omniture

Sekilas Pandang Son Balagueret, Virgin Limited Edition

Virgin Limited Edition
2017-04-13 13:15 743

LONDON, 13 April 2017 /PRNewswire/ -- Virgin Limited Edition teruja untuk berkongsi imej pertama vilanya yang baru dibuka, Son Balagueret, terletak di Son Bunyola Estate.

generated by system

Vila baharu ini ialah tambahan terkini Son Bunyola setelah membuka dua vila pertamanya, Sa Terra Rotja dan Sa Punta de S'Aguila pada musim panas tahun 2016. Son Balagueret berkeluasan sehingga tiga tingkat dan menyediakan laman tengah yang terpencil, kolam renang air panas peribadi dan pemandangan berpanorama seluruh estet serta kawasan pinggir pantai yang dramatik. Vila ini dapat memuatkan sehingga 6 orang dalam tiga buah bilik tidur, yang salah satunya terletak di menara kecil yang unik dan bersejarah, berusia seawal abad ke-13. Harga bermula daripada EUR 13,095 (£ 11,302 bagi kadar pertukaran hari ini) untuk penginapan selama 7 malam.

Estet persendirian ini, dengan pintu masuk berpagarnya sendiri, berkeluasan lebih 700 ekar dan terletak di antara Esporles dan Banyalbufar di pantai Barat Laut Mallorca. Di tengah-tengah estet ini letaknya sebuah bangunan Finca asli yang dibangunkan pada tahun 1800-an, dikelilingi oleh pokok-pokok anggur, pokok buah-buahan sitrus, pokok-pokok badam serta zaitun.

Apakah kemudahan yang tersedia semasa menginap? 

  • Penginapan untuk 7 malam   
  • Semua minuman termasuk wain, bir, minuman beralkohol, minuman ringan dan wain berbuih Sepanyol
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam termasuk tempahan di restoran tempatan untuk satu malam
  • Perkhidmatan pekerja rencam untuk mengurus segala aktiviti dan tempahan restoran
  • Internet tanpa wayar
  • Pengemasan bilik setiap hari dan servis kolam renang

Aktiviti untuk dilakukan… dan turut disediakan!  

Anda boleh berenang di kolam renang air panas peribadi yang terletak beberapa langkah sahaja dari vila anda atau bermain tenis di gelanggang berdekatan (raket dan bola tenis disediakan) – kemudahan ini dikongsi oleh ketiga-tiga vila tersebut. Estet ini berkeluasan 3km×5km yang begitu sempurna untuk mengambil angin untuk meregangkan kaki anda, mahupun menikmati pemandangan pantai yang memukau dengan berjalan kaki di pantai yang bermula dari pantai berbatu kelikir.

Untuk tempahan sila hubungi T: 0800 716 919 (talian bebas tol UK). Atau emelkan kepada enquiries@virginlimitededition.com.   

Nota untuk Editor:  

Sumber: Virgin Limited Edition

Source: Virgin Limited Edition
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Travel New products/services