omniture

ISABS: Persidangan Perubatan Peribadi dengan Penyertaan Penerima Hadiah Nobel bakal berlangsung di Dubrovnik, Croatia

International Society for Applied Biological Sciences (ISABS)
2017-03-16 06:14 537

ZAGREB, Croatia dan WASHINGTON, 16 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Persatuan Sains Biologi Gunaan Antarabangsa (ISABS), Mayo Clinic dan St. Catherine Hospital dengan kerjasama Philips menganjurkan "Persidangan ISABS Kali Kesepuluh Genetik Forensik dan Antropologi dan Ceramah Mayo Clinic tentang Perubatan Peribadi" (http://www.isabs.hr ), yang bakal diadakan di Dubrovnik, 19 Jun - 24 Jun 2017. Persidangan ISABS dianggap sebagai salah satu acara saintifik paling penting dalam bidang bioperubatan pada tahun 2017. Topik-topik persidangan merangkumi: perubatan peribadi dan regeneratif, farmakogenetik, diagnostik molekul, terapi sel stem, epigenetik, mikrobiom, genetik kanser, genetik forensik dan antropologi, dll. Tanpa sebarang keraguan: masa depan bidang perubatan akan bergantung pada rawatan peribadi. Sempena Persidangan ISABS 2017 kami ingin merealisasikan kuasa dan kemajuan perubatan peribadi yang bakal mewujudkan nilai penting buat sistem penjagaan kesihatan.

Lebih 50 penceramah jemputan daripada institusi-institusi saintifik terbaik Dunia serta 500 peserta akan menghadiri Persidangan. Seramai lima Ceramah Nobel akan disampaikan oleh Penerima Hadiah Nobel prof. Ada Yonath (Weizmann Institute of Science), prof. Robert Huber (Max Planck Institute of Biochemistry), prof. Avram Hershko (Technion), prof. Herald zur Hausen (University of Heidelberg) dan prof. Paul Modrich (Duke University).

Persatuan Sains Biologi Gunaan Antarabangsa (ISABS), ialah ahli Persatuan Akademi bagi Akademi Sains Forensik Amerika dan salah satu persatuan paling penting dan berpengaruh dalam bidang genetik forensik serta perubatan peribadi. Jawatankuasa Saintifik ISABS terdiri daripada empat penerima Hadiah Nobel dan kebanyakan pakar perubatan serta saintis tersohor di dunia.

Menurut U.S. News & World Report, Mayo Clinic ialah hospital #1 secara keseluruhan, selain menjadi #1 dalam banyak kepakaran berbanding mana-mana hospital lain di Amerika Syarikat.

St. Catherine Hospital ialah sebuah pusat kecemerlangan Eropah, finalis bagi Anugerah Perniagaan Eropah dan ahli kumpulan berprestij "Hospital Terkemuka di Dunia".

Royal Philips, sebuah syarikat utama bertaraf global bagi bidang teknologi kesihatan, memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan kesihatan orang ramai dan mendayakan hasil lebih baik menerusi inovasi bermakna. Philips membentuk masa depan perubatan peribadi dengan peralatan serta perkhidmatan yang menyediakan penjagaan khusus untuk pesakit dengan langkah membuat keputusan yang betul pada kali pertama serta terapi sasaran.

Maklumat lanjut tentang "Persidangan ISABS Kali Kesepuluh Genetik Forensik dan Antropologi dan Ceramah Mayo Clinic tentang Perubatan Peribadi" disediakan di http://www.isabs.hr.

Jawatankuasa Penganjur ISABS 2017 
info@isabs.hr 
+385-1-6442-251

Source: International Society for Applied Biological Sciences (ISABS)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news