omniture

BitTitan Perkenal Penyelesaian Pertama Industri untuk Automasi Keuntungan

BitTitan
2017-04-04 19:00 443

Platform MSPComplete® Baharu Gabung Kuasa Automasi Proses Perniagaan, Perkhidmatan Terurus Siap Guna dan Perlindungan IP untuk Keuntungan, Kecekapan Maksimum dalam Awan

KIRKLAND, Washington, 4 April 2017 /PRNewswire/ -- BitTitan, penyedia global bagi Automasi Perkhidmatan Terurus, hari ini mengumumkan perluasan platform MSPComplete® dengan penambahan automasi proses perniagaan, perkhidmatan terurus siap guna, dan penyeragaman serta perlindungan harta intelektual (IP). Inovasi terkini syarikat meletakkan BitTitan sebagai pelopor dalam Automasi Perkhidmatan Terurus, memperkasakan penyedia perkhidmatan IT (ITSP) dan penyedia perkhidmatan terurus (MSP) meningkatkan hasil berulang, mengurangkan kos penyerahan perkhidmatan dan memanfaatkan pengetahuan kakitangan. Ciri-ciri ini, apabila digabungkan dalam satu platform, menyediakan pengetahuan yang penting untuk perniagaan ke dalam semua aspek infrastruktur IT, mendorong organisasi ke arah produktiviti, kebolehskalaan, pematuhan dan ketekalan yang lebih hebat. Dengan MSPComplete, penyedia perkhidmatan dapat menjadi MSP Moden yang sebenar.

Here, partners can centrally manage what Services they are delivering, automatically track service times and delivery progress, and assign tasks to the right individuals according to skillset.
Here, partners can centrally manage what Services they are delivering, automatically track service times and delivery progress, and assign tasks to the right individuals according to skillset.

"MSP masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran – bermula dengan jangkaan pelanggan yang meningkat dan tekanan pasaran luaran, kepada keperluan untuk mengurangkan kos penyerahan, di samping mengekalkan perkhidmatan berkualiti tinggi serta meningkatkan margin keuntungan," kata Aaron Sherrill, Penganalisis Kanan di 451 Research. " MSPComplete baharu daripada BitTitan melengkapkan MSP dengan platform untuk membantu mengautomasikan aliran kerja, mengurus kakitangan dalaman serta pelanggan luaran secara berpusat, memformalkan proses-proses dengan lebih baik untuk penyerahan projek serta perkhidmatan, selain menyepadukan, menentukan dan mewujudkan IP baharu untuk mendorong pengguna. MSPComplete dapat memberikan kelebihan kepada MSP untuk mendepani persaingan dan mengembangkan perniagaan awan mereka.

MSPComplete membolehkan penyedia perkhidmatan IT, termasuk penyepadu sistem (SI), MSP dan penyedia dihoskan, untuk menemui, melaksana, memantau dan menjual himpunan luas perkhidmatan terurus menerusi automasi. Platform ini menangani tiga segmen penting untuk rakan-rakan kongsi:

  • Hasil: Menjana hasil berulang dengan segera melalui himpunan luas buku pelaksanaan dan kendalian rutin projek siap guna dan perkhidmatan terurus.
  • Harta Intelektual: Menyeragamkan dan melindungi harta intelektual dengan mudah secara terperinci, tanpa kehilangan pengetahuan amalan terbaik yang bernilai disebabkan pertukaran pekerja.  
  • Keuntungan: Merealisasikan keuntungan lebih tinggi serta merta dengan memberikan tugas yang betul secara pintar kepada sumber yang betul mengikut tahap kemahiran dan gred gaji.

"Teknik-teknik dan instrumen automasi yang diguna pakai untuk meningkatkan kualiti serta keberkesanan penyerahan perkhidmatan akan mengurangkan harga, sambil turut memberi peluang untuk keluasan dan keuntungan lebih tinggi," jelas Arup Roy, pengarah penyelidikan dan Gianluca Tramacere, Naib Presiden penyelidikan. "Sehingga tahun 2021, penjimatan kos daripada automasi adalah antara dua dan lima peratus, yang akan meneruskan lagi penggunaan automasi." (Gartner, Memahami Impak Perkhidmatan Automasi Pintar terhadap Strategi Penyedia Perkhidmatan IT (Understand the Impact of Intelligent Automation Services on IT Service Providers' Strategy), 2 November 2016)

Menerusi antara muka pengguna canggih yang direka untuk navigasi mudah, MSPComplete memberikan keterlihatan dan pengetahuan yang tiada tandingan – kesemuanya daripada papan pemuka berpusat. Platform ini membolehkan rakan-rakan kongsi mengesan masa penyerahan perkhidmatan kepada tempoh saat bagi menjamin pengebilan dan pengurusan kos yang tepat; memberikan projek dan kebenaran; memantau giliran tugasan demi pematuhan SLA; dan menerima pemberitahuan serta makluman tinggi keutamaan merentasi semua pelanggan dan projek.

"Memberi keutamaan kepada pelanggan ialah nilai teras kami dan dalam banyak aspek, ia adalah fungsi kecekapan," kata Matt O'Donnell, Ketua Pegawai Eksekutif Attunix. "MSPComplete membantu kami fokus terhadap pelanggan dengan menyeragamkan model penglibatan kami dan menyediakannya secara lebih meluas dan berkualiti lebih tinggi. Kami mampu memperoleh dan melindungi pengetahuan bahagian sokongan penting kami dan meluangkan lebih masa berkhidmat untuk pelanggan kami. Menerusi MSPComplete, kami menjangka dapat meningkatkan kadar penyerahan kami sebanyak 20 peratus dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan keseluruhan sebanyak 15 peratus menjelang akhir tahun. BitTitan memperkasakan kami untuk menjadi MSP Moden dengan memastikan apa yang membuatkan kami unik dapat dilindungi untuk dekad-dekad akan datang.

