omniture

LCM Partners Menang buat Tahun Kedua di Anugerah Pelabur Hutang Persendirian 2016

LCM Partners
2017-03-02 20:56 556

LONDON, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ -- LCM Partners berbesar hati mengumumkan ia berjaya merangkul dua anugerah sempena Anugerah Pelabur Hutang Persendirian: Pengurus Hutang Bermasalah Eropah dan Pengumpulan Dana Eropah 2016.

Kini memasuki tahun keempat, Anugerah PDI diwujudkan bagi mengiktiraf peserta industri terbaik dan paling cemerlang dalam membantu membentuk pasaran hutang persendirian. Dengan falsafah bahawa tiada individu yang dapat menentukan dengan lebih baik pengamal yang menonjol pada setiap tahun melainkan industri itu sendiri, Anugerah PDI bertaraf global merupakan satu-satunya anugerah industri bebas yang diundi untuk industri, oleh industri itu sendiri.

LCM Partners berbesar hati mendapat pengiktirafan buat tahun kedua berturut-turut untuk kategori Hutang Bermasalah Eropah. Pelaburan dalam portfolio pinjaman tidak berbayar, pinjaman dijadual semula dan pinjaman berbayar merupakan nadi syarikat selama lapan belas tahun dan pengiktirafan oleh rakan-rakan industri terhadap kepakaran kami adalah suatu yang mengharukan. Selain itu, kejayaan meraih Anugerah Pengumpulan Dana Eropah 2016, selain Anugerah Hutang Bermasalah, menandakan tahun luar biasa yang ditempuhi oleh LCM Partners. Strategi Peluang Kredit LCM III diselesaikan secara muktamad mencecah had maksimum EUR2 bilion pada Oktober 2016; dengan hampir EUR3 bilion kepentingan Pekongsi Terhad dalam strategi ini.

"LCM Partners berasa bangga dapat meraih dua anugerah ini bagi Anugerah PDI tahun ini, dan khususnya peluang merangkul Anugerah Hutang Bermasalah Eropah bagi tahun kedua berturut-turut yang merupakan satu penghormatan besar."  

Tahun 2016 adalah tahun yang begitu menonjol buat LCM Partners, salah satunya melibatkan Strategi Peluang Kredit LCM III yang semakin menunjukkan kejayaan secara berperingkat dari segi pengumpulan dana untuk strategi tersebut, namun begitu, yang lebih utama adalah kejayaannya melaksanakan modal demi mencapai pulangan tanpa pinjaman untuk Pekongsi Terhad kami. Kami memiliki kumpulan pelabur institusi yang amat mantap yang kami berasa bangga dapat berkhidmat kepada mereka. Sasaran kami pada tahun 2017 adalah untuk terus memberi pulangan terlaras risiko yang kukuh agar pelanggan kami dapat terus menunaikan janji yang telah mereka buat terhadap para pesara mereka." Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif, LCM Partners.  

Nota untuk Editor:

LCM Partners ialah pengurus aset Alternatif, yang mengkhusus dalam kredit. Menawarkan kepakaran tiada tandingan dalam pelaburan dan pengurusan portfolio kredit, LCM telah memperoleh lebih 2,000 transaksi mencakupi pinjaman berbayar, pinjaman dijadual semua dan pinjaman tidak berbayar, mewakili lebih EUR15.5 bilion nilai pinjaman.

Anugerah di atas adalah ekoran anugerah Pengurus Alternatif Terbaik yang diraih baru-baru ini sempena Investor's Review 2016. Anugerah-anugerah ini adalah bukti rekod prestasi yang diwujudkan oleh pasukan, menyediakan IRR purata tanpa pinjaman sebanyak 14.89% sejak tahun 1999.

LCM berjaya menyelesaikan Strategi Peluang Kredit III pada tahun 2016 dan akan mula mengumpul dana untuk strategi Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategiknya, 'SOLO' pada tahun 2017.

LCM Partners

Alison Swonnell
T: +44(0)203-457-5058
aswonnell@lcmpartners.eu

Paul D Burdell
T: +44(0)203-457-5060
paulburdell@lcmpartners.eu

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service Awards