omniture

Plintron Tembusi Pasaran Telekomunikasi Terbesar Amerika Selatan Bernilai Lebih US$ 60 Bilion

Plintron
2017-04-27 13:36 509

SINGAPURA dan SAO PAULO27 April 2017 /PRNewswire/ --Kemunculan terkini saksikan Pelancaran lancar di Brazil; Correios Cellular Commercial

 

Plintron, MVNE/MVNA pelbagai negara terbesar dunia mengumumkan pelancaran negara terkini yang menyaksikan kehadirannya diperluas ke seluruh enam benua utama menerusi perasmian operasi komersialnya di Brazil, Amerika Selatan. Ini menunjukkan Plintron ialah rakan kongsi pilihan di seluruh dunia untuk perniagaan MVNO bagi pengendali telekomunikasi dan juga jenama MVNO.

Dengan MVNO yang dibenarkan untuk dilancarkan sejak peraturan 2010 dikenakan, Brazil menjadi pasaran berpotensi tinggi daripada perspektif MVNO. Dengan jumlah penduduk melebihi 200 juta, negara ini diramal akan menjadi sebuah negara dengan potensi pertumbuhan yang besar; diperlihatkan melalui kadar pertumbuhan dua angka tahunannya.

Pada majlis pelancaran tersebut, En. Mohan Kumar Sundaram, Pengasas Bersama dan Pengerusi, Plintron Group berkata, "Kami berasa gembira dapat memeterai kerjasama strategik dengan Surf Telecom untuk melancarkan perkhidmatan MVNA di Brazil. Jenama pertama Correios Cellular Services kini beroperasi secara komersial. Kami yakin Perkhidmatan Komunikasi Awan terbukti di dunia dan mantap daripada Plintron, Correios Cellular dan jenama-jenama MVNO lain mampu memanfaatkan penyelesaian Telekomunikasi hujung-ke-hujung kami secara berkesan dengan liputan radio LTE+ kami demi mencapai rancangan pertumbuhan mereka."

Sekali lagi, Plintron menunjukkan sejauh mana ia dapat menyediakan perkhidmatannya dengan lancar dalam mana-mana pasaran. Syarikat berbangga dapat menyediakan penyelesaian khusus yang dapat menepati keperluan unik sebarang negara termasuk peraturan Kebolehalihan Nombor Mudah Alih tempatan, keperluan Pemintasan Sah, norma-norma Pendaftaran Pelanggan. Selain itu, penyelesaian yang ditawarkan oleh Plintron dilengkapi sepenuhnya agar dapat memenuhi pelbagai keperluan tempatan yang dikaitkan dengan keperluan pematuhan ISUP, SCCP, CAMEL, MAP dan TAX. Selain itu, menerusi pengalaman terbukti dalam saling sambungan dengan lebih 30 MVNO di seluruh dunia, Plintron mahir menyepadukan sebarang OEM Telekomunikasi yang terkemuka dalam pasaran.

En. Yon Moreira da Silva, Ketua Pegawai Eksekutif Surf Telecom, Rakan Kongsi MVNA Plintron Brazil berkata, "Pelancaran perkhidmatan Correios Cellular memerlukan rangkaian telekomunikasi yang boleh diskala, berserta pengalaman luas dalam penyepaduan untuk pelbagai negara dengan rangkaian yang rumit selain pelancaran jenama-jenama MVNO yang pelbagai. Plintron ialah peneraju dunia yang dapat memenuhi keperluan perniagaan kami sebagai rakan strategik. Perkhidmatan Correios Cellular berkemungkinan akan dijual kepada pelanggan di lebih 3,600 lokasi dan 12,400 kaunter seluruh Brazil menjelang akhir tahun 2017."

Plintron mendayakan Perkhidmatan Komunikasi Awannya untuk Brazil. Menampilkan rangkaian Elemen Rangkaian Teras hujung-ke-hujung yang komprehensif termasuk penyelesaian 4G dan Berbilang IMSI, serta aplikasi sokongan Bantuan dan Operasi Perniagaan paling luas, Plintron mampu memperkenalkan perkhidmatannya dengan pantas dan membolehkan pelancaran Correios Cellular yang lancar.

"Memastikan pematuhan terhadap keperluan pengawal selia Brazil ANATEL selain memenuhi ciri-ciri unik yang diinginkan oleh Correios Cellular - Perkhidmatan komunikasi awan kami mendayakan tawaran yang inovatif dan mesra pelanggan termasuk WhatsApp berkadar Sifar. Pelancaran ini memperlihatkan sejauh mana Plintron dapat menangani sebarang sekatan kemasukan dan menambah kepada rekod prestasi lebih 80 Pelancaran MVNO dan peraturan pematuhan di 25 negara," kata Cik Subhashree Radhakrishnan, Pengasas Bersama dan Naib Pengerusi, Plintron Group.

Plintron ialah penaja Platinum untuk Kongres Dunia MVNO yang dijadual berlangsung mulai 24 - 27 April 2017 di Palais des Congres, Acropolis, Nice, Perancis. MVNO global dan mereka yang merancang untuk menjadi MVNO dengan segala hormatnya diundang untuk mengunjungi kami atau menghantar emal kepada marketing@plintron.com bagi membincangkan sejauh mana syarikat dapat memacu kejayaan rakan-rakan kongsinya.

Latar Belakang Plintron: 

Plintron ialah peneraju bertaraf dunia bagi Penyelesaian Komunikasi Awan dan turut memperkenalkan produk-produk baharu yang paling komprehensif dalam industri telekomunikasi untuk MNO, MVNO dan juga Perusahaan. Pertumbuhan pesat selama sembilan tahun menjadikan Plintron sebagai peneraju dalam topografi industri telekomunikasi. Unggul dengan pengaruh global terbesar dalam bidang perniagaan yang dijalankan, syarikat ini memanfaatkan jaringan bersama pelbagai negara untuk kekal mendepani kelok kemajuan.

Faktor-faktor utama yang menjamin kejayaan global ini ialah komitmen terhadap kecemerlangan, tumpuan terhadap pelanggan, fokus terhadap kualiti, kefleksibelan dan juga pemilikan. Syarikat ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan nilai sedia ada dan menghasilkan penyelesaian baharu yang inovatif.

Plintron menggaji lebih 1,000 kakitangan dan beroperasi di 25 negara. Syarikat ini turut memiliki pusat Penyampaian Teknologi Global yang beroperasi sepanjang masa di India. Pejabat-pejabat Perniagaan dan Bantuan Serantau lain berada di London (UK), Sydney (Australia), Seattle (AS), Sao Paulo (Brazil) dan Singapura (Asia).

Untuk maklumat lanjut layari: http://www.plintron.com.

Latar Belakang EUTV: 

EUTV Brazil ialah penyedia telekomunikasi rintis yang diasaskan oleh pakar-pakar Telekomunikasi yang memegang jawatan kanan dalam syarikat-syarikat telekomunikasi paling berprestij di dunia. EUTV memperoleh kebenaran Tahap 1 daripada Anatel, badan kawal selia tempatan, untuk menyediakan perkhidmatan mudah alih ke seluruh negara untuk teknologi 4G, 3G, 2G dan IoT. Jenamanya, Surf Telecom, menyediakan perkhidmatan kepada Syarikat Korporat, Kerajaan dan Jenama MVNO yang beraspirasi.

Untuk maklumat lanjut layari: http://www.eutv.com.br.

Untuk butiran lanjut hubungi:
Sreenivas V
Pemasaran Korporat
+91-8754595584
marketing@plintron.com

Source: Plintron
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Corporate Expansion