omniture

Pacific Mutual bayar agihan RM31.3 juta kepada pelabur

Pacific Mutual Fund Bhd
2017-04-04 11:00 441

PETALING JAYA, Malaysia, April 4, 2017 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, telah mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM31.3 juta kepada pelabur dana-dana berikut:

Pacific Pearl Fund:

7.00 sen seunit (agihan tahunan)



Pacific Dana Aman:

3.50 sen seunit (agihan tahunan)



Pacific Dana Murni:

1.70 sen seunit (agihan tahunan)



Pacific Focus China Fund:

2.50 sen seunit (agihan tahunan)



Pacific Cash Fund:

0.40 sen seunit (agihan suku tahunan)



Pacific Islamic Cash Fund:

1.00 sen seunit (agihan suku tahunan)



Pacific Emerging Market Bond Fund:

1.06 sen seunit (agihan suku tahunan)



Pacific Cash Deposit Fund:

0.70 sen seunit (agihan suku tahunan)

Teh Chi-cheun, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, Pacific Mutual Fund Bhd
Teh Chi-cheun, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif, Pacific Mutual Fund Bhd

Mengulas mengenai prospek bagi suku kedua tahun 2017, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, Teh Chi-cheun, berkata, "Bagi suku kedua 2017, beberapa faktor utama perlu dipertimbangkan iaitu pelaksanaan polisi ekonomi oleh Presiden Amerika Syarikat Trump, terutamanya polisi pemotongan cukai dan perbelanjaan fiskal, dan maklumat lanjut mengenai dasar perdagangan beliau terutamanya dengan negara China."

Teh menambah, "Kadar kenaikan inflasi di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, merupakan satu lagi faktor yang membimbangkan. Jika inflasi meningkat lebih cepat dari pertumbuhan pendapatan dan kadar faedah, ia akan menghakis kuasa beli pengguna dan menghalang pertumbuhan ekonomi. Kami menjangkakan trend pelaburan akan bertukar ganti, dan tidak fokus pada mana-mana sektor, dan pelabur akan memilih saham-saham yang harganya belum meningkat untuk menghayati potensi kenaikan nilai."

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir bulan Mac 2017, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.5 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pacificmutual.com.my

HUBUNGAN MEDIA:

Cindy Leong | cindy@pacificmutual.com.my | 03 - 7725 9877 sambungan 173
Cindy Thean | cthean@pacificmutual.com.my | 03 - 7725 9877 sambungan 148

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170404/8521702231

Source: Pacific Mutual Fund Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds Dividends