omniture

Pakar Saham AS Jim Rogers Labur dalam Tiger Brokers

Tiger Brokers
2017-04-01 10:02 701

BEIJING, 1 April 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat sekuriti antarabangsa terkemuka Tiger Brokers mengumumkan Jim Rogers, pakar pelaburan tersohor di dunia, menandatangan perjanjian untuk menjadi salah sorang pelabur firma ini.

Pelaburan ini menandakan cubaan pertama oleh jutawan Wall Street itu julung kali melabur dalam syarikat baharu teknologi Cina.

"Apa yang telah dilakukan oleh Tiger, iaitu menggunakan teknologi untuk berdagang di seluruh dunia, mempunyai masa depan yang cerah," kata Rogers. Beliau yakin dengan momentum pertumbuhan dalam industri teknologi kewangan China, dengan menyatakan bahawa transformasi dipacu internet dalam seluruh sektor kewangan akan membawa manfaat kepada pelabur Cina yang semakin meningkat.  Mereka menuntut pengoptimuman peruntukan aset mereka. "Setiap orang berpeluang berdagang di mana-mana juga dan Tiger berada di tempat yang betul, pada masa yang tepat," tambah Roger.

Wu Tianhua, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tiger Brokers berkata: "Tiger Trade ialah satu produk teknologi kewangan yang dihasilkan oleh syarikat sebagai platform perdagangan saham sehenti untuk para para pelabur global yang bertutur dalam bahasa Cina untuk mengakses portfolio pelaburan rentas sempadan dengan mudah." Menurut Wu, selain akses kepada saham AS, saham Hong Kong dan saham-A China, platform ini, yang boleh dilog masuk melalui telefon pintar, menyokong segala transaksi melibatkan perdagangan margin sekuriti selain 13,000 saham AS, opsyen saham dan produk ETF.

Menurut syarikat ini, lebih $100 juta transaksi ditempah melalui Tiger Trade pada bulan pertama ekoran pelancaran awal platform ini pada tahun 2015.

Selain pertumbuhan mendadak dari segi bilangan pelanggan, nilai dolar bulanan bagi transaksi yang dikendalikan melalui Tiger Trade melonjak 22 kali ganda pada akhir tahun lalu, melebihi $2.2 bilion sebulan.

Sebagai broker sekuriti dalam talian terkemuka yang berkhidmat kepada komuniti Cina di seluruh dunia, Tiger Brokers telah membuktikan kekukuhannya dalam pasaran pelaburan dunia. Para pemegang saham utama awalnya termasuk Xiaomi Technology dan China Growth Capital.

Source: Tiger Brokers
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Workforce Management/Human Resources Contracts Personnel announcements