omniture

Anugerah GTI Keempat: ZTE Rangkul Anugerah Penyelesaian dan Aplikasi Inovatif

ZTE Corporation
2017-03-02 00:21 734

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini meraih 'Anugerah Penyelesaian dan Aplikasi Inovatif' di Sidang Kemuncak GTI 2017 hasil penyelesaian Jalur Lebar Tanpa Wayar (eWBB) yang dipertingkat, bagi mengiktiraf sumbangan cemerlangnya terhadap inovasi dan pelaksanaan penyelesaian eWBB. Sebagai organisasi berpengaruh dalam industri TDD dan 5G, selain memiliki lebih 120 ahli pengendali dan 103 rakan vendor, GTI komited untuk membangunkan platform industri global untuk TDD dan 5G, memudahkan pembentukan rantaian ekologi yang berjaya.

ZTE Rangkul Anugerah Penyelesaian dan Aplikasi Inovatif
ZTE Rangkul Anugerah Penyelesaian dan Aplikasi Inovatif

Penyelesaian eWBB yang praktikal daripada ZTE digunakan khususnya dalam dua senario biasa untuk rangkaian sedia ada. Satu senario adalah untuk menyediakan akses tanpa wayar mirip gentian jarak paling jauh, menyokong pelaksanaan rangkaian yang pesat demi menjamin pulangan pelaburan (ROI) yang tinggi. Satu lagi senario adalah untuk mengurangkan trafik data di kawasan metropolitan (iaitu, kawasan bernilai untuk pengendali), demi memastikan daya saing pengendali dari segi kapasiti. Berbanding penyelesaian WBB tradisional, penyelesaian eWBB membabitkan pelbagai ukuran baharu bagi tujuan meningkatkan kapasiti dan membatalkan gangguan, termasuk MIMO 4×4, MIMO Besar, modulasi susunan tinggi, Sel Teratur dan Pengagregatan Pembawa (CA). Penyelesaian eWBB turut menyokong fungsi VPN dan IPsec untuk kegunaan perusahaan, selain CPE 38/39/40/41/42/43 Jalur, kad data, dan WiFi Poket.

Bai Yanmin, Naib Presiden ZTE berkata, "Setakat ini, ZTE telah meraih Anugerah GTI selama empat tahun berturut-turut. Anugerah ini membuktikan usaha inovasi berterusan dan daya penggerak ZTE dalam industri TD-LTE. Anugerah untuk penyelesaian eWBB ini merupakan Anugerah GTI kali keempat milik ZTE bagi "Penyelesaian dan Aplikasi Inovasi" berikutan kemenangan terdahulu untuk penyelesaian integrasi TDD/FDD, penyelesaian Input Berbilang, Output Berbilang (MIMO) Besar dan Penyelesaian Peningkatan Paut Naik Komprehensif. Penyelesaian-penyelesaian ini bukan semuanya bersifat inovatif yang disruptif, tetapi kebanyakannya adalah anjal dan praktikal untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam rangkaian sedia ada. Kami berasa gembira melihat segala usaha ini diterima baik oleh pelanggan kami dan diiktiraf oleh GTI. Pada masa depan, kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami dalam GTI untuk meningkatkan lagi kemajuan industri TD-LTE."

Selaku pembekal utama untuk penyelesaian TD-LTE, pada akhir tahun 2016 ZTE telah membangunkan rangkaian percubaan dan komersial TD-LTE untuk 102 pengendali mudah alih di 54 negara serata dunia, bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Jepun, Amerika Syarikat, India, Indonesia, China, Malaysia, Filipina, Romania, Itali dan banyak lagi negara lain. ZTE akan terus berusaha menyediakan asas penyelidikan & pembangunan (R&D) serta struktur industri yang kukuh demi pembangunan pasaran dan industri TDD, dan menggalakkan evolusi teknologi TDD untuk memainkan peranan yang lebih baik dalam era 5G.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma                                                     

Daniel Beattie

ZTE Corporation                                               

AxiCom

Tel: +86 755 26775207                                    

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn                            

Emel: daniel.beattie@axicom.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170301/0861701716 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards