omniture

LONGi-LERRI Solar Dipilih Pembekal Tahap Satu oleh Bloomberg

Berdasarkan kejayaan LERRI Solar dalam projek yang menerima pembiayaan tanpa rekursa, Bloomberg New Energy Finance pilih LERRI Solar sebagai pembekal Tahap Satu
LONGi Solar
2017-02-23 14:26 549

SHANGHAI, 23 Februari 2017 /PRNewswire/ -- LERRI Solar, pengeluar modul solar monohabluran utama dunia yang beribu pejabat di Xi'an, China, dipilih sebagai pembekal Tahap Satu oleh Bloomberg New Energy Finance (BNEF). Klasifikasi oleh BNEF adalah berdasarkan kebolehan menunjukkan tawaran pembiayaan projek tanpa rekursa penting yang ditutup dengan jayanya, menjadi syarikat Tahap Satu, bagi setiap BNEF, memerlukan rekod prestasi cemerlang dari segi penerimaan komersial oleh institusi-institusi pelaburan. Selain itu, bagi setiap BNEF, "…salah satu ciri-ciri pengeluar tahap 1 ialah ketelusan dan ketersediaan data yang bagus." BNEF memberikan senarai pengeluar Tahap Satu, yang dikemas kini setiap suku tahun, kepada syarikat-syarikat yang melanggan Solar Insight Service BNEF.

Menurut En. Richard For, Ketua Perniagaan Luar Negara LONGi-LERRI Solar, "Kami berbesar hati dapat memulakan tahun 2017 dengan terpilih sebagai pembekal modul Tahap Satu oleh organisasi Bloomberg yang berprestij. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting LONGi-LERRI Group dan memperlihatkan penerimaan pasaran untuk modul-modul monohabluran kami yang berkualiti tinggi dan berkecekapan tinggi."

Berdasarkan kapasiti pembuatan, LERRI Solar menduduki kedudukan empat terbaik dalam kalangan semua pengeluar dalam senarai Tahap Satu BNEF.

Latar Belakang LERRI Solar

LERRI Solar ialah pengeluar utama dunia bagi sel dan modul solar monohabluran berkecekapan tinggi. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2007 dan kemudiannya diambil alih oleh LONGi Group pada tahun 2014. LONGi Group ialah pembekal terbesar wafer silikon monohabluran di dunia, memiliki jumlah aset melebihi $1.7 bilion dan kapasiti sebanyak 7.5GW (setakat akhir tahun 2016).

LONGi-LERRI Solar dipilih sebagai "Pengendali Terbaik" – klasifikasi oleh Kerajaan China yang diberikan kepada hanya segelintir pengeluar PV yang memenuhi piawaian ketat berhubung kecekapan dan kuasa modul. LONGi-LERRI Solar terpilih menerusi pengeluaran modul-modul daripada sel solar silikon monohabluran berkecekapan tinggi. LONGi-LERRI Solar menghantar kira-kira 2.5GW produk modul pada tahun 2016, lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. LONGi-LERRI Solar ialah subsidiari milik penuh LONGi Group, pengeluar wafer silikon monohabluran terbesar dunia untuk industri solar. Selain beroperasi di China, tidak lama lagi LONGi akan membuka kemudahan baharu di Malaysia dan India, menerusi pengeluaran bersepadu secara vertikal bagi wafer, sel dan modul fotovolta.

Hubungi

Pihak Akhbar/Pelabur/Penganalisis: 
Richard For
Naib Presiden
LONGi-LERRI Solar
fusj@longi-silicon.com 
Laman sesawang: www.LERRI.com

Source: LONGi Solar
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities Awards