Perkampungan Vertikal Baharu menuju Permulaan Epik Termasuk Jualan Emper $13 Juta
NEW YORK, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Extell Development Company hari ini mengumumkan ia telah menjual lebih 100 kediaman, termasuk emper bernilai $13 juta, terletak di One Manhattan Square sejak jualan dimulakan pada awal November lalu. Projek kondominium mewah terbesar Extell setakat ini, One Manhattan Square ialah menara kaca moden terletak di sepanjang New York Harbor di Lower East Side. Dengan pandangan tanpa batasan, harga yang boleh dicapai dan kemudahan dalam serta luar yang tidak terhitung dengan keluasan kawasan berjumlah lebih 100,000 kaki persegi, One Manhattan Square ialah perkampungan vertikal sebenar di Manhattan dengan setiap nilai kemewahan yang terlintas di fikiran.
"Sambutan yang kukuh terhadap bangunan itu adalah bukti bahawa tawaran kami merupakan satu pelaburan bijak, dengan pulangan semasa dan potensi kenaikan yang baik. Kebanyakan kediaman di One Manhattan Square berharga antara $1 juta hingga $3 juta yang merupakan produk dengan bekalan paling sedikit dan mendapat permintaan tertinggi dalam pasaran semasa," kata Gary Barnett, Presiden Extell Development Company. "Para penduduk One Manhattan Square akan tinggal dalam bangunan Extell yang luar biasa dengan pemandangan bandar dan air yang menarik serta kemudahan hebat."
Antara 100 kediaman yang dijual ialah emper dupleks seluas 3,699 kaki persegi bernilai $13 juta yang mempunyai 5 bilik tidur dan 4 setengah bilik air. Rumah mewah ini mempunyai ruang teres luaran tambahan seluas 416 kaki persegi menawarkan pandangan luas Sungai Timur, Brooklyn, New York Harbor, Financial District dan Midtown Manhattan. Pandangan tanpa halangan juga boleh dinikmati dari salon besar rumah dan suit bilik tidur utama di sudut, lengkap dengan bilik persalinan. Emper ini juga menyediakan bilik air utama bertingkap dengan pancuran mandian wap dan lantai yang dipanaskan, selain dapur gourmet bertingkap.
Firma arkitek terkenal dunia Adamson Associates Architects mereka bentuk bangunan kaca menarik ini dengan bahagian dalaman direka oleh Meyer Davis Studio, firma reka bentuk di sebalik butik dunia Oscar de la Renta. Dengan kedudukan sempurna untuk memanfaatkan pemandangan latar langit berpanorama, kesemua 815 kediaman ini dirancang dengan pintar dan menampilkan kemasan khas yang premium. Dengan pelbagai pilihan kediaman satu hingga tiga bilik tidur yang disediakan, pemilikan di One Manhattan Square bermula pada harga $1.16 juta dengan kos penyimpanan rendah dan jangkaan pengurangan cukai 20 tahun.
Para penduduk di One Manhattan Square tidak akan perlu meninggalkan rumah mereka menerusi pakej kemudahan yang tiada tandingan. Berkeluasan empat tingkat, kemudahan ini direka untuk menyediakan pengalaman rekreasi, sosial dan kecergasan terunggul. Kemudahan dalaman pula merangkumi spa yang terletak di tengah-tengah halaman yang tenang dan juga taman bersantai dengan bilik rawatan peribadi serta hamam (tempat mandi air panas).
Pusat kecergasan berbilang tingkat pula akan menawarkan beberapa kolam renang, lorong boling, gelanggang bola keranjang bersaiz penuh, perangsang golf, gelanggang skuasy dan juga studio yoga. Kemudahan tambahan termasuk panggung wayang canggih dan pusat prestasi, bilik permainan kanak-kanak, serta arked remaja. Kemudahan sofistikated, seperti ruang istirehat kulinari, bilik wain, bilik cerut, bar bawah tanah dan dapur demonstrasi, menyediakan pelbagai pilihan hiburan yang begitu luas.
West 8, firma arkitek landskap berpangkalan di Rotterdam terkenal yang masyhur dengan Hills di Governors Island dan Soundscape Gardens di Miami, telah mencipta oasis luar dengan keluasan kawasan landskap melebihi 45,000 kaki persegi. Taman yang rimbun dan kemudahan luar di One Manhattan Square menyediakan ruang bermakna untuk bersosial, termasuk lubang api, rumah pokok dewasa, astaka teh, dek tinjau untuk melihat bintang, halaman sosial dan juga kawasan berlari berbumbung untuk anjing.
Tiada tempat lain di New York yang sejarah pelbagai budayanya lebih jelas terlihat berbanding di Lower East Side. Glamor dan kemegahan seiringan dengan grafiti dan batu-batu kecil di rumah yang dibanggakan ini hingga ke galeri avant-garde, butik, dan bar rintis. One Manhattan Square terletak hanya sejauh beberapa langkah daripada hiruk pikuk kawasan kejiranan yang mengalami transformasi ini menerusi beberapa tempat menjamu selera terbaik New York, pilihan kehidupan malam dan juga hiburan. South Street Seaport dan East River Esplanade yang sibuk juga terletak tidak jauh dari One Manhattan Square. Para penduduk juga akan berada berhampiran dengan sekolah-sekolah terkemuka Bandar tersebut, termasuk Parsons, New York University dan Cooper Union.
Extell Marketing Group ialah firma jualan dan pemasaran eksklusif untuk One Manhattan Square. Layari www.OneManhattanSquare.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi 212-252-1560 bagi menetapkan temujanji di galeri jualan dan reka bentuk inovatif yang terletak di 220 South Street.
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/466260/Extell_Development_Company_One_Manhattan_Square.jpg