omniture

Australia Tuan Rumah The World's 50 Best Restaurants 2017

Tourism Australia
2017-04-06 14:36 866

MELBOURNE, Australia, 6 April 2017 /PRNewswire/ -- Malam tadi (5 April 2017), Australia menganjurkan majlis penyampaian anugerah The World's 50 Best Restaurants bertempat di Bangunan Pameran Diraja bersejarah di Melbourne. Dengan hampir 1,000 tetamu, termasuk lebih 100 chef dan wakil restoran, 300 rakan media dan 26 Pengerusi Akademi, selain pakar dalam industri makanan dan wain Australia, berjalan di permaidani merah sempena majlis penyampaian anugerah yang penuh gilang gemilang itu.

Untuk hebahan multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/tourismaustralia_201704.shtml  

 

 

Chefs Ben Shewry, Joan Roca, Massimo Bottura, Daniel Humm, Heston Blumenthal - Higson Lane, Melbourne
Chefs Ben Shewry, Joan Roca, Massimo Bottura, Daniel Humm, Heston Blumenthal - Higson Lane, Melbourne

 

Dan Hunter (Brae) and Ben Shewry (Attica), The Chefs' Feast Melbourne, Australia
Dan Hunter (Brae) and Ben Shewry (Attica), The Chefs' Feast Melbourne, Australia

 

Daniel Humm and Will Guidara (Eleven Madison Park) at The Chefs' Feast
Daniel Humm and Will Guidara (Eleven Madison Park) at The Chefs' Feast

 

Martin Benn, Shannon Bennett, Peter Gilmore, Lennox Hastie, Analiese Gregory, Jock Zonfrillo at The Chefs' Feast, Melbourne, Australia
Martin Benn, Shannon Bennett, Peter Gilmore, Lennox Hastie, Analiese Gregory, Jock Zonfrillo at The Chefs' Feast, Melbourne, Australia

Australia mempunyai dua restoran yang ditampilkan dalam The World's 50 Best Restaurants 2017 -- Attica milik Ben Shewry di Melbourne di #32, kali kelima ia ditonjolkan dalam senarai tersebut; manakala Brae milik Dan Hunter di rantau Victoria berada dalam senarai 50 Terbaik pada kedudukan ke-44, setelah pertama kali tersenarai dalam senarai yang lebih besar 100 terbaik pada tahun 2015. Quay milik Peter Gilmore pula ditampilkan pada kedudukan #95 dalam senarai 51-100 yang diumumkan minggu lalu.

Pengarah Urusan Tourism Australia John O'Sullivan berkata: "Ia merupakan satu penghormatan tinggi buat Australia untuk menjadi tuan rumah The World's 50 Best Restaurants – bukti yang menunjukkan betapa tinggi kedudukan kulinari kami di peringkat global dalam tempoh beberapa tahun lalu.

"Ia adalah suatu yang hebat dapat menyaksikan Attica, Brae dan Quay berada dalam senarai '100 terbaik' tahun ini, namun manfaatnya adalah jauh lebih luas dan bertahan lebih lama. Australia telah menjadi tumpuan utama minggu ini menerusi beberapa chef paling berpengaruh di dunia, pemilik restoran, serta rakan media bahagian makanan dan wain yang menjamu selera di restoran dan kafe kami, minum di bar kami dan mengunjungi kilang wain, kilang bir dan kilang penyulingan kami yang bertaraf dunia."

"Melalui pengalaman langsung dan asli ini, mereka akan berkongsi kisah Restaurant Australia kami di luar sempadan ini, demi membantu menginspirasikan golongan pengembara baharu dan pencinta makanan dan wain hebat bagi mengikuti jejak langkah peminat makanan."

William Drew, Penyunting Kumpulan untuk The World's 50 Best Restaurants berkata, "Pengalaman makanan dan wain Australia yang menarik dan dinamik menjadikannya destinasi sempurna untuk mengiktiraf kecemerlangan dan meraikan kejayaan landskap kulinari global kami sebagai sebahagian daripada anugerah The World's 50 Best Restaurants 2017."

Neil Perry dari Australia menyajikan menu bertemakan Australia dengan memberi tumpuan khusus pada hasil unik Australia, menjelang majlis rasmi bagi mengumumkan The World's 50 Best Restaurants 2017 dan para pemenang anugerah khas. David Blackmore Wagyu, ketam sepana Fraser Island, kanggaru Paroo, tuna Mooloolaba, udang besar dan tiram Australia Barat dari New South Wales dan Australia Selatan hanyalah sebahagian daripada tarikan istimewa dalam menu Perry yang pelbagai.

Tourism Australia bekerjasama rapat dengan pihak penganjur William Reed Business Media untuk program acara rasmi ini, yang bermula pada 1 April di Melbourne dan akan melabuhkan tirai pada hari Sabtu, 8 April di Australia Selatan. Acara-acara ini menonjolkan budaya makanan dan wain Australia yang luar biasa kepada khalayak antarabangsa yang terdiri daripada chef, pemilik restoran, pembuat wain, pakar wain, rakan media dan juga pencinta makanan. Acara-acara lain dalam program World's 50 Best Restaurants termasuk:

  • Jamuan Makan Chef di West Beach Bathers (4 April);
  • Sarapan Lewat Pagi Berbual Australia Hebat QT Melbourne (6 April); dan  
  • Percutian Akademi di Australia Selatan (6-8 April).

Sebagai sebahagian daripada program The World's 50 Best Restaurants Australia, Tourism Australia turut bekerjasama dengan Pertubuhan Pelancongan Negeri dan Wilayah serta industri pelancongan untuk menawarkan peluang kepada 100 chef pelawat dan rakan media untuk mengambil bahagian dalam program jelajah ke seluruh negara, menikmati antara makanan serta pengalaman wain terbaik di Australia.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Kim Moore, Tourism Australia di talian +61-419-978-561 kmoore@tourism.australia.com 
Shannon Blanchard, The Cru di talian +61-432-543-377 shannon@thecrumedia.com

Latar Belakang The World's 50 Best Restaurants

Diasaskan pada tahun 2002 dan dimiliki oleh William Reed Business Media, The World's 50 Best Restaurants ialah satu festival gastronomi global, yang menghimpunkan komuniti berwawasan yang unik merentasi landskap kulinari. Senarai dan anugerah tahunan ini adalah berdasarkan undian daripada kumpulan berpengaruh yang terdiri daripada hampir 1,000 pemimpin antarabangsa dalam komuniti restoran. Sebagai titik rujukan gastronomi yang diiktiraf di seluruh dunia, The World's 50 Best Restaurants menonjolkan trend utama dan mengetengahkan restoran-restoran hebat dari seluruh pelosok Dunia. 

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201704/tourismaustralia/video.mp4 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170406/8521702101-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170406/8521702101-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170406/8521702101-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170406/8521702101-d

Source: Tourism Australia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Food/Beverages Leisure/Travel/Hotels Restaurants Travel Awards