omniture

Jurugambar Dron Terkenal Elia Locardi Jalin Kerjasama Dengan DJI Anjur Jelajah Dunia Bengkel Fotografi Udara

DJI
2017-03-29 02:36 462

Bantu Jurugambar Kuasai Fotografi Dron Di Lapangan dan Pasca Pemprosesan

NEW YORK, 29 Mac 2017 /PRNewswire/ -- DJI, pengeluar dron peribadi dan profesional utama dunia, bekerjasama dengan jurugambar dan juruvideo pelancongan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Elia Locardi, untuk menganjurkan jelajah dunia Bengkel Fotografi Dron DJI. Elia akan membawa peserta menjelajah ke destinasi-destinasi paling cantik dan indah di dunia, termasuk Singapura, bagi mengalami bidang seni fotografi yang baharu dan menarik ini menggunakan dron DJI.

Selain mempelajari kaedah untuk menguasai kemahiran fotografi dron di lapangan dan pasca pemprosesan, bengkel ini akan turut menyediakan teknik-teknik pemanduan selamat menggunakan kuadkopter DJI. Sebagai penaja rasmi, DJI akan menyediakan peserta bengkel dengan akses percuma dan diskaun eksklusif teknologi dron dan pengimejan terkini.

"Kami berasa amat teruja dengan program ini kerana ia akan membolehkan ramai orang mengalami keseronokan penerbangan sambil meneroka beberapa permata tersembunyi di serata dunia," kata Paul Moore, Pengarah Kreatif DJI. "Mempelajari cara untuk terbang menerusi platform udara DJI kini lebih mudah dan intuitif, hasil daripada kepintaran dalam dron dan ciri-ciri keselamatan. Setelah pengguna menguasai kemahiran terbang mereka, peringkat kemajuan seterusnya adalah untuk menyempurnakan hasil kerja kamera mereka. Bengkel ini merupakan peluang hebat untuk peserta mengasah teknik-teknik asas dan membuka mata mereka terhadap kemungkinan kreatif yang serba baharu."

Tempoh bagi setiap bengkel adalah selama dua setengah hari, dan bengkel pertama akan diadakan di Lisbon, Portugal pada 19 Mei, diikuti dengan Pulau Menorca, Sepanyol pada Jun, Singapura pada bulan Ogos dan A.S. serta Switzerland pada separuh kedua tahun 2017. Bengkel Singapura akan diadakan mulai 25 – 27 Ogos 2017 dan Elia akan membawa peserta mengikuti pengembaraan bagi meneroka latar langit yang indah dan ultra moden yang menjadikannya destinasi hebat untuk para jurugambar udara.

Setiap bengkel adalah terhad kepada maksimum 12 peserta dan pendaftaran akan diterima berdasarkan penyertaan terawal. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, sila layari: http://store.elialocardi.com/aerial-dji-drone-photography-workshops/.

Tidak terikat kepada lokasi sejak tahun 2012, Elia Locardi menjalani gaya hidup yang bebas bergerak. Beliau telah mengunjungi lebih 55 negara, terbang merentasi lebih satu juta batu dan berkolaborasi dengan berpuluh-puluh jenama, negara dan agensi pelancongan di seluruh dunia. Hasil kerja beliau pernah ditonjolkan dalam Professional Photographer Magazine, CNET Australia, Fstoppers, dan National Geographic.

Menggunakan kombinasi teknik-teknik tertutup tradisional, waktu hari sasaran dan kaedah pasca pemprosesan termaju, Elia telah membangunkan gaya fotografi yang diiktiraf secara meluas dan amat unik. Matlamat beliau adalah untuk berkongsi visi beliau agar orang lain dapat melihat dunia seperti mana beliau melihatnya, dipenuhi warna, tekstur, keindahan, kedalaman dan emosi. Elia mempunyai pengikut seramai hampir 3 juta orang menerusi Facebook, Google+, Twitter, Instagram, YouTube, dan Snapchat.

Untuk memuat turun foto: https://www.dropbox.com/sh/vygndz9pxiof8ok/AACHUVUScUDfD-_HMFGBjx_oa?dl=0

Latar Belakang DJI

DJI ialah peneraju global dalam membangunkan dan mencipta teknologi dron serta kamera yang inovatif untuk kegunaan peribadi dan juga profesional. DJI ditubuhkan dan dikendalikan oleh individu yang amat berminat dengan helikopter kawalan jauh serta pakar dalam bidang teknologi kawalan penerbangan dan juga kestabilan kamera. Syarikat ini dikhususkan untuk menjadikan fotografi udara dan peralatan serta platform pembikinan filem lebih mudah diakses, andal dan lebih mudah untuk digunakan oleh pencipta serta penginovasi di seluruh dunia. Operasi global DJI kini mencakupi benua Amerika, Eropah dan Asia, manakala produk dan penyelesaiannya yang revolusioner menjadi pilihan pelanggan yang berada di lebih 100 negara untuk digunakan dalam industri pembikinan filem, pembinaan, tindak balas kecemasan, pertanian, pemuliharaan dan banyak industri lain.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang kami: www.dji.com  
Ikuti kami melalui Facebook: www.facebook.com/DJI 
Ikuti kami melalui Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal   
Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI

 

Source: DJI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Film & Motion Picture