omniture

Tinggal 100 hari Sebelum Peringkat Pertama jelajah Tour de France di Duesseldorf

City of Duesseldorf
2017-03-27 13:37 597

DUESSELDORF, Jerman, 27 Mac 2017 /PRNewswire/ --

  • Datuk Bandar Düsseldorf Geisel dan Pengarah Jelajah Prudhomme Mulakan Jam Kira Detik bagi Grand Départ Düsseldorf 2017
  • "Bonjour le Tour" pada hari Sabtu di Market Square - Poster dan Risalah Percuma Tersedia untuk Program Acara Sokongan

100 hari sahaja lagi– kira detik bagi permulaan jelajah Tour de France – Grand Départ  Düsseldorf 2017 – dari 29 Jun hingga 2 Julai 2017.  Hari ini Datuk Bandar Düsseldorf Thomas Geisel dan Pengarah Jelajah Christian Prudhomme akan merasmikan tiang dengan detik kira penghitungan 100 hari terakhir sehingga Peringkat 1 jelajah. Pengunjung dari dekat dan jauh akan tiba di ibu negeri Northrhine Westphalia untuk menyaksikan Grand Départ Düsseldorf 2017, acara sebelum Tour de France, pada hari minggu pertama dalam bulan Julai. Mereka boleh menjangkakan acara sukan antarabangsa, "folk fette" dan metropolis yang menarik di atas sungai Rhine berserta dengan acara kemuncak pelancongan di sepanjang laluan. Pengunjung akan dapat menonton acara Tour de France secara langsung di skrin-skrin besar LED di beberapa lokasi di dalam bandar, termasuk aktiviti-aktiviti tambahan yang disertai, bual bicara atau muzik dan lebih banyak informasi lagi.

generated by system

Datuk Bandar Thomas Geisel: "Ibu negeri serta seluruh rantau ini amat menantikan permulaan jelajah Tour de France di Düsseldorf – dan keriangan ini akan lebih bertambah lagi pada 100 hari terakhir sehingga Peringkat Pertama. Kami tidak sabar untuk meraikan sukan berbasikal, basikal dan persahabatan Perancis-Jerman bersama-sama peminat dari seluruh pelusuk dunia bermula pada 29 Jun."

Pengarah Jelajah Christian Prudhomme: "Masih ada 100 hari lagi sebelum jelajah ke-104 Tour de France bermula. 30 tahun selepas permulaan di Berlin Wall satu era baru dalam sejarah Tour de France Grand Départ di Jerman akan bermula. Kami tidak sabar untuk bermula di bandar Düsseldorf, yang telah menjadi bandar yang penting di Jerman. Selain itu, penganjuran Grand Départ di separuh pertama tahun 2017 merangkumi banyak aktiviti berbeza di Düsseldorf untuk permulaan jelajah seperti tajuk "Promosi Berbasikal" dan "Pembangunan ke arah Bandar Berbasikal".

Acara besar sebelum majlis berkaitan dengan jelajah akan berlangsung pada hari Sabtu, 25 Mac di Market Square. Bertajuk "Bonjour le Tour", ia akan menjadi acara yang berkaitan dengan acara berbasikal selepas acara permulaan pada waktu tengah hari di Düsseldorf City Hall, dengan pelbagai aktiviti, berinformasi dan ramai bakat Perancis. Di samping itu, tembakan mula akan dilepaskan pada 25 Mac untuk pertandingan kanak-kanak "Petit Départ" bersama 100 kanak-kanak di kawasan sukan universiti.

Bertepatan dengan acara "Bonjour le Tour", risalah-risalah untuk program acara sokongan dan poster-poster percuma di DinA2 akan tersedia dari hari Sabtu, membolehkan semua pengunjung menunjukkan keghairahan mereka terhadap acara berbasikal terhebat dunia di Düsseldorf. Ia boleh didapati, antara lokasi lainnya, di pintu masuk Dewan Bandaran, Pejabat Penduduk, perpustakaan awam, Pusat Informasi Pelancong atau dari Pejabat Projek Grand Départ yang terletak di Kaistrasse 11, Düsseldorf.

- Rujukan Silang: Gambar tersedia di AP Images (http://www.apimages.com) –

Semua siaran akhbar boleh didapati di: (http://www.apimages.com)

https://www.duesseldorf.de/international/letour/media-portal.html

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Landeshauptstadt Düsseldorf  
Pejabat Komunikasi
Kerstin Jäckel-Engstfeld  
Telefon: +49211-8993131  
Emel: presse@duesseldorf.de  
http://www.duesseldorf.de

Source: City of Duesseldorf
Keywords: Sporting Events Sports