omniture

Zacapa: Lima Chef Paling Kreatif Dunia Perlihatkan Cara Mereka Berehat Daripada Dapur - Mengapa Berehat adalah Penting untuk Peroleh Inspirasi

Zacapa
2017-04-06 18:05 742

LONDON, 6 April 2017 /PRNewswire/ --

Siri dokumentari baharu daripada Zacapa Rum: 'The Art of Slow,' mendapati bahawa mengambil masa untuk berhubung semula adalah cara terbaik untuk meraih kejayaan dalam bidang gastronomi terkini   

Apabila anda memikirkan tentang dapur profesional, anda terbayangkan panggangan yang menyala-nyala, arahan chef yang terpekik-pekik dan asap yang berkepul-kepul. Jadi tidak hairanlah bahawa keadaan ini dianggap secara meluas sebagai salah satu persekitaran paling sibuk di dunia. Bagaimana chef-chef yang mempunyai kreativiti kulinari canggih ini mendapat inspirasi mereka dalam suasana dapur yang hiruk pikuk?

generated by system

generated by system

generated by system

Satu siri dokumentari pendek baharu, 'The Art of Slow,' daripada rum super deluxe terkemuka dunia, Zacapa, memulakan pencarian untuk membongkar hal ini sepenuhnya dan meninjau kisah-kisah chef yang menerobos sempadan kreatif bidang gastronomi.

Kamilla Seidler, baru-baru ini diberi jolokan Chef Wanita Terbaik menerusi 50 Restoran Terbaik Amerika Latin 2016, berehat daripada restoran beliau yang memenangi anugerah, Gustu di Bolivia (dimiliki oleh Noma pengasas bersama Claus Meyer) dan mengembara ke Itali, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Mexico untuk meluangkan masa dan mendapat inspirasi daripada empat chef tersohor yang menakrifkan semula dunia gastronomi.

Dengan mengetepikan bahan-bahan dan teknik-teknik, Kamilla meninjau sesuatu menjangkaui dapur bagi memahami apa yang membezakan para pelopor kulinari ini daripada kalangan chef di sekeliling mereka. Sewaktu menikmati segelas Zacapa bersama setiap chef, beliau meneroka apa yang menginspirasikan mereka, proses-proses kreatif mereka dan detik-detik 'a-ha!' mereka apabila mereka berhubung semula dengan segala yang berada di sekeliling mereka.

Kamilla bertemu dengan:

  • Diego Guerrero (Madrid, Sepanyol) - Chef dua bintang Michelin di DSTAgE Madrid
  • Guillermo González Beristaín (Mexico) - Chef di Pangea, Monterrey dan pemenang Anugerah Pilihan Chef menerusi 50 restoran Terbaik Amerika Latin 2016
  • Diego Rossi (Itali) - Ketua chef di Trippa, Milan (dianugerahkan Michelin Bib Gourmand), terdahulu beliau bertugas di Antiche Contrade, Cuneo, dan memberikan tempat itu bintang Michelin
  • Cesar Zapata (AS) - Chef di Phuc Yea! dan terdahulu bertugas di The Federal, Miami.

Walaupun mereka berasal dari empat penjuru dunia, mereka semua berkongsi minat terhadap bahan-bahan, membahagiakan pelanggan mereka melalui pengalaman bergastronomi yang menyeronokkan dan menyelami suatu yang digelar oleh Zacapa sebagai 'The Art of Slow' ('Seni Perlahan-lahan') - falsafah yang mengakui bahawa perkara terbaik tidak boleh digesakan. Ia memberi galakan untuk mengambil masa berhubung semula, dengan memancing inspirasi dan mencari idea inovatif selain meraikan inspirasi yang diperoleh dalam proses pencarian itu.

Kamilla mendapati setiap chef ini meninggalkan dapur pada akhir syif yang panjang dan mengambil masa untuk menghilangkan tekanan dan menemui semula ilham, melalui pelbagai aktiviti berbeza - Cesar berbasikal, Diego mencari ketenangan di kawasan desa Itali asli beliau, Guillermo mendaki gunung manakala Diego Guerrero bersantai dengan muzik.

