omniture

Trina Solar Lancar Modul PERC Dwimuka "DUOMAX Twin"

Trina Solar Limited
2017-04-12 09:55 427

BEIJING, 12 April 2017 /PRNewswire/ - Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "Syarikat"), peneraju global dalam modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovoltan solar, hari ini mengumumkan mereka telah melancarkan modul dwimuka berkecekapan tinggi DUOMAX Twin di Ekspo Tenaga Bersih China (CEEC Expo) 2017 di Beijing.

DUOMAX Twin, ialah modul solar inovatif yang mengintegrasikan teknologi sel PERC dwimuka berkecekapan tinggi dan modul Duomax Trina Solar. Trina Solar merupakan peneraju industri dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi dan pengeluaran sel PERC, memperoleh beberapa rekod dunia dalam kecekapan penukaran sel mono-PERC. Pengalaman luas Trina Solar dalam pengeluaran modul DUOMAX secara besar-besaran disokong oleh pelanggannya di seluruh dunia, dengan jumlah penghantaran lebih daripada 1 Gigawatt sejak beberapa tahun lalu.

DUOMAX Twin menjana kuasa daripada kedua-dua bahagian depan dan belakang modul solar dan berfungsi dengan baik walaupun di bawah keadaan cahaya yang lemah. Muka depan menerima cahaya matahari secara langsung dan bahagian belakang menerima cahaya yang terpancar dan bertaburan. Berbanding dengan modul tradisional yang mempunyai sebelah panel sahaja, DUOMAX Twin dapat memberikan sehingga 25% kapasiti penjanaan tambahan.

DUOMAX Twin membolehkan peningkatan ketumpatan tenaga dan lebih penjanaan elektrik, yang menyebabkan, peningkatan pengeluaran projek dengan kos pembangunan yang sama seperti modul standard. Dengan memaksimumkan penjanaan tenaga, DUOMAX Twin mengurangkan tahap kos elektrik (LCOE) dengan ketara. Oleh kerana modul dwimuka menyerap radiasi solar daripada kedua-dua bahagian, ia membolehkan pelbagai pilihan kecondongan dan pemasangan dan sesuai untuk tanah tinggi, bumbung, padang pasir dan pemasangan kawasan bersalji atau aplikasi atas air. Reka bentuk dwi-kaca yang digunakan dalam semua panel DUOMAX memberikan ketahanan yang tinggi walaupun dalam persekitaran paling mencabar.

"Sebelum ini, kami memberikan tumpuan kepada peningkatan kualiti produk kami secara keseluruhan dan mengurangkan kos dengan perkembangan teknologi yang berterusan dan pengoptimuman bahan," kata Rongfang Yin, Naib Presiden Pemasaran & Jualan Global di Trina Solar. "Demi melangkah ke hadapan, Trina Solar akan memberikan usaha tambahan dalam pensegmenan produk, yang akan membolehkan pelanggan kami memilih produk unik yang bersesuaian dengan persekitaran projek mereka yang berbeza."

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global dalam modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovoltan solar. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama dengan pemasang, pengedar, utiliti dan pemaju di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news