omniture

Huawei Perkenal Seni Bina Rangkaian Serba Awan

Membolehkan Transformasi Digital dan Menyampaikan Pengalaman "Sepanjang Perjalanan, Serba Digital" kepada Pelanggan Perusahaan
Huawei
2017-03-23 17:36 781

HANNOVER, Jerman, 23 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan seni bina Rangkaian Serba Awan untuk perusahaan di CeBIT 2017. Seni bina Rangkaian Serba Awan akan membantu perusahaan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan menyampaikan pengalaman pengguna yang muktamad dengan inovasi perkhidmatan yang lebih tangkas dan perlindungan keselamatan yang sentiasa tersedia.

"Transformasi digital tidak hanya bermaksud menggunakan teknologi baharu seperti pengkomputeran awan, SDN dan NFV, malah melibatkan pembaharuan model perniagaan, mod operasi, dan corak pemikiran. Huawei menyediakan  Rangkaian Serba Awan khusus untuk senario aplikasi industri untuk membantu pelanggan perusahaan kami mencapai kejayaan perniagaan. Ini adalah matlamat muktamad seni bina Rangkaian Serba Awan Huawei, "kata Kevin Hu, presiden barisan produk Huawei Switch & Enterprise Gateway. "Seni bina Rangkaian Serba Awan akan memberikan sambungan di mana-mana, platform awan terbuka, dan aplikasi industri teknologi sosial kepada perusahaan. Di samping itu, ia akan memudahkan pengurusan sumber rangkaian dan meningkatkan nilai data rangkaian. Semua faktor-faktor ini akan mewujudkan rangkaian terbuka untuk perusahaan bagi meraih manfaat perniagaan yang mempunyai potensi yang hebat. "

Seni bina Rangkaian Serba Awan Huawei terdiri daripada tiga bahagian:

  • Sambungan sentiasa tersedia: Pusat data menghubungkan sepenuhnya orang ramai, benda, data dan aplikasi di dalam kampus, cawangan, dan senario IoT.
  • Platform awan terbuka: Rangkaian diuruskan atas awan untuk membolehkan pelaksanaan perkhidmatan pantas, dan O&M yang dipermudahkan. Penjadualan sumber berpusat meningkatkan kecekapan. API terbuka membolehkan saling hubungan dengan peranti rangkaian dan aplikasi khusus industri, memudahkan pelanjutan industri dan terus menginovasi model perniagaan.
  • Aplikasi industri teknologi sosial: menggunakan analitik data besar berasaskan awan untuk menyediakan perkhidmatan SaaS khusus industri yang beraneka, menjadikan aplikasi tidak lagi terpencil, dan membolehkan perkongsian faedah pendigitalan yang dibawa oleh rangkaian, aplikasi dan data antara perusahaan dan pengguna, perusahaan dan perusahaan, dan pengguna dan pengguna.

Seni bina Rangkaian Serba Awan Huawei menyediakan enam penyelesaian awan yang dibolehkan untuk membina semula rangkaian dalam senario yang berbeza. CloudFabric direka untuk membina  rangkaian pusat data awan terbuka  yang mudah, cekap, untuk menyokong evolusi jangka panjang perkhidmatan perusahaan awan. CloudDCI direka untuk membina rangkaian salinghubung pusat data pintar berasaskan perkhidmatan awan yang mengikut permintaan. CloudCampus melaksanakan pengurusan awan 100% rangkaian di seluruh kitaran hayat, bermula dengan pelaksanaan rangkaian kepada O&M, serta semua akses Wi-Fi dalam kampus rangkaian. CloudEPN menyediakan perkhidmatan mengikut permintaan, menjimatkan kos, dan perkhidmatan rangkaian nilai tambah untuk perusahaan. Edge-Computing-IOT (EC-IOT) memenuhi keperluan penyelenggaraan ramalan dan membolehkan transformasi digital untuk industri menegak. Penyelesaian keselamatan sentiasa tersedia membina sistem perlindungan proaktif dan imun kendiri untuk perusahaan.

Seni bina Rangkaian Serba Awan Huawei menyediakan pelanggan dengan pengalaman "Sepanjang Perjalanan, Serba Digital" bermula dengan membeli penyelesaian hinggalah kepada penggunaannya. Pasukan Huawei berganding dengan rakan kongsinya  untuk mewujudkan ekosistem kerjasama menang-menang dan menyampaikan pengalaman masa sebenar, atas permintaan, segalanya dalam talian, DIY, dan sosial (ROADS) kepada pelanggan perusahaan.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah peneraju penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari  Huawei dalam talian: www.huawei.com

Hubung Media

Kang Ran
+86 10 82829670
Kangran@huawei.com

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news