omniture

ScentAir, Peneraju Pemasaran Produk Haruman Global, Peroleh Brandaroma

ScentAir
2017-03-07 23:09 513

CHARLOTTE, N.C., 7 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ScentAir, peneraju dunia bagi pemasaran produk haruman, memperoleh Brandaroma, pengusaha utama dalam pasaran yang pesat berkembang untuk penyelesaian pemasaran produk haruman ambien. Brandaroma menjalankan operasi utama di seluruh Asia, dengan kekukuhan di Hong Kong, Macau, Tanah Besar China dan Australia, selain United Kingdom dan Amerika Syarikat. Di AS, perkhidmatan produk haruman Brandaroma dipasarkan di bawah jenama AromaSys.

"Selama lebih 20 tahun, ScentAir telah melabur dalam individu, khidmat pelanggan dan teknologi canggih yang tepat untuk terus menyediakan penyelesaian pemasaran produk haruman yang komprehensif dan terbaik dalam kelasnya untuk pelanggan kami," kata Andrew Kindfuller, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ScentAir. "Pemerolehan Brandaroma akan terus meluaskan pengaruh kami sebagai peneraju pasaran global dalam industri yang menarik ini dan akan menjadikan ScentAir lebih pantas, lebih kukuh dan lebih responsif bagi menyediakan sokongan yang lebih baik kepada pelanggan kami di seluruh dunia." Pemerolehan ini disokong oleh penaja ekuiti ScentAir, Parthenon Capital Partners, pelabur ekuiti persendirian pasaran pertengahan utama dalam perkhidmatan perniagaan yang mendayakan teknologi.

Berpangkalan di Charlotte, NC, ScentAir berkhidmat untuk pelanggan di 109 negara dengan operasi jualan, pengedaran dan perkhidmatan global di seluruh Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Brandaroma/AromaSys mempunyai banyak pengalaman dengan jenama-jenama global bertaraf dunia dalam industri hospitaliti, permainan, peruncitan dan perkhidmatan. "Dengan menggabungkan tawaran produk Brandaroma dan kepakaran industri selama bertahun-tahun dalam teknologi, capaian dan sumber ScentAir kami akan terus meluaskan jejak perkhidmatan kami dan mempercepatkan kadar pertumbuhan kami," jelas Brian Edwards, Ketua Pegawai Hasil ScentAir.

Latar Belakang ScentAir
ScentAir menghasilkan lebih lima bilion impresi produk haruman pengguna yang berkekalan setiap tahun. Berpangkalan di Charlotte, NC, ScentAir memberi khidmat kepada semua jenis perniagaan di 109 negara. Ia merupakan syarikat pemasaran produk haruman terbesar dan paling berpengalaman di dunia. Syarikat ini juga mempunyai pejabat-pejabat korporat di Hong Kong, Shanghai, Macau, Toulouse, London dan Madrid serta mempunyai operasi tempatan di lebih 70 negara. www.scentair.com

Latar Belakang Parthenon Capital Partners
Parthenon Capital Partners ialah firma ekuiti persendirian pasaran pertengahan utama yang berpangkalan di Boston dan San Francisco. Parthenon memanfaatkan kepakaran industri khusus dan pasukan pelaksanaan yang hebat untuk melabur dalam syarikat-syarikat pertumbuhan dalam industri perkhidmatan. Parthenon bertujuan untuk menjadi rakan yang aktif dan sejajar terhadap pengurusan, sama ada melalui transaksi pemodalan semula atau dengan menyokong eksekutif baharu. Parthenon memiliki kepakaran tertentu dalam perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kewangan dan insurans serta penjagaan kesihatan, tetapi mencari sebarang perkhidmatan, teknologi atau perniagaan penghantaran dengan cadangan nilai yang kukuh serta kepakaran proprietari. Pasukan pelaburan Parthenon mempunyai pengalaman luas dalam strategi korporat, pasaran modal dan operasi, membolehkan firma mengejar peluang penciptaan nilai yang kompleks dan pelbagai aspek. Untuk maklumat lanjut, layari www.parthenoncapitalpartners.com

 

Source: ScentAir
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Acquisitions, mergers, takeovers