Pustaka Perkhidmatan MSPComplete menampilkan lebih 100 pemindahan dan perkhidmatan terurus siap guna untuk Microsoft Office 365 Suite, Microsoft FastTrack, Azure, EMS, Dropbox Business, Amazon, Box serta Google G Suite, dan perkhidmatan baharu akan ditambah dan dikemas kini setiap minggu. Selain itu, rakan-rakan kongsi boleh mencipta perkhidmatan tersuai dan IP dengan menambah tugasan kepada perkhidmatan sedia ada atau dengan mewujudkan perkhidmatan baharu sepenuhnya.

"MSPComplete bukan sekadar penyelesaian teknikal – ia mendayakan transformasi," kata Geeman Yip, Ketua Pegawai Eksekutif BitTitan. "Visi kami adalah untuk menjadikan teknologi tidak kelihatan dan membolehkan organisasi-organisasi memberi tumpuan terhadap bidang kepakaran mereka. Inilah segala fungsi MSP Moden. Proses-proses penyeragaman sememangnya diperlukan, namun ia begitu menyesakkan bagi kebanyakan organisasi. Platform kami menjadikan automasi proses perniagaan boleh diakses dan boleh dicapai oleh semua. Secara ringkas, MSPComplete membantu syarikat-syarikat lebih berjaya dan orang ramai lebih gembira."

Model harga langganan setiap pengguna menggabungkan penggunaan tanpa had teknologi pemindahan berbilang beban kerja MigrationWiz® daripada BitTitan yang terkenal di dunia dengan kehebatan proses perniagaan platform MSPComplete serta automasi perniagaan terurus. Langganan disediakan seluruh dunia secara edaran dan di BitTitan.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MSPComplete, BitTitan akan mengehoskan webinar hari ini, 4 April 2017 pada jam 11:00 PAGI PDT / 2:00 PETANG EDT / 8:00 MALAM CEST. Untuk mendaftar, sila klik di sini. Tonton video pelancaran MSPComplete di sini.

Sebarang berita dan maklumat terkini tentang BitTitan, klik suka dan ikuti saluran media sosial berikut:

Twitter: @BitTitan 
Facebook: www.facebook.com/BitTitan 
LinkedIn: www.linkedin.com/company/BitTitan

Latar Belakang BitTitan
BitTitan ialah peneraju global untuk Automasi Perkhidmatan Terurus, mengubah penyedia perkhidmatan teknologi menjadi penyedia perkhidmatan terurus moden. Kami mewujudkan dunia yang membolehkan organisasi-organisasi memberi tumpuan terhadap kepakaran mereka; dunia yang membolehkan orang ramai memberi tumpuan terhadap apa yang membuatkan mereka berjaya. Platform Our MSPComplete® kami memperkasakan organisasi-organisasi untuk merealisasikan potensi optimum mereka menerusi automasi proses perniagaan. Teknologi tidak kelihatan. Syarikat lebih cemerlang. Orang ramai lebih gembira.

Maklumat Perhubungan Media
Aerin Meyers
pr@bittitan.com
206.428.6030

The MSPComplete Services Library contains more than 100 turnkey services built by BitTitan experts. From here, partners can quickly launch new services with prescriptive guidance, utilize automation for repeatable service delivery, and add or edit instructions within tasks and services. Seen here in the "FastTrack Exchange 2010 with Exchange 2010 Hybrid Servers" Service Runbook, partners can easily manage their migration projects for greater visibility, planning, and problem-solving. Partners can better communicate migration status to customers and flexibly respond to changes without depending on the FastTrack team. With MSPComplete, partners can increase their ROI and decrease project time to completion.
The MSPComplete Services Library contains more than 100 turnkey services built by BitTitan experts. From here, partners can quickly launch new services with prescriptive guidance, utilize automation for repeatable service delivery, and add or edit instructions within tasks and services. Seen here in the "FastTrack Exchange 2010 with Exchange 2010 Hybrid Servers" Service Runbook, partners can easily manage their migration projects for greater visibility, planning, and problem-solving. Partners can better communicate migration status to customers and flexibly respond to changes without depending on the FastTrack team. With MSPComplete, partners can increase their ROI and decrease project time to completion.

 

BitTitan is the global leader in Managed Services Automation, transforming technology services providers into modern managed services providers. We create a world where organizations can focus on what they do best; a world where people can focus on what makes them successful. Our MSPComplete(R) platform empowers organizations to realize their maximum potential through business process automation. Technology is invisible. Companies work better. People are happier.
BitTitan is the global leader in Managed Services Automation, transforming technology services providers into modern managed services providers. We create a world where organizations can focus on what they do best; a world where people can focus on what makes them successful. Our MSPComplete(R) platform empowers organizations to realize their maximum potential through business process automation. Technology is invisible. Companies work better. People are happier.

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/485385/BitTitan_MSPComplete_Customer_Dashboard.jpg
Foto - http://mma.prnewswire.com/media/485946/BitTitan_FastTrack_Exchange___Photo.jpg
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/485386/BitTitan_Logo.jpg

Source: BitTitan
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Conference call announcements New products/services