omniture

Oil Insurance Limited (OIL) Umum Hasrat Hentikan Perlindungan Ribut Angin Yang Dinamakan Teluk Mexico Luar Pesisir pada tahun 2018

Oil Insurance Limited
2017-02-10 12:19 823

HAMILTON, Bermuda, 10 Februari 2017 /PRNewswire/ -- OIL mengumumkan kepada para pemegang sahamnya pada 7 Februari 2017 lalu, bermula pada 1 Januari 2018 syarikat tidak lagi menawarkan perlindungan Ribut Yang Dinamakan (DNW) Teluk Mexico Luar Pesisir. Ia akan terus menawarkan perlindungan daripada ribut untuk kawasan-kawasan daratan di Teluk Mexico, dan di semua kawasan daratan serta luar pesisir lain di Lembangan Atlantik dan juga dunia.

Bertil C. Olsson, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, mengulas bahawa "Sejak beberapa tahun lalu, penyertaan ahli dalam pengumpulan DNW Luar Pesisir menurun dengan ketara akibat pengurangan permintaan terhadap produk ini. Secara beransur-ansur, banyak syarikat menyimpulkan bahawa pengekalan risiko ini dalam kunci kira-kira mereka atau menginsuranskan aset individu secara terpilih dalam pasaran komersial ialah alternatif yang lebih baik berbanding menginsuranskan seluruh portfolio aset yang terdedah dengan ribut yang dinamakan bagi Luar Pesisir Teluk Mexico dengan OIL. Hasilnya, OIL telah menetapkan bahawa kelas risiko geografi ini tidak lagi sesuai dalam rangka kerja bersama."

George F. Hutchings, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi menambah, "OIL mempertimbangkan beberapa produk alternatif kepada produk ribut GOM Luar Pesisir sedia ada dan menjalankan tinjauan keahlian untuk mendapatkan input keahlian. Dua pertiga daripada keahlian tidak percaya risiko ribut angin GOM Luar Pesisir patut ditawarkan oleh OIL dan sebahagian besar daripada jumlah ahli tidak percaya risiko ini perlu dicapai bersama dalam kalangan seluruh ahli sebagai salah satu pilihan untuk mengekalkan perlindungan ini. Berdasarkan keadaan bahawa produk alternatif mempunyai sama ada nilai terhad dalam konteks bersama atau mahal, maklum balas tinjauan ini tidak memihak kepada penajajaminan risiko ini dan permintaan keahlian terhadap produk tersebut adalah rendah, dan keputusan diambil untuk menghentikan perlindungan DNW GOM Luar Pesisir."  

Untuk maklumat lanjut tentang perlindungan harta OIL dan nilai berkaitan sila ke https://www.oil.bm/.

Oil Insurance Limited (OIL) menginsuranskan lebih $3.0 trilion aset tenaga global untuk lebih lima puluh ahlinya yang memiliki had hartanah sehingga $400 juta yang berjumlah lebih $19 bilion bagi kapasiti hartanah bertaraf-A. Ahli-ahlinya terdiri daripada syarikat-syarikat tenaga awam dan persendirian bersaiz sederhana hingga besar yang memiliki aset harta fizikal bernilai sekurang-kurangnya $1 bilion serta penarafan gred pelaburan atau yang setara dengannya. Produk-produk yang ditawarkan termasuk Hartanah (Kerosakan Fizikal), Ribut Angin, Pencemaran Tak Berperingkat, Kawalan Telaga, Keganasan, Siber, Pembinaan dan Kargo. Sektor-sektor industri yang dilindungi oleh OIL termasuk sektor Penemuan & Penghasilan Luar Pesisir dan Darat, Penapisan dan Pemasaran, Petrokimia, Perlombongan, Saluran Paip, Utiliti Elektrik dan sektor-sektor perniagaan tenaga lain yang berkaitan.

Source: Oil Insurance Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities