omniture

Hisense Sebagai Penaja Rasmi 2018 FIFA World Cup(TM)

Hisense
2017-04-07 05:42 1046

BEIJING, 7 April 2017 /PRNewswire/ -- Pada 6 April 2017, dalam satu sidang akhbar bersama yang dianjurkan dengan FIFA, Hisense mengumumkan statusnya sebagai penaja rasmi 2018 FIFA World Cup, menjadikannya jenama barangan elektronik pengguna Cina pertama seumpamanya menaja perlawanan tersebut.

Presiden Liu Hongxin daripada Hisense dan Setiausaha Agung FIFA Fatma Samoura pada majlis Pengumuman Rasmi
Presiden Liu Hongxin daripada Hisense dan Setiausaha Agung FIFA Fatma Samoura pada majlis Pengumuman Rasmi

Selaku Penaja Rasmi FIFA World Cup, Hisense akan terlibat dalam pelbagai aktiviti pemasaran dan pengiklanan global untuk 2017 Confederations Cup dan 2018 FIFA World Cup, menjelajah ke lebih 200 wilayah dalam usaha tersebut dan bersungguh-sungguh meningkatkan pendedahan antarabangsa bagi jenama ini. Hisense akan berpeluang mengaitkan logonya dengan acara-acara FIFA akan datang yang disebutkan di atas, selain pelbagai hak lain termasuk akses kepada papan iklan di stadium, kredit pada skrin dan pelbagai peluang pemasaran kreatif lain di dalam dan luar padang sepanjang acara tersebut.

Presiden Hisense Group, En. Liu Hongxin melihat FIFA World Cup sebagai salah satu acara sukan paling penting di dunia, disaingi hanya oleh Sukan Olimpik. Bagi Hisense, penajaan perlawanan berprestij bukan sahaja bertindak sebagai peluang pemasaran besar-besar untuk jenama tersebut, tetapi juga sebagai inisiatif yang penting dan strategik untuk seluruh syarikat. "Dalam beberapa tahun, Hisense memperoleh banyak pengalaman dan perkembangan jenama melalui penajaan sukan," jelas En. Liu.

"Kami berbesar hati untuk menyahut cabaran terbesar kami setakat ini bersama FIFA 2018 World Cup, dan percaya ia akan meningkatkan kesedaran global secara meluas dan nilai ekonomi untuk Hisense sebagai jenama yang benar-benar bersifat antarabangsa. World Cup ini menggabungkan kejohanan tahap tertinggi serta nilai berprestij dalam sukan bola sepak seluruh dunia, menjadikannya platform sempurna buat kami untuk menjadi sebahagian daripadanya."

Selain itu, Hisense akan menawarkan kepakaran teknikal dan produk-produk sepanjang 2018 FIFA World Cup, di samping turut terlibat dalam inisiatif penyelidikan & pembangunan (R&D) bersama untuk terus menerobos sempadan teknologi paparan.

Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura berkata, "FIFA berbesar hati untuk mengalu-alukan Hisense dalam pasukan kami selaku penaja rasmi 2018 FIFA World Cup Rusia. Kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk mempromosikan perlawanan ini, khususnya di China, yang mana syarikat merupakan peneraju pasaran dalam segmen barangan elektronik pengguna, dan populariti sukan bola sepak terus meningkat." Presiden FIFA Gianni Infantino turut mengucapkan tahniah dan menyatakan sukacita beliau atas perkongsian tersebut.

Sebahagian besar daripada strategi antarabangsa Hisense adalah untuk terlibat secara aktif dalam segmen pemasaran sukan demi meningkatkan kesedaran jenama. Dalam tempoh beberapa tahun, Hisense telah menaja acara-acara sukan utama dan tajaan pasukan seperti Euro 2016, UEFA, siri XFINITY Nascar, Joe Gibbs Racing, Australian Open, dan FC Schalke 04 Jerman. Aktiviti-aktiviti ini, digandingkan dengan produk-produk berkualiti tinggi yang inovatif daripada Hisense, membantu jenama ini mengekalkan statusnya sebagai pengeluar televisyen NO.3 seluruh dunia1 menuju tahun 2017.

1Berdasarkan data jualan unit TV global 2016 yang dilaporkan oleh IHS Markit

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170406/0861703330

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Sporting Events Sports Television Licensing/marketing agreements