omniture

Permohonan untuk Perbandaran Çekmeköy Olimpik Sains Antarabangsa Alija Izetbegovic kini Dibuka

Cekmekoy Municipality
2017-03-14 09:00 502

ISTANBUL, 9 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2016, Perbandaran Çekmeköy mendedikasikan Olimpik Sains Antarabangsa kepada saintis Nobel Laureate Aziz Sancar. Pada tahun 2017, Olimpik Sains kedua memberi penghormatan kepada Alija Izetbegovic.

Hari ini, teknologi berkembang maju pada kadar yang luar jangkaan. Umum mengetahui bahawa perkembangan sedemikan akan berterusan tanpa halangan. Perbandaran Çekmeköy dengan penuh rendah hati berhasrat untuk menggalakkan golongan belia ke arah bidang sains melalui Olimpik Sains, mengalu-alukan lebih banyak kajian dan projek saintifik pada peringkat tempatan dan antarabangsa. Olimpik Sains Alija Izetbegovic berhasrat untuk memastikan generasi lebih muda mewujudkan interaksi antarabangsa dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Oleh yang demikian, projek-projek yang direka cipta oleh para pelajar daripada sekolah menengah dan yang setara akan disampaikan dalam skop Olimpik Sains Antarabangsa. Menerusi jalinan kerjasama dengan banyak universiti dari Eropah, Asia dan Amerika Syarikat, pertandingan ini akan dibuka kepada pelajar-pelajar daripada sekolah menengah dan yang setara di seluruh dunia. Diiktiraf oleh beberapa universiti, pertandingan ini turut memberi peluang unik untuk memberi penarafan kepada pelajar bagi menikmati peluang pendidikan di universiti-universiti tersebut.

HADIAH BERJUMLAH TL 96,000 UNTUK 15 PROJEK 

Permohonan bagi kategori "Penyelidikan", "Teknologi" dan "Kecekapan Tenaga" dijangka dibuka hingga 21 April 2017: Para pelajar akan memuat naik projek mereka ke http://www.icatmakinesi.com dan http://www.scienceatturkey.com yang menyediakan segala maklumat terperinci. Pameran kemuncak projek akan diadakan di Marma Hotel, Istanbul pada 18-19 Mei 2017. Projek-projek yang layak berada dalam pameran kemuncak akan dinilai oleh barisan juri. 5 projek terbaik akan dipilih bagi setiap kategori. TL 15,000 akan disampaikan kepada pemenang dalam setiap kategori, TL 10,000 kepada pemenang tempat kedua, TL 5,000 kepada pemenang tempat ketiga dan TL 1,000 untuk pemenang tempat keempat dan kelima. Jumlah hadiah keseluruhan bernilai TL 96,000.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH SAMA SEPERTI FESTIVAL BELIA 

Majlis penyampaian anugerah Olimpik Sains Antarabangsa Alija Izetbegovic dijadualkan berlangsung pada 20 Mei. Penyanyi pop terkenal Mustafa Ceceli akan menjadi tumpuan acara. Dijangkakan bahawa majlis penyampaian anugerah ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Haliç yang turut disertai oleh Presiden Recep Tayyip ERDOĞAN.

Laman sesawang: http://www.scienceatturkey.com 

http://www.youtube.com/watch?v=LBhd7UFMScY&feature=youtu.be  

Source: Cekmekoy Municipality
Keywords: Education Higher Education Awards New products/services