omniture

ZTE lancar BBU IT 5G pertama dunia menerusi jalinan kerjasama dengan Intel

ZTE Corporation
2017-02-28 00:50 519

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan ia melancarkan unit jalur asas (BBU) IT 5G generasi seterusnya bersama Intel® Corporation. BBU IT ialah penyelesaian RAN 5G berasaskan teknologi rangkaian tentuan perisian/virtualisasi fungsi rangkaian (SDN/NFV) pertama dunia.

Dengan memanfaatkan teknologi virtualisasi SDN/NFV termaju, BBU IT modular serasi dengan 2G/3G/4G/Pre5G dan menyokong rangkaian akses radio-awan (C-RAN), RAN-teragih (D-RAN) dan unit pusat dan teragih (CU/DU) 5G, yang melengkapkannya dengan keupayaan yang mantap demi pembangunan masa depan. Platform pemprosesan jalur asas modular generasi baharu, berasaskan seni bina Intel®, BBU IT mempunyai kapasiti yang besar, penyepaduan tinggi dan ciri-ciri rangkaian anjal berbilang mod. Ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga dengan banyak menerusi algoritma dan mekanisme sofistikated, menyokong perniagaan vertikal dan pelaksanaan anjal berbilang kejadian, selain turut menyokong rangkaian hibrid 4G dan 5G bagi melindungi pelaburan pengendali dengan berkesan.

Tradisinya, rangkaian mudah alih meluaskan skala dan fungsi dengan meningkatkan perkakasan, namun kaedah ini meningkatkan penggunaan tenaga selain kerumitan operasi dan penyelenggaraan. Hasil yang diperoleh ialah peningkatan jumlah kos pemilikan (TCO), yang memudaratkan pembangunan jangka panjang dan evolusi rangkaian. Platform rangkaian generasi baharu ZTE, memanfaatkan teknologi SDN/NFV, dapat membantu menangani cabaran-cabaran ini. Dengan memvirtualisasi fungsi-fungsi peralatan rangkaian, platform pemprosesan jalur asas boleh menjalankan fungsi rangkaian yang pelbagai dengan anjal, lalu mempercepatkan pelaksanaan dan pengoptimuman rangkaian dengan ketara, selain mengurangkan kos pelaburan keseluruhan.

"Teknologi-teknologi Intel menguasakan awan dan berbilion-bilion peranti pengkomputeran pintar dan terhubung, dengan itu kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dalam sektor 5G dan kerjasama erat kami akan menyokong pembangunan jangka panjang kedua-dua syarikat kami," kata Jianguo Zhang, naib presiden kanan ZTE. "Sebagai penyedia peralatan dan penyelesaian komunikasi utama, 5G merupakan sebahagian daripada strategi asas ZTE dan dikhususkan untuk R&D teknologi virtualisasi. Jalinan kerjasama antara ZTE dan Intel akan menyediakan rangkaian yang lebih ringkas, lebih anjal dan bersifat terbuka untuk pengendali telekomunikasi dan membawakan nilai yang lebih besar untuk pengguna."

"Kami mendapati Penyedia Perkhidmatan Komunikasi serta merta mengguna pakai teknologi SDN/NFV sebagai asas rangkaian 5G," kata Sandra Rivera, naib presiden korporat Intel Corporation dan pengurus besar Network Platforms Group. "Matlamat kami dengan ZTE adalah untuk mempercepatkan penyelesaian rangkaian 5G bertaraf komersial dan sedia dengan infrastruktur awan. Dengan menggunakan pemproses seni bina Intel® terkini di pinggir pintar, ZTE menunjukkan transformasi rangkaian ini dapat direalisasikan untuk keperluan rangkaian 5G, termasuk kependaman ultra rendah, lebar jalur yang amat tinggi dan kapasiti diperluas."

Latar Belakang ZTE  

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Intel ialah tanda dagangan berdaftar Intel Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Perhubungan Media:


Margrete Ma

Daniel Beattie

ZTE Corporation

AxiCom

Tel: +86 755 26775207

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: daniel.beattie@axicom.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Software Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news