omniture

One-Blue Gesa Paten Disebabkan Rancangan Tambah Perlindungan Lesen Untuk Produk Ultra HD Blu-ray™

One-Blue, LLC
2017-03-17 21:00 522

NEW YORK, 17 Mac 2017 /PRNewswire/ -- One-Blue, LLC mengumumkan ia kini berusaha memperluas program pelesenan produk Blu-ray Disc™ dengan menyertakan produk Ultra HD Blu-ray™, berkenaan dengan paten yang penting untuk piawaian Ultra HD Blu-ray™ berikut yang dikeluarkan oleh Persatuan Blu-ray Disc™:

  1. System Description Blu-ray Disc™ Format Baca Sahaja (Ultra HD Blu-ray™) Bahagian 1, Spesifikasi Format Asas, Versi 2.0, Mei 2015
  2. System Description Blu-ray Disc™ Format Baca Sahaja (Ultra HD Blu-ray™) Bahagian 2, Spesifikasi Sistem Fail (UDF®) Versi 2.0, April 2015
  3. System Description Blu-ray Disc™ Format Baca Sahaja (Ultra HD Blu-ray™) Bahagian 3, Spesifikasi Asas Audio Visual, Versi 3.1, Disember 2015

Ketersediaan perjanjian dan kadar royalti yang dikenakan untuk produk Ultra HD Blu-ray™ akan diumumkan oleh One-Blue beberapa bulan akan datang.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang percaya ia mempunyai paten yang penting untuk piawaian Ultra HD Blu-ray™ yang disebutkan di atas atau Piawaian Blu-ray Disc™, Piawaian DVD atau Piawaian CD yang kini disertakan dalam program pelesenan produk Blu-ray Disc™ One-Blue serta ingin terlibat dalam program-program ini sebagai pemberi lesen, boleh menghantar patennya bagi tujuan penilaian berhubung keperluannya oleh firma-firma undang-undang penilaian paten terpilih One-Blue yang dikenal pasti di http://www.one-blue.com/patent-evaluation/ .

Untuk maklumat lanjut tentang program pelesenan One-Blue, termasuk senarai lengkap kadar royalti One-Blue, sila layari laman sesawang One-Blue di www.one-blue.com.

Latar Belakang One-Blue

One-Blue, LLC, ialah kedai sehenti untuk paten-paten yang penting kepada piawaian Blu-ray Disc™ daripada pemberi lesen terkemuka, termasuk ARRIS Enterprises LLC, Columbia Technology Ventures, CyberLink, Dell, Fujitsu, Hitachi Consumer Electronics Co. Ltd., HP Inc., JVCKENWOOD, LG Electronics, Panasonic, Pioneer, Philips, Samsung, Sharp, Sony, Taiyo Yuden dan Yamaha. Kesemua tujuh belas Pemberi Lesen ini menyediakan lebih sepuluh ribu paten produk Blu-ray Disc™ yang dikeluarkan di seluruh dunia yang penting untuk melaksanakan piawaian Blu-ray, DVD, serta CD. One-Blue menawarkan lesen-lesen untuk paten-paten ini kepada pelbagai produk Blu-ray Disc™ termasuk pemain, perakam, pemacu main balik, pemacu perakam, perisian, komputer peribadi (PC), cakera prarakam dan cakera boleh rakam. One-Blue bermatlamat untuk mewujudkan persaingan yang saksama dan himpunan patennya dibangunkan menurut amalan terbaik industri dengan menyediakan kadar royalti yang menarik, kos urus niaga yang rendah dan proses pelesenan paten yang diselaraskan.

Hubungi: Ashley Teitelbaum, ashley.teitelbaum@one-blue.com, 1-212-2233190

 

Source: One-Blue, LLC
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services Patent Law