omniture

DYTM Puteri Haya dan Putera Puteri Baginda Sumbang $40 Juta Peringati DYMM Almarhum Raja Hussein Bin Talal dan DYMM Almarhumah Permaisuri Alia Al Hussein Banteras Kebuluran dan Kemiskinan Seluruh Kerajaan Jordan

Pejabat DYTM Puteri Haya Bint Al Hussein
2017-02-13 09:07 848

DUBAI, UAE, 13 Februari 2017 /PRNewswire/ --

DYTM Puteri Haya Bint Al Hussein, permaisuri YMM Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai, serta putera puteri baginda, YMM Sheikha Al Jalila Bint Mohammed Al Maktoum dan YMM Sheikh Zayed Bin Mohammed Al Maktoum, hari ini menyumbang sebanyak 28 juta Dinar Jordan (kira-kira US$ 40 juta) bagi memperingati DYMM Almarhum Raja Hussien Bin Talal dan DYMM Almarhumah Permaisuri Alia Al Hussein.

DYMM Raja Hussien mangkat pada 7 Februari 1999 manakala DYMM Permaisuri Alia mangkat pada 9 Februari 1977.

Tkiyet Um Ali pada asalnya merupakan cetusan idea DYMM Almarhumah Permaisuri Alia Al Hussein sejak lebih 40 tahun lalu; baginda telah mengusahakan idea tersebut tidak lama sebelum kemangkatan baginda. Pada tahun 2003, DYTM Puteri Haya, yang memiliki dokumen konsep asal, menubuhkan Tkiyet Um Ali, pertubuhan bukan kerajaan pertama yang menyediakan bantuan makanan secara berterusan dengan menghidangkan juadah panas dan mengagihkan bungkusan makanan, selain memberi bantuan makanan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik di Jordan.

Tkiyet Um Ali bermatlamat untuk merealisasikan objektif kebuluran sifar di Jordan melalui penyediaan bantuan makanan yang berterusan kepada kaum keluarga yang hidup dalam kemiskinan tegar. Pada Mei 2013, Tkiyet Um Ali melancarkan satu projek untuk membanteras masalah kebuluran dengan menyediakan bantuan makanan yang berterusan kepada kaum keluarga yang hidup dalam kemiskinan tegar. Pada masa kini, Tkiyet Um Ali memberi makan kepada 18,000 isi rumah yang telah dikenal pasti sebagai keluarga yang hidup dalam kebuluran dan kemiskinan tegar.

"Sumbangan derma diperoleh ketika masalah kekurangan makanan di Jordan meningkat tiga kali ganda ekoran Krisis Pelarian Syria," kata DYTM Puteri Haya, Pengerusi Tkiyet Um Ali. "Kami menjalankan kajian lapangan baru-baru ini yang menunjukkan bahawa pada masa kini terdapat sekitar 30,000 keluarga Jordan yang kekurangan makanan, dan ini menguatkan lagi keperluan mendesak untuk mendekati10,000 isi rumah tambahan."

Sewaktu Tkiyet Um Ali menyasarkan untuk membantu 30,000 keluarga ini di sekitar Kerajaan Jordan, DYTM Puteri Haya melantik satu pasukan petugas yang diketuai oleh kekanda baginda, DYTM Putera Ali Bin Al Hussein, dan TYT Hussein Al Majali serta En. Zaid Al Hamdan, bagi memantau pertambahan keluarga tersebut dan menjamin sebarang bantuan logistik penting yang diperlukan atas dasar rasmi.

"Tahun ini menandakan 18 tahun setelah kemangkatan DYMM Almarhum Raja Hussien Bin Talal dan 40 tahun setelah kemangkatan DYMM Almarhumah Permaisuri Alia Al Hussein, yang merupakan individu yang begitu mengambil berat tentang isu kemanusiaan," kata DYTM Puteri Haya. "Tiada cara lain yang lebih sesuai untuk memperingati kehidupan mereka dan meneruskan warisan mereka dengan melakukan sesuatu yang mereka sendiri pasti lakukan."

Tkiyet Um Ali dinamakan sempena Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Alia ('um Ali') dan diinspirasikan oleh konsep Islam memberi makanan kepada golongan miskin, sambil menunjukkan tanggungjawab sosial terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Alia mesra dengan panggilan 'ibu kepada golongan miskin' di Jordan.

 

Source: Pejabat DYTM Puteri Haya Bint Al Hussein
Keywords: Publishing/Information Service Not for profit