omniture

GROW FAST -- Panggilan Untuk Wanita Profesional Cemerlang

LUISS Business School
2017-02-27 08:34 454

ROME, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ -- LUISS Business School telah melancarkan projek GROW – Menjana Peluang Sebenar Wanita dengan matlamat untuk mempromosi, menyokong dan meningkatkan pembangunan peribadi dan profesional pelajar-pelajar wanita di LUISS Business School dengan memberi fokus kepada akses alam pekerjaan dan peningkatan kerjaya mereka, untuk mencapai tahap tertinggi dalam syarikat, institusi, universiti dan organisasi lain.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8045351-luiss-grow-fast-female-professionals/

GROW mengejar matlamat ini melalui penciptaan dan penyusunan rangkaian dan aktiviti mentor serta latihan dan pembangunan bakat. Peristiwa penting itu telah berlangsung pada 11 November, 2016 semasa mesyuarat pelancaran rasmi pertama yang diketuai oleh Pengurus Besar Universiti LUISS Giovanni Lo Storto, Rektor Universiti LUISS Paola Severino dan Dekan LUISS Business School Paolo Boccardelli.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh GROW LUISS Business School, Johnson & Johnson dan Korn Ferry International mempromosi GROW FAST (Pembiayaan dan Sokongan Bakat): satu inisiatif yang ditawarkan kepada kumpulan wanita cemerlang yang terpilih:

  • Akses langsung kepada organisasi yang bersemangat untuk menyokong pembangunan potensi mereka;
  • MBA yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di LUISS Business School, yang menyediakan satu pengalaman budaya dan profesional yang tidak dapat dilupakan di tengah-tengah kota Rome;
  • Tajaan penuh untuk laluan cepat ke dalam dunia perniagaan melalui syarikat-syarikat terkemuka yang menjadikan kepelbagaian dan penyertaan sebagai aset strategik utama.

Inisiatif ini terdiri daripada empat langkah utama:

  • Pemilihan wanita berbakat;
  • 3 bulan latihan awal di Johnson & Johnson bermula pada bulan Julai 2017, dengan pembayaran balik perbelanjaan sehingga EUR 1,000 sebulan;
  • 1 tahun program MBA di LUISS Business School bermula pada bulan Oktober 2017, di mana yuran pengajian sebanyak EUR 27,000 + EUR 13,000 perbelanjaan hidup dibiayai oleh pinjaman pelajaran;
  • 2 tahun kontrak pekerjaan di Johnson & Johnson bermula pada bulan Oktober 2018, dengan gaji yang telah dipersetujui terlebih dahulu + tambahan yang meliputi pembayaran balik pinjaman pelajaran tertakluk pada terma kontrak pekerjaan.

Peserta yang terpilih akan terus dimentor, bermula dari permulaan latihan sehingga inisiatif GROW FAST tamat.

Rakan-rakan kongsi:

  • Johnson & Johnson, sebuah syarikat Fortune 500 multinasional pembuatan peralatan perubatan, farmaseutikal, dan barangan pengguna yang dibungkus;
  • Korn Ferry International, sebuah firma penasihat organisasi dan orang ramai, pembekal terbesar dunia bagi pencarian eksekutif;
  • dan LUISS Business School, sebuah penyedia pendidikan perniagaan yang bertaraf antarabangsa berpusat di Rome (Itali).

Permohonan untuk penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewat 15 April 2017 kepada mba23@luiss.it.

MUAT TURUN PDF

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/469376/LUISS_Business_School_GROW_Logo.jpg )

 

Source: LUISS Business School
Keywords: Education Higher Education New products/services Women-related news