omniture

Di mana 'Deep Learning' Diaplikasikan? Banyak Lagi di Sidang Kemuncak Global RE•WORK

RE•WORK
2017-04-03 20:15 675

LONDON, 3 April 2017 /PRNewswire/ -- Populariti'Deep Learning'yang semakin meningkat adalah hasil daripada aplikasinya yang meluas, merentasi bidang yang semakin meningkat jumlahnya. Daripada penjagaan kesihatan kepada kewangan, automasi ke e-dagang, Sidang Kemuncak Deep Learning RE•WORK (27-28 April) akan mempamerkan landskap 'deep learning' dan kesannya terhadap perniagaan dan masyarakat.

Tarikan penting ialah penceramah Jeffrey De Fauw, Jurutera Penyelidikan di DeepMind. Sebelum menyertai DeepMind, De Fauw membangunkan model 'deep learning' untuk mengesan Retinopati Diabetes (DR) dalam imej fundus, yang beliau akan bentangkan di Sidang Kemuncak. DR ialah punca utama kebutaan di negara maju dan mendiagnosisnya merupakan satu proses yang memakan masa. Model De Fauw telah direka untuk mengurangkan masa diagnostik dan untuk mengenal pasti dengan tepat pesakit yang berisiko, untuk membantu mereka mendapatkan rawatan secepat yang mungkin.

De Fauw akan disertai Brian Cheung, pelajar PhD dari UC Berkeley, dan kini bekerja di Google Brain. Di acara ini, beliau akan menerangkan bagaimana model rangkaian saraf dapat mengekstrak ciri-ciri yang berkaitan daripada data dengan kejuruteraan ciri minimum. Digunakan dalam kajian fisiologi, kajian beliau bertujuan untuk menggunakan model kekisi retina untuk memeriksa imej retina.

Aplikasi lanjutan 'Deep Learning' dalam privasi dan keselamatan akan disentuh oleh Nicolas Papernot, Felow PhD Google dalam Keselamatan dari Penn State University. Kecerdasan mesin dan 'deep learning' mendedahkan risiko baharu dan semasa kepada keselamatan dan privasi. Beliau akan menerangkan proses di mana "penyerang" menipu model 'deep learning'  untuk membuat ramalan yang salah.

Ketahui lebih lanjut daripada De Fauw, Cheung dan Papernot di Sidang Kemuncak Deep Learning di Singapura. 30 orang penceramah yang luar biasa akan menyertai mereka, termasuklah wakil daripada Facebook, P&G dan Visa. Topik yang akan dibincangkan termasuklah Kecerdasan Ramalan, Kenderaan Berautonomi, Memahami Bahasa Asli, Algoritma 'Deep Learning', Penglihatan Komputer, AI untuk Kecekapan Perniagaan dan 'Deep Learning' untuk Perusahaan. Diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak 'Deep Learning' dalam Kewangan dengan penceramah terkenal dari HSBC, BNP Paribas, AXA, NTUC Income dan Societe Generale.

Klik di sini untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar bagi Sidang Kemuncak Deep Learning atau di sini untuk trek kewangan. Lihat risalah komprehensif kami di sini.

Peserta sidang kemuncak juga akan mendapat akses kepada slaid persembahan, rakaman sidang kemuncak dan temu bual eksklusif di RE•WORK Video Hub. Tidak dapat hadir? Pas atas permintaan juga disediakan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila emel hello@re-work.co .

Source: RE•WORK
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Trade show news