omniture

Hublot Bawakan Koleksi Classic Fusion Italia Independent

HUBLOT
2017-02-23 15:02 553

NYON, Switzerland, 23 Februari 2017 /PRNewswire/ -- "Kami amat berbangga kerana mampu meneruskan kerjasama ini dengan Italia Independent dan Lapo Elkann yang mempunyai daya kreativiti dan watak yang sentiasa memberi kejutan kepada kami. Projek baharu ini ialah suatu pengalaman luar biasa buat kami: memberikan kapasiti Hublot bagi tujuan inovasi teknikal dan kemahuan untuk bereksperimen demi berkhidmat untuk Butik Rubinacci-monumen gaya Itali-dan gaya Lapo Elkann yang tiada tandingan. Koleksi Classic Fusion Italia Independent benar-benar memperlihatkan gabungan antara tiga elemen kepakaran."
Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot

Sejak tahun 2014, dua koleksi tercipta hasil kerjasama antara Hublot, Italia Independent dan Lapo Elkann. Kali ini, kehebatan pasukan yang amat kreatif ini ditonjolkan menerusi model Classic Fusion. Nama model ini seolah-olah ditakdirkan untuk edisi khas baharu ini: belum pernah wujud contoh terbaik bagi gabungan antara 'klasik' dan inovasi.

generated by system

generated by system

generated by system

"Sebagai pencipta, saya sentiasa mengutamakan penyesuaian dan reka bentuk ditempah khas, dan saya berpendapat ia mewakili ciri kemewahan sebenar, elemen utama dalam projek-projek saya yang berbeza. Dengan memberi tumpuan terhadap hal inilah saya membayangkan dan mencipta objek-objek unik, yang menepati citarasa dan kehendak saya, bahkan turut memuaskan hati pelanggan saya. Saya senang hati dengan hakikat bahawa ia benar-benar menjadi milik saya dan hasil ciptaan tersebut adalah tersendiri, dan inilah hakikatnya untuk koleksi Classic Fusion Italia Independent."
Lapo Elkann, Pengasas dan Pengarah Seni Italia Independent

Ini merupakan satu tugas yang dibuat-untuk-mengukur (bukan suatu gurauan) untuk Lapo Elkann yang seringkali diberi jolokan "lelaki paling elegan di dunia" dan individu yang telah menghasilkan rekaan tempahan khas dan membuat penyesuaian untuk koleksi terkenalnya. Beliau turut menghidupkan program 'Tailor Made' ('Tempahan Khas') Ferrari, dan beliau berusaha meneruskan dan memperluas konsep tersebut menerusi Garage Italia Customs; kereta, bot, pesawat dan helikopter, dengan tahap penyesuaian tersendiri, pemperibadian dan daya kreativiti inovatif untuk seluruh industri mobiliti. Lapo turut memanfaatkan kepakaran yang sama ini untuk hasil ciptaan yang direka oleh beliau untuk Hublot dan Italia Independent.

"sartoria Rubinacci" tidak dipilih secara rawak: House of Rubinacci mempunyai koleksi fabrik paling cantik dalam simpanannya. Di sinilah tempatnya, dalam ruang berkeluasan melebihi 60,000 meter persegi dengan fabrik 'houndstooth', tweed dan juga fabrik berharga lain, Hublot dan Lapo Elkann menjumpai koleksi tartan-fabrik wul berpetak-petak dan berwarna ditenun pada tahun 70-an-yang diberikan nafas baharu oleh mereka dengan membawakan fabrik tersebut ke dalam koleksi Classic Fusion sebagai kronograf. Dengan itu, muka jam dan tali jam dibuat menggunakan fabrik berharga ini bagi membawakan rangkaian jam tangan 45 mm ini dengan satu hasil akhir yang menjadi contoh unggul keanggunan. "La vera sprezzatura!"

Pautan untuk memuat turun siaran akhbar dan gambar: http://j.mp/2lQIcXD

HUBLOT S.A.  
Ch. de la Vuarpilliere 33, CP2464   
CH-1260 Nyon 2   
Switzerland   
T +41(0)22-990-90-00

Sumber: HUBLOT

Source: HUBLOT
Related Links:
Keywords: Fashion