omniture

JustDating: Dalam Berpacaran, Nama Anda Boleh Jadi Penentu

Sekiranya anda bernama Daniel atau Aina, berkemungkinan besar anda akan menarik perhatian individu berlainan jantina, manakala lelaki dan wanita berbintang Virgo dan Aquarius menjadi pilihan terbaik untuk menikmati tempoh bercinta romantik yang pendek
JustDating
2017-02-16 10:08 473

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Februari 2017 /PRNewswire/ - Hari Valentine telahpun tiba dan berakhir, namun pada hari itulah lelaki dan wanita muda yang bujang harus bertarung dengan begitu banyak emosi yang bercampur baur dan rumit yang dibangkitkan oleh hari penting ini. Perasaan dan emosi ini berkemungkinan besar berkisar tentang pencarian teman hidup. Aplikasi mencari jodoh JustDating baru sahaja menyiarkan keputusan tinjauan terkininya, dapatan yang sangat membantu untuk lelaki dan wanita bujang yang mencari seseorang sebagai pasangan sejati.

Menurut tinjauan ini, Aina, Wendy dan Stella untuk wanita, manakala Daniel, Steven dan William untuk lelaki didapati menjadi nama-nama yang paling menarik oleh mereka berlainan jantina yang bujang. Berhubung dengan bintang Zodiak pula, tinjauan ini mendapati mereka yang dilahirkan berbintang Virgo dan Aquarius adalah amat bertuah dan paling kurang kemungkinan untuk menyambut Hari Valentine secara bersendirian.

Nama dan bintang seseorang merupakan dua faktor terpenting untuk janji temu yang berjaya

Tinjauan ini mendedahkan lelaki bujang memilih membuat janji temu dengan wanita yang mempunyai nama yang mudah disebut dan diingat, seperti tiga nama paling menarik, iaitu Aina, Wendy dan Stella, manakala wanita muda pula lebih memilih lelaki muda yang mempunyai nama-nama lebih daripada satu suku kata, seperti Daniel, Steven dan William, sebagai peneman malam. Sekiranya anda ingin berjaya bersama mereka yang berlainan jantina, anda mungkin perlu memilih salah satu daripada nama-nama ini sebagai nama anda. Bagi bintang Zodiak pula, lelaki dan wanita Aquarius, yang menghargai kebebasan mereka dan tidak berasa selesa dalam apa jua cara yang menyebabkan mereka berasa terkongkong, merupakan pasangan janji temu pilihan. Lelaki berbintang Virgo pula tanpa disangka-sangka menjadi popular bagi pilihan janji temu untuk wanita bujang, khususnya disebabkan oleh sifat ketersediaan dan keinginan mereka untuk membantu orang lain. Sekiranya anda ingin meluangkan masa malam yang menarik atau memanjakan diri dengan tempoh bercinta romantik yang pendek pada Hari Valentine, pilihlah mereka yang berbintang Virgo dan Aquarius sebagai pasangan anda.

Source: JustDating
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Social Media Survey, Polls & Research