omniture

Penyedia Kawalan Trafik Udara UK NATS Pilih Rohde & Schwarz untuk Sistem Suara Kedua

Rohde & Schwarz
2017-02-08 13:58 655

MUNICH, 8 Februari 2017 /PRNewswire/ -- NATS memilih sistem komunikasi suara berasaskan-IP R&S VCS-4G daripada Rohde & Schwarz sebagai sistem suara kedua untuk komunikasi kawalan trafik udara (ATC) di ruang udara UK. Menurut rangka kerja inisiatif Single European Sky (SES), NATS akan memodenkan seluruh infrastruktur pengurusan trafik udara (ATM) dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Tim Bullock, Pengarah Pengurusan Rantaian Bekalan di NATS menjelaskan: "NATS mengawal lebih 2.4 juta penerbangan setiap tahun. Sistem kami perlu anjal dan mampu mengendalikan bebanan kerja berat demi menjamin operasi yang cekap untuk syarikat-syarikat penerbangan dan juga penumpang. Kami telah menemui rakan kongsi yang inovatif dan andal dalam Rohde & Schwarz. Kami mengalu-alukan mereka ke dalam pasukan pembekal yang kolaboratif bagi menyertai kami dalam perjalanan transformasi ATM kami ke arah pengaturan SESAR."

Rohde & Schwarz akan mula melaksanakan sistem suara kedua pada tahun 2017. Ia akan menyediakan daya ketahanan dipertingkat untuk komunikasi radio berasaskan suara dalam ruang udara UK. Pusat-pusat kawalan trafik udara di Swanwick dan Prestwick serta pusat korporat dan teknikal NATS di Whiteley kesemuanya akan dilengkapkan dalam pengaturan berfasa yang akan siap menjelang tahun 2020. Peringkat pengaturan termasuk penyerahan, pelaksanaan dan sokongan sepanjang hayat untuk lebih 450 pengawal kedudukan kerja (CWP) R&S VCS-4G. Sehingga 1700 radio dan pelbagai talian darat-darat akan dihubungkan kepada sistem.

Memandangkan ruang udara menjadi semakin sesak, terdapat peningkatan permintaan terhadap pengagihan semula sumber mengikut beban yang anjal, di samping memastikan kawalan trafik udara yang cekap dan mampan selari dengan piawaian keselamatan tertinggi. Rohde & Schwarz menangani cabaran ini dengan R&S VCS-4G berasaskan-VoIP penuh yang menampilkan seni bina teragih dan lewah.

Maklumat lanjut: http://www.press.rohde-schwarz.com .

Hubungi: Simone Kneifl, Telefon: +49-89-4129-0, E-mel: press@rohde-schwarz.com 

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Contracts