Diego Guerrero berpendapat bahawa: "Sekiranya anda memasak sepanjang masa anda tidak dapat melihat sesuatu melangkauinya - minda anda tertutup dan anda tidak mendapat pengaruh luar untuk menginspirasikan anda. Saya mempelajari bahawa amat penting untuk meninggalkan dapur, berpisah daripadanya, agar anda berpeluang untuk kembali semula kepadanya. Saya mencabar falsafah ini hingga ke akhirnya beberapa tahun lalu, kami memperoleh Bintang Michelin pertama kami pada tahun 2007, namun kami mengakui bahawa dalam usaha untuk bertambah baik kami perlu meninggalkan restoran, mencari sumber inspirasi dan bermula semula dari awal. Kami melancarkan DSTAgE dan dua tahun kemudian kami memperoleh dua bintang lagi."

Kamilla menambah: "Saya berpendapat ia amat penting - bahkan ia sangat perlu - untuk meluangkan masa untuk diri sendiri - bertenang, memikirkan sesuatu selain daripada dapur, menikmati apa yang sedang anda lakukan, melakukan sesuatu perkara perlahan-lahan. Saya percaya bahawa mengambil masa untuk belajar daripada orang lain adalah asas penting, ia suatu hadiah dalam bidang kulinari yang membolehkan anda untuk terus belajar, namun anda perlu mencari sumber inspirasi, mendapatkan pengaruh, melihat dan merasai sesuatu yang baharu."

"Atas sebab inilah saya suka mengambil bahagian dalam eksplorasi kulinari ini - saya banyak belajar daripada empat chef yang disegani ini, sejauh mana mereka mendalami falsafah Art of Slow dengan cara mereka sendiri - bersantai, bernafas dan menikmati segala-galanya dan bukannya memikirkan apa yang mereka akan lakukan dalam masa lima minit, dan kini saya membawa falsafah ini pulang bersama saya, baharu dan segar, ke dapur saya."

Montserrat De Rojas, Pengarah Jenama Global, Zacapa, berkata: "Kami suka bagaimana lima chef terkemuka ini - yang berada di barisan paling hadapan dalam bidang gastronomi kreatif - menghidupkan siri The Art of Slow di dalam dan luar dapur mereka. Falsafah Art of Slow Zacapa meraikan keajaiban yang terhasil apabila anda meluangkan masa untuk mewujudkan pengalaman yang benar-benar bermakna dan menyeronokkan termasuk makanan dan minuman yang lazat. 

"Bagi Zacapa, masa adalah jauh lebih penting daripada segalanya, ia merupakan fokus berterusan di setiap peringkat penghasilan cecair mewah ini. Bermula dengan mengambil masa untuk memilih tebu muda terbaik, kepada penghasilan sendiri jalur 'petate' Mayan yang menghiasi setiap botol, seterusnya proses pematangan unik kami: 'Sistema Solera*,' hinggalah masa yang diluangkan untuk menghirup, merasa dan menikmati rum mewah. Setiap unsur dalam proses ini dipilih dengan penuh teliti dan masa yang diambil untuk menghasilkan rasa yang mendalam dan kompleks adalah suatu yang tiada tandingan. Berserta barisan chef yang disegani, kami mempelawa orang ramai untuk duduk dan merasa sehirup Zacapa dan memulakan perbualan hebat, untuk menghayati Art of Slow."

Siri Art of Slow empat episod sedia ditonton mulai hari ini https://www.youtube.com/user/RonZacapaOfficial atau layari http://www.zacaparum.com.

*Dimatangkan menerusi proses pematangan syeri Sepanyol yang disesuaikan, 'Sistema Solera' membolehkan rum yang pelbagai usia dan personaliti diadunkan dengan teliti oleh Pakar Pengadun. Rum lama dan baharu digabungkan dan dimatangkan dengan berhati-hati dalam beberapa tong yang sebelumnya digunakan untuk menyimpan wiski Amerika, Syeri halus dan wain Pedro Ximenez, yang memberikan rasa yang mendalam. Altitud yang tinggi dan purata suhu 14°C yang tekal membolehkan cecair mengekalkan kualiti tersendiri yang tinggi dan beraneka.

Nikmati Zacapa dengan berhemah.Layari http://www.DRINKiQ.com.

Sumber: Zacapa

Source: Zacapa
Related Links:
Keywords: Entertainment Food/Beverages Restaurants Television New products/services