omniture

Kamera PanoVu Hikvision bantu Korea Selatan kesan lokasi aktif pencemaran

Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2017-03-23 11:29 712

HANGZHOU, China, 23 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Demi membantu mengenal pasti lokasi berbau busuk di sekitar Bandar Metropolitan Deagu di Korea Selatan, Hikvision, pembekal produk dan penyelesaian pengawasan video inovatif yang terkemuka di dunia, membekalkan siri kamera Panorama + PTZ 180 darjah PanoVu bagi tujuan membentuk sebahagian daripada sistem maklumat atmosfera bersepadu.

Masalah bau busuk bawaan udara

Sebagai respons terhadap aduan mengenai bau busuk bawaan udara yang berpunca daripada kompleks industri pencelupan di bahagian barat Deagu, pada Julai 2016, pihak berkepentingan dalam ekonomi, alam sekitar dan industri pencelupan Bandar Metropolitan Deagu memutuskan untuk bertindak menerusi projek maklumat atmosfera. Projek ini, untuk sistem pengawasan dan penjejakan bau busuk, akan membantu menyediakan penyelesaian yang berkesan dan selamat terhadap isu bau busuk.

Spesifikasi sistem

Bagi menjamin penyelesaian pengimejan berprestasi tinggi yang dapat merakam panorama berkualiti tinggi dan imej PTZ berasingan terhadap seluruh bandar, Pejabat Seo-gu beralih kepada Hikvision yang mencadangkan kamera Panorama 180 darjah Siri DS-2DP0818Z-D PanoVu, yang menggabungkan 4 kamera tetap 2MP dan kamera PTZ zum optik 36x.

Menyediakan demonstrasi kesesuaian kamera, satu pemasangan ujian telah dijalankan di Bandar Metropolitan Busan, iaitu kawasan perindustrian terbesar di Korea Selatan. Demonstrasi kamera PanoVu Hikvision disifatkan sebagai satu kejayaan dan turut dianggap sebagai 'padanan sempurna' terhadap keperluan untuk sistem pengawasan.

Pada titik kawalan sistem maklumat atmosfera baharu, 2 set dengan 4 kamera DS-2DP0818Z-D PanoVu, 11 alat ukuran bau busuk dan dua alat ukuran cuaca dipantau untuk menentukan sumber secara visual terhadap sebarang penyebaran bau busuk di atmosfera.

Hasilnya  

"Pusat Pengawasan Atmosfera Pejabat Seo-gu amat berpuas hati dengan kualiti gambar kamera PanoVu resolusi tinggi tersebut," kata Joey Kim, Pasukan SI, Hikvision Korea. "Sensor pengawasan pencemaran pada sistem maklumat atmosfera dan kamera PTZ PanoVu yang disepadukan dapat menentukan lokasi tepat kejadian yang tercetus serta dapat mengesan dan menyasarkan secara automatik lokasi tepat penggerakan kejadian."

Pengarah Pejabat Seo-gu berkata: "Operasi sistem maklumat atmosfera baharu berjaya mewujudkan persekitaran hidup yang lebih bersih dan lebih selesa."

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian kamera PanoVu Hikvision, pelanggan boleh melayari http://www.hikvision.com/en/Products_683.html

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah pembekal penyelesaian pengawasan video yang terkemuka di dunia. Menampilkan tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang terhebat dalam industri, Hikvision menggunakan kemudahan pengeluarannya yang canggih untuk mencipta dan membangunkan produk pengawasan CCTV dan video yang inovatif untuk sebarang keperluan keselamatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Hikvision di www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics High Tech Security Contracts