Hampir 500 ketua cef masakan Cina global terbaik berhimpun di Macau dengan misi yang sama untuk mempromosikan masakan Cina dan untuk tujuan amal
MACAU, 26 April 2017 /PRNewswire/ -- Jenama sos dan perasa Cina yang tersohor di dunia Lee Kum Kee telah menaja Majlis Makan Malam Gala Amal Ketua Cef Antarabangsa 2017, siri majlis keramaian gastronomi yang diadakan di Macau mulai 17 hingga 19 April 2017.
Pameran Kulinari Global selama tiga hari melabuhkan tirai dengan Majlis Makan Malam Amal Ketua Cef Antarabangsa 2017 di Macau pada hari Rabu, disertai oleh En. Fernando Chui, Ketua Eksekutif SAR Macau, para pegawai tinggi kerajaan dan cef-cef dari pelbagai negara. Dipimpin oleh Persatuan Restoran Ku Su Shin Choong Hung Selangor Dan Wilayah Persekutuan dan Persatuan Cef Cina Malaysia (Kuala Lumpur), cef-cef terkenal dari Malaysia dan negara-negara lain berkumpul dan memanfaatkan bakat mereka secara sukarela untuk memasak dan menyaji makanan, sebagai cara mereka menyumbang kepada masyarakat.
Bagi mengiktiraf sokongan dan sumbangan yang pemurah kepada masyarakat, En. Charlie Lee, Pengerusi Lee Kum Kee Sauce Group menyampaikan "Penghargaan Pemimpin Amal Antarabangsa" kepada cef-cef terkenal En. Leung Man Tao, En. Yeung Koon Yat dan En. Martin Yan dan lain-lain bagi pihak Macau Cuisine Association.
Lelongan amal khas juga diadakan sebagai sebahagian daripada majlis makan malam gala bagi mengumpul wang untuk Kiang Wu Hospital. Antara kesemua produk yang dipamerkan, "Lee Kum Kee Truffle XO Sauce -- The Five Senses" Edisi Terhad mencetuskan minat yang tinggi dadalam kalangan para tetamu.
Aktiviti amal selama tiga hari itu dimulakan dengan majlis koktel dan makan malam alu-aluan, anjuran Lee Kum Kee pada 17 April. Pada majlis ini, pameran produk-produk Lee Kum Kee antarabangsa serta reruai gambar direka khas bagi kedai Lee Kum Kee Macau menonjolkan kehadiran organisasi ini yang telah lama bertapak dan warisan bersejarah di bandar ini.
Festival jalanan kulinari awam diadakan pada 18 April di Macau Broadway Food Street. Lebih 200 hidangan direka khas telah disajikan di "Acara Amal 200 Ketua Cef Antarabangsa", dengan 14 reruai makanan dan produk menawarkan jualan amal, termasuk sos-sos Lee Kum Kee yang terkenal. Ia diikuti dengan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Pertama Persatuan Masakan Macau pada sebelah malamnya.
Kini memasuki tahun keempat, acara amal yang bermakna ini berjaya menghimpunkan hampir 500 ketua cef dari seluruh dunia pada tahun ini untuk mengambil bahagian dari negara-negara termasuk Australia, tanah besar China, Hong Kong, Macau, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Amerika, antara lain. Sebagai penaja acara utama, Lee Kum Kee berhasrat untuk meneruskan kejayaan acara-acara sebegini yang diadakan sebelum ini di Taiwan, Melbourne, dan Kuala Lumpur. Acara-acara ini menggalakkan kerjasama antara ketua-ketua cef kulinari Cina, menggalakkan perkongsian idea dan memperkasa mereka untuk memanfaatkan bakat mereka bagi menyumbang semula kepada masyarakat. Menurut pihak penganjur, acara ini berjaya mengumpul lebih MOP 2 juta untuk Hospital Kiang Wu, dan akan menuju ke Vietnam pada tahun hadapan sempena Acara Amal Ketua Cef Antarabangsa 2018.
"Misi utama kami ialah 'Si Li Ji Ren' (Mengambil Kira Kepentingan Orang Lain), mempunyai falsafah yang sama dengan Acara Amal Ketua Cef Antarabangsa dari segi komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial korporat dan mempromosikan masakan Cina di seluruh dunia. Penyertaan kami dalam acara ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong kolaborasi dan perkongsian kulinari antarabangsa," simpul Simon Cheung, Pengarah Urusan Lee Kum Kee Sauce Group untuk Hong Kong, Macau dan Taiwan.
Sila klik di sini untuk foto resolusi tinggi.
Latar Belakang Lee Kum Kee
Lee Kum Kee ditubuhkan pada tahun 1888 oleh pengasasnya En. Lee Kum Sheung. Menerusi sejarah gilang gemilang selama 129 tahun, Lee Kum Kee menjadi jenama sebutan ramai bagi sos dan perasa Cina, selain menjadi jenama antarabangsa dan simbol kualiti dan juga kepercayaan. Sejak lebih tiga abad, Lee Kum Kee menjadi perusahaan Cina yang tersohor di dunia, menawarkan lebih 220 pilihan sos dan perasa kepada lebih 100 negara dan rantau. Untuk butiran lanjut, sila layari www.LKK.com.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170424/1832416-1-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170424/1832416-1-b