omniture

Occlutech Peroleh Tanda CE Eropah untuk Okluder PmVSD Baharunya

Occlutech
2017-04-06 18:07 600

SCHAFFHAUSEN, Switzerland, 6 April 2017 /PRNewswire/ --

Occlutech, penginovasi implan utama untuk merawat penyakit struktur jantung, hari ini mengumumkan ia telah memperoleh kelulusan Tanda CE Eropah untuk Okluder Kecacatan Septum Ventrikel Perimembran (PmVSD). Alat ini merupakan implan direka khusus yang bertindak untuk tujuan penutupan invasif minimum pada kecacatan septum ventrikel perimembran.

Tor Peters, Ketua Pegawai Eksekutif Occlutech Group, mengulas: "Okluder PmVSD Occlutech ialah tambahan terkini untuk program okluder VSD kami. Kami berasa gembira dan berbangga kerana berpeluang menyediakan para pesakit dan pakar-pakar kardiologi dengan produk inovatif ini memandangkan kami menjangkakan tawaran okluder VSD kami dapat memberi pilihan terapeutik yang dipertingkat untuk kumpulan pesakit ini."

VSD perimembran mewakili 70 - 80 % daripada kesemua VSD. Kecacatan Septum Ventrikel merupakan keabnormalan jantung kongenital paling biasa berlaku dan ia menyumbang sebanyak 30-60% daripada semua kecacatan jantung kongenital pada bayi baru lahir (kira-kira 2-6 VSD bagi setiap 1,000 kelahiran).

Okluder PmVSD daripada Occlutech mengandungi jaringan dawai nitinol anjal dengan ciri-ciri "memori-bentuk" dan direka khusus untuk tujuan penutupan PmVSD. Teknologi proprietari Occlutech membolehkan penghasilan produk yang mempunyai ciri-ciri unik berkaitan kefleksibelan dan kebolehsuaian.

Latar Belakang Occlutech   

Occlutech ialah peneraju global dalam membangunkan produk inovatif bagi tujuan rawatan penyakit struktur jantung. Syarikat ini menjual dan memasarkan okluder ASD, PFO, PDA dan VSD, serta pelbagai alat oklusi khusus, termasuk alat penutupan kebocoran paravalvar PLD Occlutech, selain aksesori di lebih 80 negara seluruh dunia. Occlutech mempunyai beberapa produk inovatif yang sedang dibangunkan dan turut mengendalikan kemudahan di Jerman, Turki serta Sweden.

Untuk maklumat tambahan mengenai produk Syarikat, PmVSD Occlutech, atau sebarang pertanyaan berhubung penyertaan dalam daftar pesakit kami, sila layari laman sesawang Occlutech di http://www.occlutech.com.

Sumber: Occlutech

Source: Occlutech
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services