omniture

Buletin Prestasi Risen Energy 2016: Keuntungan Operasi Meningkat 63.99% Berbanding Tahun Sebelumnya

Risen Energy Co., Ltd
2017-03-15 09:51 545

NINGBO, China, 15 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Risen Energy telah menerbitkan buletin prestasi bagi tahun 2016. Buletin ini mendedahkan bahawa sepanjang tempoh tahun 2016, syarikat telah mencapai hasil operasi sebanyak 7.02 bilion RMB yang meningkat 33.48% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Selain itu, keuntungan operasi mencecah 706.22 juta RMB, meningkat 63.99% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Data daripada laporan kewangan menunjukkan sepanjang tempoh bagi tahun 2016 Risen Energy mencapai kenaikan mendadak bagi prestasi keseluruhan. Jumlah keuntungan syarikat ialah 860.04 juta RMB, meningkat sebanyak 91.97% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan ia memperoleh keuntungan bersih sebanyak 694.56 juta RMB yang disumbang oleh para pemegang saham syarikat awam. Nilai ini adalah 115.44% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Berhubung kenaikan mendadak prestasi, dalam laporan mereka Risen Energy menunjukkan dua faktor utama yang menyumbang ke arahnya: peningkatan jualan yang berkekalan oleh syarikat bagi produk fotovolta pada tahun lalu dan pelaburan syarikat dalam rancangan pembaharuan "Luoyang Chaori".

Setelah menyiapkan rancangan pembaharuan "Luoyang Chaori", Risen Energy kini mempunyai susun atur produk fotovolta yang sempurna, mengurangkan kos terkandung pada produk dengan berkesan. Selain itu, ia telah meningkatkan daya saing teras syarikat ke suatu tahap, meningkatkan faedahnya serta kapasiti rintangan risikonya.

Kedua-dua hasil dan keuntungan tahun 2016 meningkat dua kali ganda. Kami akan terus membangunkan stesen kuasa PV teragih.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Risen Energy telah menggalakkan pembangunan stesen kuasa fotovolta teragih dan atas usaha ini ia mencapai kejayaan besar.

Daripada Risen Energy, mereka menyatakan bahawa: "Bagi memberikan sejumlah besar pelanggan kami dengan penyelesaian paling profesional untuk penjanaan kuasa sehenti, kami menubuhkan jabatan perkhidmatan teragih khas. Dalam masa yang sama, bagi menjamin keselamatan dan kestabilan operasi projek-projek teragih, dan untuk memastikan pemaksimuman keuntungan projek, kami membuat pemilihan teliti terhadap projek-projek atas bumbung kami. Bagi bumbung yang memerlukan pemasangan, kami menjalankan pemeriksaan dan kerja-kerja reka bentuk yang menyeluruh. Ini membantu kami mencari sudut paling tepat untuk pemasangan tersebut dan juga mod pemasangan yang paling sesuai."

Daripada pihak syarikat, mereka meneruskan dengan berkata: Matlamat Risen Energy pada masa depan adalah untuk mengambil pesanan daripada golongan profesional dan untuk menjadi profesional dalam kerja yang dilakukan. Kami akan terus menyokong inovasi teknologi dan bersama-sama pasukan penyelidikan daripada universiti-universiti profesional kami akan terus membangunkan stesen kuasa teragih. Kami percaya pada masa depan, berserta kemajuan teknologi pengeluaran dan penambahbaikan sistem kewangan secara beransur-ansur, projek-projek teragih pastinya akan mencapai pelaksanaan secara besar-besaran di China. Sementara itu, usaha ini akan membantu negara kami melaksanakan pembaharuan terhadap bahagian bekalan tenaga.

Risen Energy Co., Ltd 
Emel: marketing@risenenergy.com

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Earnings