbagai bidang dengan pengalaman selama berdekad-dekad dalam pelaburan langsung dan pengurusan aset, Dana ini berusaha mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor bagi pelaburan dalam syarikat diterajui pemimpin wanita.

Dana ini disokong oleh para profesional yang berfikiran sealiran daripada komuniti perniagaan. Cik Ka Shi Lau, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BCT group, En. Ming San Kwan (dikenali sebagai Savio), Pengasas A&K Consulting dan mantan Ketua Pegawai Operasi Alibaba, serta Cik Shelly Painter, Pengarah Urusan Serantau Perniagaan Asia Vanguard, merupakan ahli-ahli Lembaga Penasihat Dana.

Untuk maklumat lanjut tentang usaha dan visi Dana ini, sila rujuk laman sesawangnya di http://www.delphiniumcap.com/.

Hubungi:

Cik Vivian Yan
Pengarah Eksekutif, DFL Fund Management Limited – Rakan Kongsi Am Delphinium Female Leadership Fund I, LP
E-mel: vivian@delphiniumcap.com
Tel: +852-2960-2311

Latar Belakang DFL Fund Management Limited

DFL Fund Management Limited ialah Rakan Kongsi Am Dana. Diurus oleh ahli-ahli profesional berpengalaman yang telah memperuntukkan masa sejak dua dekad lalu melabur dan mengumpul dana (termasuk melalui IPO) untuk syarikat-syarikat bersaiz sederhana di Asia Pasifik.

Latar Belakang Delphinium Capital Partners Limited

Delphinium Capital Partners Limited ialah sebuah syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong bagi menjalankan aktiviti-aktiviti Jenis 4 & 9 yang dikawal selia.

Source: Delphinium Female Leadership Fund I, LP
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources