omniture

Virgin Mobile Middle East and Africa Berkembang Pesat, Langkau 3.5 Juta Pelanggan Diberi Khidmat melalui Platform MVNO Symsoft

Symsoft
2017-04-21 00:55 669

STOCKHOLM, 21 April 2017 /PRNewswire/ --

Virgin Mobile Middle East and Africa (VMMEA) kini melangkaui angka 3.5 juta pelanggan, menjadikannya peneraju MVNO terunggul di rantau MEA. Sebagai rakan teknikal strategik, Symsoft menyokong kejayaan VMMEA melalui Platform MVNO Symsoft dan portfolio perkhidmatannya yang komprehensif.

Virgin Mobile Middle East and Africa (VMMEA) merupakan MVNO berlesen pertama dilancarkan di rantau Timur Tengah, dan hari ini menawarkan perkhidmatan di bawah jenama-jenama mudah alih Virgin Mobile dan FRiENDi di seluruh rantau tersebut, bersama-sama berkhidmat kepada lebih 3.5 juta pelanggan. VMMEA menawarkan perkhidmatan suara mudah alih dan data lengkap, yang dijadikan agar mudah digunakan oleh pelanggan melalui pendigitan menyeluruh, selain pendekatan inovatif untuk menghubungkan telefon bimbit pelanggan, tablet dan juga anak kunci (dongle) melalui langganan tunggal.

"Kami telah menembusi segmen pasaran yang sebelum ini kurang mendapat perkhidmatan dengan membangunkan dan mengembangkan perkhidmatan mudah alih yang menarik kepada pelanggan dalam segmen-segmen ini," kata Mikkel Vinter, Pengasas & Pengarah VMMEA. "Dengan mempelajari daripada setiap pasaran yang kami berkhidmat untuknya, dan terus menginovasi produk dan pengagihan kami agar dapat memenuhi keperluan industri yang berubah-ubah, kami menjadi kumpulan MVNO terbesar di rantau ini. Kami bekerjasama dengan Symsoft selaku salah satu rakan teknikal strategik kami dan memanfaatkan Platform MVNO Symsoft dalam semua pasaran serantau kami. Dengan faktor-faktor yang membezakan, termasuk inovasi produk dan kebolehan memanfaatkan peluang pasaran serta merta, kami menganggap perkongsian kami dengan Symsoft sebagai satu elemen penting dalam kejayaan VMMEA," sambung En. Vinter.

Sejak ditubuhkan, VMMEA menggunakan Platform MVNO Symsoft untuk mencipta pengalaman pelanggan terunggul dan rangkaian produk MVNO Symsoft memberikan VMMEA keupayaan untuk menakrifkan logik perkhidmatan secara bebas, digabungkan dengan pengurusan trafik masa sebenar dan perkhidmatan bernilai tambah. API terbuka yang disediakan oleh Platform MVNO Symsoft mendayakan integrasi dengan saluran perkhidmatan pelanggan yang sesuai untuk semua segmen pasaran.

"Kami berbangga dapat menonjolkan VMMEA sebagai salah satu pelanggan paling penting kami, dan mereka mewakili penyedia mudah alih yang inovatif dan moden untuk disokong oleh Platform MVNO yang kami bangunkan," kata Johan Rosendahl, Pengarah Urusan di Symsoft. "VMMEA bukan sekadar memenuhi keperluan pelanggan mereka, mereka turut menyediakan manfaat baharu untuk pelanggan di rantau yang berkembang begitu pesat. Sungguh menggembirakan dapat melihat Platform MVNO dan portfolio perkhidmatan kami terus menyokong kejayaan VMMEA dan kami yakin VMMEA mempunyai masa depan cerah yang menantinya," sambung En. Rosendahl.

Latar Belakang Symsoft - http://www.symsoft.com 

Symsoft ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh lebih 70 Pengendali Mudah Alih di lebih 40 negara, menyediakan perisian serta perkhidmatan yang inovatif, mantap dan boleh diskala untuk pelanggan kami dalam segmen BSS Masa-Sebenar, Perkhidmatan Bernilai Tambah, Pencegahan Penipuan dan Keselamatan Pengisyaratan. Dengan menggabungkan aplikasi dalam portfolio kami dan memanfaatkan pengalaman kami yang luas membolehkan kami menyediakan penyelesaian hujung ke hujung untuk pengendali tradisional, pengendali maya dan pendaya selain Penyedia Perkhidmatan IoT. Bagi memenuhi keperluan pelanggan kami, penyelesaian kami disediakan pada premis, sebagai perkhidmatan terurus atau dalam infrastruktur awan.

Kami mencipta nilai buat pelanggan kami dengan mengukuhkan kedudukan kompetitif mereka menerusi tempoh dipasarkan yang pendek, penyediaan akses kepada sumber pendapatan baharu, penyekatan penipuan dan pengurangan ketara kos pemilikan menerusi pilihan pelaksanaan yang anjal dan juga pelbagai tahap perkhidmatan.

Symsoft ialah pengendali bahagian CLX Communications AB (publ.) - XSTO:CLX (http://www.clxcommunications.com ) yang tersenarai dalam bursa saham Nasdaq di Stockholm.

Source: Symsoft
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications