omniture

Muzik, Glamor and Bintang Paling Eksklusif Montecristo di Majlis Penutup Pesta Habano ke-19

HABANOS SA
2017-03-07 01:59 491

HAVANA, 7 Mac 2017 / PRNewswire/ --

  • Acara termasuk persembahan Linea 1935. Muzik dan persembahan artistik hebat di Malam Gala dipersembahkan oleh Ara Malikian
  • Sejumlah 1,265,000 euro berjaya dikutip di majlis tradisi Lelongan Humidores

Acara antarabangsa terbesar kebudayaan tembakau Habano tiba ke penghujungnya. Majlis Malam Gala telah menyediakan pengakhiran yang amat sesuai yang menyaksikan pelancaran Linea 1935 yang baharu, tawaran paling premium jenama ini. Tetamu pada sambutan malam itu dapat merasai tiga vitola terbaik daripada Linea 1935: Maltes (53 x 153 mm) dan Dumas (49 x 130 mm), manakala Leyenda (55 x 165 mm) pula berbentuk Montecristo 80 Aniversario.

generated by system

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8056751-montecristo-star-habano-festival/

Rangkaian produk baru Habano ini telah dibuat dengan "Totalmente a mano con Tripa Larga" (Buatan Tangan Sepenuhnya Dengan Gulungan Panjang) berikutan pilihan pengisian, pengikat dan pembungkus daun yang eksklusif daripada dataran berumput Vuelta Abajo (Pinar del Rio). Linea 1935 didatangkan dengan campuran kekuatan rasa penuh buat kali pertamanya bagi jenama Montecristo.

Persembahan pada malam itu termasuk daripada pemenang anugerah Grammy Latin Haila, David Torrens, dan Ballet de Litz Alfonso, salah satu syarikat tarian antarabangsa Cuba. Pemain biola Ara Malikian bersama dengan kumpulan pemuzik beliau telah menutup majlis.

Majlis tradisi Lelongan Humidores telah menyediakan sentuhan terakhir bagi Pesta itu. Ia telah meletakkan lelongan kepada kotak cerut yang indah yang telah dilembabkan daripada jenama Bolivar. Lelongan daripada tujuh lot telah mengutip sejumlah €1.265.000, yang akan didermakan ke Sistem Kesihatan Awam Cuba.

Majlis penyampaian hadiah Anugerah Habano 2016 juga telah diadakan. Gordon Mott, wartawan dan penulis bebas bagi majalah Cigar Aficionado telah menerima anugerah dalam kategori Komunikasi. Edward Sahakian telah dianugerahkan dalam kategori Perniagaan dan Josefa Acosta Ramos memenangi kategori Pengeluaran.

Puro Tabaco (Chile), bersama wakilnya Felipe Rojas, telah dengan sebulat suara diundi sebagai pemenang Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa bagi Edisi XVI. Slavomir Marek Bielicki (United Kingdon) dan Krystian Hordejuk (Amiriah Arab Bersatu) masing-masing pemenang bagi tempat kedua dan ketiga.

Acara sambutan tahunan yang meraikan tembakau terbaik di dunia telah mencapai satu kejayaan bersejarah, menyatukan semula lebih 2,000 peserta daripada lebih 50 buah negara dalam edisi ke-19nya.

Izaskun Martinex 9Tel: +53-521-243-89) atau Cristina Andreu (Tel: +34-609-46-44-05).

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8056751-montecristo-star-habano-festival/

Sumber: HABANOS SA

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Tobacco Travel