omniture

MediaFirst Serlah Potensi TV Berbayar di China

Inspur Group
2017-04-27 04:11 436

LAS VEGAS, 27 April 2017 /PRNewswire/ -- Ericsson dan Inspur, penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan dan data besar utama, memeterai kerjasama strategik selama beberapa tahun demi menyediakan perkhidmatan TV inovatif dengan kadar kelajuan web ke China, pasaran TV berbayar yang terbesar di dunia.

Ericsson dan Inspur akan bekerjasama untuk membangunkan platform TV terbaik dan didayakan awan untuk pengendali dalam pasaran Cina yang berkembang pesat menerusi rangkaian penyelesaian MediaFirst Ericsson hujung-ke-hujung yang memenangi anugerah.

Shandong Cable Network, pengendali terbesar di rantau Asia Pasifik dan salah satu yang terbesar di dunia, akan menjadi yang pertama menggunakan platform TV baharu di China. Perkhidmatan baharu tersebut akan menyampaikan kandungan TV secara langsung dan atas-permintaan kepada 20 juta pelanggan di 17 bandar di seluruh Wilayah Shandong.

Elisabetta Romano, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Penyelesaian Media, Ericsson, berkata: "Kini, lebih daripada sebelumnya, pengguna inginkan dan mengharapkan TV dapat memenuhi keperluan mereka. Tawaran berbilang skrin yang diperibadikan dianggap keperluan minimum bagi pengendali yang ingin berjaya dalam pasaran seperti China, yang merupakan tumpuan kepada 245 juta pelanggan. Bersama-sama Inspur, kami melihat peluang yang amat besar untuk membantu pengendali menembusi pasaran yang amat kompetitif ini, memaksimumkan nilai rangkaian mereka dan mengubah perniagaan mereka dengan menyediakan pengalaman tontonan generasi akan datang yang relevan dengan cara terpantas. Perjanjian dengan Shandong Cable Network terus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penginovasi utama bagi TV dan media serta rakan kongsi yang boleh dipercayai di China."

Cui Wei, Naib Presiden Inspur, berkata: "Ericsson ialah rakan kongsi Inspur yang telah lama bertapak serta boleh dipercayai. Skala dan kepakaran global Ericsson, serta rangkaian penyelesaian MediaFirst yang memenangi anugerah adalah amat sesuai untuk portfolio, keupayaan dan pengetahuan tempatan kami yang luas. Matlamat kami adalah untuk berkhidmat kepada pasaran Cina dan memperkasakan pengendali dengan menawarkan penyelesaian TV berbilang skrin transformatif yang menawarkan kefleksibelan, kebolehskalaan dan ketangkasan untuk disesuaikan mengikut keperluan pengguna yang berubah-ubah; alat-alat analisis lanjutan untuk meningkatkan peluang pendapatan dan mengurangkan perpindahan; serta model penyampaian serta perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan kelajuan perkhidmatan."

Huang Ping, Ketua Pegawai Teknologi, Shandong Cable Network berkata: "Pelanggan kami mendapat akses kepada jumlah pilihan dan kandungan yang belum pernah diperoleh melalui peranti mudah alih mereka. Peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan video sepanjang masa dan diperibadikan yang mudah untuk dicari, dihubungkan dan dinikmati berada di tahap tertinggi. Kami memerlukan penyelesaian yang pintar dan relevan untuk pasaran yang boleh mendayakan transformasi kelajuan web dan inovasi canggih serta membantu kami untuk mendepani kelok kemajuan dalam pasaran TV China yang dinamik. Ericsson dan Inspur dapat memenuhi keperluan ini dan akan menyediakan kami dengan platform TV bertaraf dunia bagi memberikan pengalaman TV generasi seterusnya yang diinginkan dan layak buat pelanggan kami."

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Inspur akan menyepadukan rangkaian penyelesaian MediaFirst hujung-ke-hujung Ericsson dalam portfolio medianya. Ia akan menggunakan Platform TV MediaFirst Ericsson pada set atas kotak canggih dan penyelesaian gerbang kediaman Inspur, serta Platform Storan dan Pemprosesan Video (VSPP) MediaFirst Ericsson menerusi penyelesaian perkakasan Inspur yang terkemuka dalam pasaran. Ini akan membolehkan Inspur dan Ericsson menyediakan penyelesaian yang berkesan kos dan berprestasi tinggi kepada pelanggan yang memanfaatkan perisian dan perkakasan terbaik daripada kedua-dua syarikat. Ericsson dan Inspur juga berhasrat untuk memperkenalkan penyelesaian TV dan media tambahan kepada pengendali di seluruh China pada masa akan datang.

Platform TV MediaFirst Ericsson ialah platform TV tentuan perisian, generasi akan datang dan berasaskan awan yang menyediakan pengalaman berbilang skrin tertumpu termasuk Pay TV dalam-rumah, TV Everywhere dan perkhidmatan OTT. Ia merangkumi semua sumber kandungan dan rangkaian penyampaian. Disokong oleh pendekatan DevOps Ericsson, platform ini menawarkan kefleksibelan, kebolehskalaan dan ketangkasan untuk disesuaikan dengan tingkah laku dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah.

Source: Inspur Group
Keywords: Entertainment Television Joint ventures New products/services